SYIDASHINIDINESH : Kenali Makanan Tradisional Johor - Makanan di Johor
SYIDASHINIDINESH : Kenali <b>Makanan Tradisional Johor</b> - Makanan di Johor |
SYIDASHINIDINESH : Kenali <b>Makanan Tradisional Johor</b> Posted: 22 Dec 2013 08:35 AM PST Selamat Sejahtera buat sesiapa saja yang membaca blog ni... hari ni dengan bebesar hati saya nak cerita sikit pasal makanan... Siapa tak suka pasal makanan, semua orang suka , ada yang suka makanan ala-ala arab, kampung, korea dll... Sebagai orang Johor, jom saya perkenalkan beberapa jenis makanan tradisional Johor... Selalunya , kalau sebut Johor mestinye orang ingat Laksa Johor yg memang sinonim dengan orang Johor...kan... Yang membezakan laksa Johor dengan laksa-laksa lain ialah laksa nya la.... Kebanyakan laksa menggunakan mee laksa tapi kalau laksa Johor kita gunakan spaghetti.. unik kan...bukan setakat itu je....untuk menghasilkan kuah laksa yang enak... ikan kembung, kurau serta udang basah digunakan...Selain itu, santan serta rempah kari juga digunakan untuk mencantikkan lgi kuah laksa tu... Kalau nak makan laksa tak lengkap kalau tak ada ulam-ulam macam taugeh, timun,jeruk LONTONG KERING Kalau di Johor terdapat dua jenis lontong iaitu lontong kering dan lontong kuah.... Apa bezanya????? tak adalah beza sangat cuma lontong kering ni tak ada kuah pastu nasi impit yang di makan dengan lauk seperti rendang ayam / daging, serunding , sambal jawa ,sayur goreng, dan sambal udang.. tapi sekarang susah nak jumpa lontong kering sebab nak buat lauknya je dah ambil masa yang lama.. dah macam nak masak untuk lauk Hari Raya pula... LONTONG KUAH Lontong kuah pula biasa dijumpai di warung-warung atau kedai makan yang menjual sarapan pagi.. kalau diikutkan tak elok sebenarnya makan lontong ni pagi2 sebab kuahnya yang lemak dan bersantan boleh buat kita mengantuk pagi2 ni.. bestnya makan lontong kuah ni dalam kuahnya ada pelbagai jenis sayur seperti kacang panjang, suhun , lobak merah dan banyak lagi. ...elok untuk orang yang suka makan sayur. mesti cuba ni tau....;) MEE BANDUNG Mee bandung atau lebih terkenal dengan panggilan mee bandung Muar.... kebanyakan kedai mee bandung terdapat di Muar tau.. nak tahu kenapa di namakan mee bandung sebab campuran atau gabungan pelbagai jenis bahan seperti kuah daging, telur, udang , ayam dan sebagainya,... bagi pengemar makanan pedas eloklah cuba mee bandung sebab kuahnya sangat pedas...Al-maklum la orang Johor pun suka pedas-pedas juga... terdapat beberapa kedai yang menghidangkan mee bandung yang betul-betul asli seperti kedai makan MEE BANDUNG di Tanjung Agas dan SELERA MUAR betul-betul di tengah2 Bandar Muar.. \\ (^_^) // NASI AMBENG nasi ambeng juga merupakan makanan yang amat sinonim dengan orang Johor... tapi tak pastilah kalau kat bandar masih boleh jumpa nasi ambeng ni...kalau kat kampung nasi ambeng merupakan menu utama untuk majlis seprti kenduri atau tahlil.. nasi ambeng merupakan hidangan untuk makan beramai-ramai...kerana kuantiti nasi dan lauknya yang banyak...kalau makan seorang tak habis jawabnya,... Hidangan nasi ambeng terdiri daripada nasi putih, ayam masak merah / kicap pedas, mee goreng, serunding, sayur goreng, sambal jawa, ikan masin dll. puas hati kalau makan nasi ambeng ni...:) HALWA MASKAT
Halwa maskat merupakan sejenis manisan yang dihidangkan pada hari perayaan...halwa maskat merupakan sejenis kuih atau manisan seperti jeli yang di hasilkan daripada minyak sapi, tepung dan gula... Cara membuatnya juga seperti membuat dodol kerana perlu mengambil masa yang lama untuk menghasilkannya...halwa maskat perlu diperam 3hari 3 malam sebelum di kacau pada api yang perlahan selama 5 jam tanpa henti. Untuk menghasilkan halwa maskat yang bermutu sukatan bahan yang betul sehinggalah proses mengacau adunan secara berterusan amat di titikberatkan.. Sekiranya adunan membuat halwa maskat tak di kacau dengan betul , campuran tersebut mungkin berkerak dan hangit....tak sedap pula jadinya...:( AIR KATIRA Di mana ada makanan di situ ada minuman. ;p Dari tadi kita asyik bercerita makanan Johor saja...ni saya nak kenal kan salah satu minuman yang terkenal di Johor....AIR KATIRA.. Cuba teka macam mana air katira boleh jadi warna hijau??? sebenarnya air katira yang asli adalah berwarna putih...tapi bagi menarik minat orang untuk membeli, minuman ini telah di ubahsuai menjadi warna hijau dengan menggunakan daun pandan yang telah di kisar dan di tapis untuk mendapatkan jus nya. Daun pandan selalunya digunakan dalam masakan kerana daun ini mengeluarkan bau yang harum semasa di masak...tapi di Johor daun pandan di jadikan perisa atau sirap untuk minuman kerana.. Warnanya yang cantik, dapat menarik minat ramai pengunjung luar untuk mencuba... Ramai remaja sekarang yang tak tahu macam mana rupa daun pandan... mari saya tunjukkan contoh daun pandan..:) DAUN PANDAN CONTOH BAHAN_BAHAN AIR KATIRA Gambar kat atas ni adalah antara bahan-bahan untuk menghasilkan air katira selain daun pandan.. Banyak lagi makanan dan minuman Johor seperti otak-otak, mee rebus,arisa, telur pindang, asam pedas daun kesum, pendaram, air beh dan sebagainya.. Arisa, air beh, halwa maskat serta pendaram antara hidangan tradisional Johor yang susah di jumpai sekarang...saya sendiri belum pernah mencubanya..kesian kan.. :p Harap anda berpuas hati dengan maklumat saya yang serba sedikit ni... "Selamat mencuba" & "terima kasih" \\ (^o^)// |
Pelancaran Projek “AGRO PELANCONGAN” Kg. Sinaran Baru <b>...</b> Posted: 09 Jan 2014 03:56 AM PST Di Jemput ke LAWATAN TAPAK DAN PELANCARAN PROJEK AGRO PELANCONGAN KAMPUNG SINARAN BARU OLEH YAB DATO' MOHAMED KHALED BIN NORDIN, MENTERI BESAR JOHOR pada : Tarikh : 11 Jan 2013 YAB Dato' Mohamed Khaled Bin Norin, MB Johor akan melancarkan projek ke-4 daripada 14 buah projek di bawah Program Kawan Iskandar Malaysia (KIM). Program KIM adalah bagi membantu golongan rakyat berpendapatan rendah (RM3,000 kebawah) untuk terlibat dan meningkatkan pendapatan dan sosio ekonomi hasil daripada pembangunan Iskandar Malaysia. Kg Sinaran Baru dan kampung-kampung rangkaiannya akan di komersialkan sebagai produk Agro Pelancongan dan menawarkan produk spt: Antara aktiviti menarik adalah Karnival Permainan Tradisi yang bermula daripada 10 Jan – 11 Jan 2014 jam 10 pagi – 10 malam. Anda boleh merasakan kembali kenangan bermain BALING TIN, CEPER, CHAPTEH, CONGKAK, GASING, GULI, GUNDU GETAH, KONDA KONDI, LOMPAT GETAH and SEPAK RAGA. Inilah peluang nak tunjuk kpd anak-anak. Wayang pacak jam 8.30 pm pada malam 10 Jan 2014. Kupon percuma akan diberi kepada yang datang awal. JOM! untuk maklumat layari facebook http://www.facebook.com/kg.s.baru |
You are subscribed to email updates from makanan tradisional di johor - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Category: Makanan di Johor
0 comments