Johor Muncul Negeri Pertama Hasil Cendawan Kings Oyster ... - Makanan di Johor
<b>Johor</b> Muncul Negeri Pertama Hasil Cendawan Kings Oyster <b>...</b> - Makanan di Johor |
<b>Johor</b> Muncul Negeri Pertama Hasil Cendawan Kings Oyster <b>...</b> Posted: 14 Jan 2014 02:41 AM PST JOHOR BAHARU, 14 Jan (Bernama) — Johor bakal muncul sebagai negeri pertama di Malaysia dalam penghasilan cendawan jenis 'Kings Oyster', mengukuhkan lagi hasrat negeri itu untuk menjadi pengeluar makanan terbesar di Malaysia. Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman berkata, usaha menghasilkan cendawan itu akan dilaksana menerusi kerjasama antara syarikat tempatan, Green World Bio-Tech Sdn Bhd dengan China Shandong Academy of Agricultural Sciences. "Johor merupakan pusat bioteknologi dan ia perlu dimanfaatkan sepenuhnya di dalam di sektor pertanian kerana ia bukan saja menampung permintaan makanan negara, malah dapat meningkatkan ekonomi Johor," katanya. Beliau berkata demikian selepas menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di antara kedua-dua syarikat di sini. Green World diwakili oleh Pengerusinya, Datuk Dr Abdul Shukor Abd Rahman, manakala China Shandong Academy of Africultural Sciences pula oleh timbalan pengerusinya, Prof Guo Honghai. Menurut Khaled Nordin, aspek bioteknologi akan digunakan sepenuhnya dalam penghasilan cendawan tersebut di atas tanah seluas 20 ekar di Ladang Alaf berhampiran Jalan Kota Tinggi-Kulai yang dijangka bermula tahun depan. Tanah terbabit akan dipajak daripada Yayasan Pelajaran Johor (YPJ), sebuah agensi di bawah kerajaan negeri. Sementara itu Dr Abdul Shukor berkata, kerjasama di antara Green World dan China Shandong itu merancang untuk menghasilkan kira-kira 20 tan cendawan sehari bermula daripada 2015. Pengeluaran cendawan itu akan dipertingkat secara berfasa untuk menyamai tahap pengeluaran di ladang China Shandong di China yang mencecah 50 tan sehari, katanya. Mengenai pengaplikasian teknologi bioteknologi ke atas sektor pertanian di Johor, Menteri Besar berkata, ia telah diterapkan sehingga tanaman nenas kini boleh ditanam di atas semua jenis tanah dan tidak hanya bergantung pada tanah jenis gambut. Usaha itu akan membantu Johor meluaskan lagi tanaman nenas di negeri ini serta membolehkan lebih ramai terlibat dengan penanaman buahan itu yang sebelum ini diketahui hanya boleh ditanam di atas tanah gambut, katanya. Ia juga akan membantu mengekalkan status Johor sebagai negeri pengeluar terbesar nenas, kata Mohamed Khaled. – BERNAMA |
You are subscribed to email updates from Makanan di Johor - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Category: Makanan di Johor
0 comments