Percutian : Apa Yang Menarik Di Johor Bharu ? - UzairOthman.com - Makanan pelik di Johor
Percutian : Apa Yang Menarik <b>Di Johor</b> Bharu ? - UzairOthman.com - Makanan pelik di Johor |
Percutian : Apa Yang Menarik <b>Di Johor</b> Bharu ? - UzairOthman.com Posted: 28 Jan 2013 06:20 AM PST Cuti semester kali ini tidak saya persiakan dengan membuat kerja yang pelik-pelik. Kali ini saya membuat keputusan untuk pergi makan angin bersama rakan saya di Johor Bharu dan Singapore. Percutian ini saya pergi selama 3 hari 2 malam yang melibatkan 2 tempat utama iaitu Johor Bharu dan Singapore. Saya memulakan perjalanan dari Kuala Lumpur dengan menaiki bas dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS) di bandar Tasik Selatan. Saya telah menempah tiket online dan menaiki bas Mara Liner yang berharga Rm 63 ++ iaitu tiket pergi dan balik dari TBS ke Larkin Central. Ramai yang beratur panjang ketika saya ingin redeem tiket saya. Perjalanan saya yang bermula pada jam 10.30 pagi (26/1/2013) mengambil masa 4 jam 30 minit dengan menaiki bas ke Johor Bharu. Perjalanan yang jauh dan memenatkan tidak mematahkan semangat percutian saya. Mungkin ramai orang tertanya-tanya dan ada juga yang sudah tau apa yang menarik di Johor Bharu ini. Nanti saya akan tunjukkan kepada anda tempat-tempat yang saya pergi. Setibanya saya di Larkin Central, saya sempat meninjau lokasi stesen bas ini dimana terdapat gerai-gerai kecil yang menjual pelbagai jenis barangan seperti pakaian, aksesori dan bermacam lagi. Tidak dilupakan juga terdapat pelbagai makanan yang sedap-sedap disini seperti kuih muih, murtabak dan otak-otak. Setelah tiba disana, saya meneruskan perjalanan bersama rakan saya ke Restoran Keluargaku Sayang. Dengan menaiki kereta rakan saya, kami tiba di sebuah restoran yang terkenal dengan Mi Bandung. Lokasi yang terletak di Tanjung Langsat ini menyediakan pelbagai jenis makanan yang terdiri daripada masakan melayu, makanan laut dan pelbagai lagi. Mi Bandung disini sangat sedap kerana ia terdapat pelbagai rencah dan saya amat menyukai rencah Udang. Kuah yang pekat serta menarik, membuatkan licin habis saya makan. Lokasi restoran yang terletak bersebelahan dengan Selat Tebrau ini memberikan permandangan yang menarik serta angin laut yang menuip membuatkan saya berasa tenang disini. Suasana kampung dan kehidupan nelayan disini membuatkan saya teruja dan gembira kerana dapat berehat setelah penat menaiki bas. Gambar diatas inilah Mi Bandung yang saya maksudkan. Menarik bukan? kemain besar lagi udang yang dijadikan rencah ini. Harga Mi Bandung ini dianggarkan berharga Rm 6. Seterusnya saya singgah ke The Zone iaitu lokasi Bebas cukai yang menjual pelbagai jenis barangan import dengan kadar harga yang murah disebabkan pengelakkan cukai. Lokasi The zone ini terletak beberapa kilometer dari Pintu masuk utama Malaysia-Singapore dan anda pastikan akan nampak signboard the zone disekitar jalan menuju ke Singapore. Disini saya sempat membeli beberapa buah tangan untuk keluarga. Saya membeli coklat dengan kadar harga yang murah dan ternyata ia lebih murah dari Langkawi kerana barangan import akan datang ke Singapore dahulu dan barulah ke Pelabuhan Klang dan Penang. selepas beli coklat dekat The Zone, saya sempat meluangkan masa untuk berada di persisiran Teluk Danga. Dari situ juga saya dapat melihat pintu masuk Malaysia-Singapura iaitu C.I.Q dan Woodlands. Hampir 30 minit di sana, saya meneruskan perjalanan ke Gerai Makanan Kacang Pool Haji. Di gerai ini, saya diperkenalkan oleh rakan saya dengan makanan terkenal disini iaitu Kacang Pool. Saya juga dimaklumkan gerai ini hanya satu-satunya gerai yang menjual Kacang Pool. Ia terletak di bersebelahan Balai Bomba Larkin iaitu terdapat sebuah food court. Begitu ramai orang datang makan disini dan bersyukur kami jumpa kedai ini dan merasa juga saya nak makan. Kacang Pool terdiri daripada roti, telur dan sambal ayam yang dimasak dengan kacang. Harga bagi satu set Kacang Pool ini adalah Rm 4. Gambar diatas inilah sambal yang anda akan cicah dengan roti. minuman yang saya pilih adalah Sirap Bandung Ais yang berharga Rm 2. setelah kenyang makan, tiba masa untuk berjalan lagi, kali ini saya ke Kulai kerana nak window shopping di Johor Premium Outlets (JPO) . Perjalanan yang mengambil masa 30 minit dari JB yang melalui lebuhraya Kulai-desaru ini. JPO merupakan tempat menjual barangan berjenama yang popular dan ia dijual dengan kadar yang murah berbanding di kedai biasa. Ramai pelancong dan rakyat Malaysia datang kesini untuk membeli belah. Ia dibuka dari jam 10 sehingga 10 malam dan lokasi yang agak jauh dari JB ini adalah sesuai pergi di waktu petang. Setelah penat berjalan di bandaraya Johor Bharu selama seharian, tiba masa untuk tidur dan merehatkan diri kerana keesokan paginya saya akan bertolak ke Singapura. Saya telah menempah sebuah bilik single Bed yang berharga Rm 50 semalam. Boleh dikatakan murah juga la berbading dengan hotel-hotel yang lain. Saya bermalam di Okid Hotel , Taman Johor Jaya, JB. Lokasi kira-kira 10 minit daripda pintu masuk singapura ini adalah sesuai untuk saya kerana ia akan menjimatkan masa untuk kesana. Bilik saya ini terdapat Aircond, TV , meja solek dan bilik air. Walaupun kecil tapi puas hati juga kerana semuanya cukup untuk saya. Ditambah pula dengan katil yang besar, ia cukup selesa . Malam – malam tengok cite indonesia dan best juga cerita dia orang ni..apa-ap pun good night la ye..hehe.. * Saya akan sambung perjalanan percutian saya ke Singapura pada post akan datang . |
DAP <b>Johor</b> Bakal Berperang? - Mykmu.net Posted: 06 Jan 2014 09:36 PM PST January 7, 2014 · 24 Comments Kenyataan anak emas kepada penasihat DAP, Lim Kit Siang yang bersedia untuk menjadi pengerusi yang baru untuk parti itu di Johor bukanlah satu perkara yang mengejutkan. Anggota Parlimen Kluang, Liew Chin Tong semalam mengatakan bersedia menjadi pengerusi DAP Johor yang baru andai memenangi pemilihan jawatankuasa DAP negeri pada 12 Januari ini. Kenyataan Chin Tong itu memang telah dijangka oleh ramai pihak khususnya dari kumpulan penyokong Kit Siang. Malah bagi mereka yang mengikuti perkembangan politik Johor, 'perang dalaman' yang sedang melanda parti itu memang telah lama dihidu oleh pemerhati politik dan pihak media. Seperti yang pernah didedahkan oleh pihak media sebelum ini, DAP Johor sedang berdepan dengan perebutan kuasa yang hebat antara kumpulan Pengerusi DAP Johor, Dr Boo Cheng Hau dengan kumpulan Dinasti Lim. Kumpulan Cheng Hau sedang berdepan dengan delima antara meneruskan penguasaan terhadap masyarakat Cina di Johor atau berdepan dengan tentangan dan kemaraan kumpulan 'Dinasti Lim'. Bekas pimpinan DAPSY, Shen Yee Aun sebelum ini mendedahkan walaupun dari segi luaran DAP nampak tenang namun pada hakikatnya ia penuh dengan pergolakan dan krisis dalaman. Parti ultra kiasu itu, dikatakan mempunyai dua kem yang saling cuba 'bunuh-membunuh' antara satu sama lain. Satu kem dikatakan pro kepada Kit Siang dan satu lagi dikatakan cuba menentang penguasaannya yang cuba mengekalkan kuasa dan pengaruh 'Dinasti Lim' di dalam parti tersebut. Malah dengan faktor umur yang semakin meningkat, Kit Siang sudah tentu khuatir sekiranya dia tidak sempat menyediakan tapak yang kuat bagi mengekalkan kuasa politik anaknya bagi meneruskan penguasaan legasi Lim. Ini kerana ramai pemimpin DAP sebenarnya dikatakan menolak kepimpinan Lim Guan Eng selaku Setiausaha Agung yang dikatakan tidak mesra, bersikap kuku besi dan biadap khususnya terhadap para pemimpin senior di dalam DAP. Ketua Menteri Pulau Pinang itu dikatakan telah bersikap kurang ajar dengan mencantas pemimpin lama DAP dengan meletakkan 'orang-orang baru' di kawasan mereka yang tidak sebulu dengannya. Contohnya penyokong dan ahli DAP sebelum ini dikejutkan dengan gesaan yang dibuat oleh Naib Pengerusi DAP Johor, Ong Kow Meng dan bekas Adun Bentayan, Gwee Tong Hiang yang mendesak agar pimpinan DAP negeri yang diterajui oleh Cheng Hau ditukarkan kepada pemimpin yang lain. Mereka juga turut menamakan ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong dan ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching diangkat sebagai pemimpin yang baru. Ini kerana selain masih muda, mereka juga mendakwa Chin Tong dan Nie Ching mampu dan lebih layak memimpin berbanding Cheng Hau. Walaupun secara dasarnya kenyataan tersebut adalah merupakan perkara biasa dalam proses demokrasi, namun ramai yang merasakan ia dilakukan ekoran dari arahan pemimpin 'atasan' yang mahu menyingkirkan Cheng Hau ekoran tindakannya sebelum ini yang dilihat jelas menentang Kit Siang. Rupa-rupanya di sebalik slogan demokrasi yang dilaungkan, wujud satu usaha untuk mewujudkan satu corak pemerintahan ala 'Dinasti Cina' di dalam DAP. Namun persoalannya mampukah Kit Siang menyingkirkan Cheng Hau, sekali gus mengukuhkan penguasaannya di Johor atau sebaliknya? Bersamalah kita saksikan episod drama perang yang akan berlangsung ini. |
You are subscribed to email updates from Makanan pelik di Johor - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Category: Makanan di Johor
0 comments