SYIDASHINIDINESH : Kenali Makanan Tradisional Johor - Makanan di Johor

Blog Admin | 01:07:00 | 0 comments

SYIDASHINIDINESH : Kenali <b>Makanan</b> Tradisional <b>Johor</b> - Makanan di Johor


SYIDASHINIDINESH : Kenali <b>Makanan</b> Tradisional <b>Johor</b>

Posted: 22 Dec 2013 08:35 AM PST

            Selamat Sejahtera buat sesiapa saja yang membaca blog ni... hari ni dengan bebesar hati saya nak    cerita sikit pasal makanan...
 Siapa tak suka pasal makanan, semua orang suka , ada yang suka makanan ala-ala arab, kampung,  korea dll...
     Sebagai orang Johor, jom saya perkenalkan beberapa jenis makanan tradisional Johor...

     Selalunya , kalau sebut  Johor mestinye orang ingat Laksa Johor yg memang sinonim dengan orang Johor...kan...

  
                                                        LAKSA JOHOR

  Yang membezakan laksa Johor dengan laksa-laksa lain ialah laksa nya la....

 Kebanyakan laksa menggunakan mee laksa tapi kalau laksa Johor kita gunakan spaghetti..     unik kan...bukan setakat itu je....untuk menghasilkan kuah laksa yang enak... ikan kembung, kurau serta udang basah digunakan...Selain itu, santan serta rempah kari juga digunakan untuk mencantikkan lgi kuah laksa tu...

       Kalau nak makan laksa tak lengkap kalau tak ada ulam-ulam macam taugeh, timun,jeruk

dll.....akhir sekali letak sambal belacan di atas laksa Johor  sebagai penambah rasa.




 LONTONG KERING

Kalau di Johor terdapat dua jenis lontong iaitu  lontong kering dan lontong kuah....

Apa bezanya?????

tak adalah beza sangat cuma lontong kering ni tak ada kuah pastu nasi impit yang di makan dengan 

lauk seperti rendang ayam / daging, serunding , sambal jawa ,sayur goreng, dan sambal udang..

tapi sekarang susah nak jumpa lontong kering sebab nak buat lauknya je dah ambil masa yang lama..

dah macam nak masak untuk lauk Hari Raya pula...

 

LONTONG KUAH

Lontong kuah pula biasa dijumpai di warung-warung atau kedai makan yang menjual sarapan pagi..

kalau diikutkan tak elok sebenarnya makan lontong ni pagi2 sebab kuahnya yang lemak dan bersantan boleh buat kita mengantuk pagi2 ni..

bestnya makan lontong kuah ni dalam kuahnya ada pelbagai jenis sayur seperti kacang panjang, suhun , 

lobak merah dan banyak lagi.

...elok untuk orang yang suka makan sayur.

mesti cuba ni tau....;)

MEE BANDUNG

Mee bandung atau lebih terkenal dengan panggilan mee bandung Muar.... kebanyakan kedai mee bandung terdapat di Muar tau..

nak tahu kenapa di namakan mee bandung sebab campuran atau gabungan pelbagai jenis bahan seperti

 kuah daging, telur, udang , ayam dan sebagainya,... bagi pengemar makanan pedas eloklah cuba mee bandung sebab kuahnya sangat pedas...Al-maklum la orang Johor pun suka pedas-pedas juga...

terdapat beberapa kedai yang menghidangkan mee bandung yang betul-betul asli seperti kedai makan

 MEE BANDUNG di Tanjung Agas dan SELERA MUAR betul-betul di tengah2 Bandar Muar..

\\ (^_^) //

NASI AMBENG

nasi ambeng juga merupakan makanan yang amat sinonim dengan orang Johor... tapi tak pastilah kalau kat bandar masih boleh jumpa nasi ambeng ni...kalau kat  kampung nasi ambeng merupakan menu utama untuk majlis seprti kenduri atau tahlil..

nasi ambeng merupakan hidangan untuk makan beramai-ramai...kerana kuantiti nasi dan lauknya yang banyak...kalau makan seorang tak habis jawabnya,...

Hidangan nasi ambeng terdiri daripada nasi putih, ayam masak merah / kicap pedas, mee goreng, serunding, sayur goreng, sambal jawa, ikan masin dll.

puas hati kalau makan nasi ambeng ni...:)

HALWA MASKAT

              

Halwa maskat merupakan sejenis manisan yang dihidangkan pada hari perayaan...halwa maskat merupakan  sejenis kuih atau manisan seperti jeli yang di hasilkan daripada minyak sapi, tepung dan gula... Cara membuatnya juga seperti membuat dodol kerana perlu mengambil masa yang lama untuk menghasilkannya...halwa maskat perlu diperam 3hari 3 malam sebelum di kacau pada api yang perlahan selama 5 jam tanpa henti. Untuk menghasilkan halwa maskat yang bermutu sukatan bahan yang betul sehinggalah proses mengacau adunan secara berterusan amat di titikberatkan..

Sekiranya adunan membuat halwa maskat tak di kacau dengan betul , campuran tersebut mungkin berkerak dan hangit....tak sedap pula jadinya...:(

AIR KATIRA

Di mana ada makanan di situ ada minuman. ;p

Dari tadi kita asyik bercerita makanan Johor saja...ni saya nak kenal kan salah satu minuman yang terkenal di Johor....AIR KATIRA.. 

Cuba teka macam mana air katira boleh jadi warna hijau??? 

sebenarnya air katira yang asli adalah berwarna putih...tapi bagi menarik minat orang untuk membeli,

minuman ini telah di ubahsuai menjadi warna hijau dengan menggunakan daun pandan yang telah di kisar dan di tapis untuk mendapatkan jus nya.

Daun pandan selalunya digunakan dalam masakan kerana daun ini mengeluarkan bau yang harum semasa

di masak...tapi di Johor daun pandan  di jadikan perisa atau sirap untuk minuman kerana..

Warnanya yang cantik, dapat menarik minat ramai pengunjung luar untuk mencuba...

Ramai remaja sekarang yang tak tahu macam mana rupa daun pandan...

mari saya tunjukkan contoh daun pandan..:)


DAUN PANDAN

 CONTOH BAHAN_BAHAN AIR KATIRA

Gambar kat atas ni adalah antara bahan-bahan untuk menghasilkan air katira selain daun pandan..

Banyak lagi makanan dan minuman Johor seperti otak-otak, mee rebus,arisa, telur pindang, asam pedas daun kesum, pendaram, air beh dan sebagainya..

Arisa, air beh, halwa maskat serta pendaram antara hidangan tradisional Johor yang susah di jumpai sekarang...saya sendiri belum pernah mencubanya..kesian kan.. :p

Harap anda berpuas hati dengan maklumat saya yang serba sedikit ni...

"Selamat mencuba" & "terima kasih"

\\ (^o^)//

Category:

About GalleryBloggerTemplates.com:
GalleryBloggerTemplates.com is Free Blogger Templates Gallery. We provide Blogger templates for free. You can find about tutorials, blogger hacks, SEO optimization, tips and tricks here!

0 comments