Cerita Dongeng : Asal Mula Nama Jementah (Malaysia) - Makanan pelik di Johor

Blog Admin | 03:22:00 | 0 comments

Cerita Dongeng : Asal Mula Nama Jementah (Malaysia) - Makanan pelik di Johor


Cerita Dongeng : Asal Mula Nama Jementah (Malaysia)

Posted: 11 Feb 2014 09:00 AM PST

Jementah adalah sebuah bandar[1] yang terletak sekitar 21 km di sebelah barat Bandar Segamat, Johor, Malaysia. Bandar ini merupakan bandar terbesar ketiga di Negeri Johor setelah Bandar Segamat dan Labis. Menurut sejarah, pada tanggal 25 Oktober 1879 M., di Bandar Jementah ini pernah terjadi perang saudara yang dikenal dengan Perang Jementah. Perang ini merupakan perang saudara pertama yang pernah terjadi di Negeri Johor.

Selain peristiwa bersejarah tersebut, di Bandar Jementah ini juga pernah terjadi peristiwa ajaib. Menurut cerita, Bandar Jementah pada awalnya merupakan kawasan hutan yang dipenuhi pepohonan, khususnya pohon dedap[2]. Oleh masyarakat di sekitarnya, kawasan hutan itu kemudian diberi nama Jementah. Apa sebenarnya yang terjadi di kawasan hutan itu, sehingga mereka memberinya nama Jementah? Ingin tahu jawabannya? Ikuti kisahnya dalam cerita rakyat Asal Mula Nama Jementah berikut!

* * *

Alkisah, di wilayah Bandar Segamat, Johor, Malaysia, terdapat sebuah kawasan yang dipenuhi oleh hutan lebat dan semak belukar. Menurut kepercayaan masyarakat di sekitarnya, kawasan hutan itu menyimpan banyak emas. Akan tetapi, mereka belum mengetahui persis di mana emas-emas itu berada. Ada yang mengatakan, emas-emas itu bertebaran di antara pepohonan. Ada pula yang mengatakan, emas-emas itu berada di dalam tanah. Oleh karena terjadi perbedaan pendapat, mereka pun melakukan musyawarah, dan akhirnya memutuskan untuk membersihkan kawasan hutan itu dengan menebangi pepohonan dan semak belukar.

Dengan membawa bekal makanan dan peralatan secukupnya, mereka pun beramai-ramai ke hutan itu untuk membersihkan hutan untuk mencari emas. Sesampainya di hutan, mereka menebangi pepohonan dan semak belukar dengan menggunakan kapak dan parang. Setelah bekerja seharian, mereka berhasil merobohkan banyak pohon. Mereka sangat gembira, karena tidak lama lagi akan menemukan emas yang mereka idam-idamkan. Menjelang malam, mereka pun beristirahat dan bermalam di kawasan hutan itu.

Keesokan harinya, mereka sangat terkejut ketika melihat pohon-pohon yang telah ditebang dan semak belukar yang sudah dibabat kembali seperti sedia kala, sehingga kawasan itu berubah lagi menjadi hutan lebat.

"Aneh, sungguh tidak masuk akal! Bagaimana mungkin hutan yang telah kita bersihkan ini kembali seperti semula?" para penduduk saling bertanya dengan penuh keheranan sambil menggeleng-gelengkan kepala.

Mereka tidak pernah berpikir sebelumnya bahwa peristiwa ajaib itu dapat terjadi. "Tenang saudara-saudara, kita jangan cepat putus asa. Kita harus terus berusaha. Kita semua yang hadir di sini pasti ingin menjadi orang kaya," kata salah seorang penduduk memberi semangat.

"Benar," sahut seorang penduduk lainnya. "Kita tidak boleh putus asa. Kita harus menebang kembali pohon-pohon itu," sambungnya.

Akhirnya seluruh penduduk yang hadir kembali membersihkan kawasan hutan itu. Dari pagi hingga sore hari, mereka seakan tidak mengenal lelah bersama-sama menebangi pohon-pohon dan semak belukar tersebut. Menjelang malam, mereka pun beristirahat dan tertidur lelap, karena kelelahan setelah seharian bekerja keras.

Keesokan harinya, peristiwa ajaib itu terjadi lagi. Mereka benar-benar bingung dengan peristiwa ajaib yang mereka saksikan. Meski demikian, mereka tidak pernah patah semangat. Mereka terus membersihkan kawasan hutan itu. Walaupun pada keesokan harinya, pepohonan dan semak belukar itu kembali seperti sedia kala.

Peristiwa ajaib itu terus berlangsung selama berhari-hari. Orang-orang yang lewat di kawasan itu pun terheran-heran. Sebagian dari mereka ada yang bertanya, "Sudah selesaikah kalian menebang pohon?"

"Jemu…, jemu…, jemu…," jawab penduduk itu menggeleng-gelengkan kepala.

Ada juga yang bertanya, "Kapan kawasan ini selesai kalian bersihkan?"

"Entah…, entah…, entah…," jawab mereka lagi.

Keadaan ini berlangsung setiap hari. Setiap mereka ditanya mengenai kapan kawasan tersebut dapat dibersihkan, mereka selalu menjawab: "Jemu, entah, jemu, entah." Oleh karena kata-kata tersebut diucapkan setiap hari, maka kawasan tersebut diberi nama Jementah, yang diambil dari gabungan kata "jemu" dan "entah".

Beberapa hari kemudian, seorang pawang dari daerah Sumatera yang bernama Pawang Ketot, bersama istrinya lewat di kawasan itu. Saat mendengar peristiwa ajaib itu, Pawang Ketot pun menawarkan jasanya untuk membersihkan hutan itu. Setelah tawarannya diterima, ia bersama istrinya mendirikan sebuah pondok di pinggir hutan itu. Setelah itu, mereka membakar kemenyan dan membaca mantra selama tiga hari tiga malam.

Sejak itu, peristiwa aneh tersebut tidak pernah terjadi lagi, sehingga para penduduk dapat membersihkan kawasan tersebut. Semua penduduk gembira, karena mereka telah berhasil menemukan emas-emas yang bertebaran di sekitar pepohonan. "Inilah hikmahnya kalau kita tidak cepat putus asa," kata mereka. Akhirnya, mereka memutuskan untuk menempati kampung baru itu yang mereka sebut Jementah.

* * *

Demikian cerita Asal Mula Nama Jementah dari Negeri Johor, Malaysia. Cerita di atas termasuk cerita rakyat teladan yang mengandung pesan-pesan moral yang dapat dijadikan sebagai pedoman dalam kehidupan sehari-hari. Salah satu pesan moral yang dapat dipetik dari cerita di atas adalah keutamaan sifat tekun dan rajin bekerja. Sifat ini tercermin pada sikap dan perilaku para penduduk yang tidak pernah mengenal lelah untuk terus bekerja keras membersihkan kawasan hutan yang mereka percayai banyak menyimpan emas itu. Sifat ini termasuk sifat terpuji dan sangat diutamakan dalam kehidupan orang-orang Melayu. Keutamaan sifat ini dikatakan dalam tunjuk ajar Melayu berikut ini:

Dalam ungkapan Melayu dikatakan:

apa tanda Melayu jati,bekerja tekun tiada menyalah

Dalam untaian syair dikatakan:

wahai ananda cahaya mata,rajin dan tekun dalam bekerjapenat dan letih usah dikirasupaya kelak hidupmu sejahtera

(SM/sas/61/02-08)

Sumber:

Isi cerita diadaptasi dari Puteh, Othman dan Aripin Said. 2004. Himpunan 366 Cerita Rakyat Malaysia. Kuala Lumpur: PRIN-AD SDN. BHD. Anonim. "Jementah", (http://ms.wikipedia.org/wiki/Jementah), diakses tanggal 01 April 2008). Anonim. "Perang Saudara Jementah", http://ms.wikipedia.org/wiki/Perang_Saudara_Jementah), diakses tanggal 01 April 2008). Anonim. "Kampung", (http://bukittunggal.net/kampung/index.php?option=com_content&task=view&id=27&Itemid=400, diakses tanggal 01 April 2008. Effendy, Tenas. 2006. Tunjuk Ajar Melayu. Yogyakarta: Balai Kajian dan Pengembangan Budaya Melayu bekerja sama dengan AdiCita Karya Nusa Pusat Bahasa Departemen Pendidikan Nasional. 2005. Kamus Besar Bahasa Indonesia: Edisi Ketiga. Jakarta: Balai Pustaka. Safarwan, Zainal Abidin. 1995. Kamus Besar Bahasa Melayu Utusan. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd. 

Kredit foto : mstar.com.my (foto Bandar Segamat)

[1] Bandar adalah kota niaga yang sangat ramai.

[2] Dedap (erythrina) adalah sejenis pohon berduri dan berbunga merah.

.

[VIDEO PANAS] Pemain T-Team Bersumpah Depan Al-Quran

Posted: 10 Feb 2014 05:31 PM PST


Penolong jurulatih, pemain T-Team bersumpah al-Quran

KUALA TERENGGANU: Seorang pemain dan penolong jurulatih pasukan T-Team malam ini bersumpah dengan al-Quran di hadapan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said bagi membuktikan kebenaran insiden kekecohan dalam terowong di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin pada 1 Februari lalu.

Upacara itu dilakukan dalam majlis khas di Hotel Tabung Haji (TH) & Convention Center di sini pada kira-kira 10 malam sempena majlis perjumpaan pegawai dan pemain bola sepak Liga Super, Terengganu dan T-Team.

Majlis itu diadakan berikutan Menteri Besar Terengganu meminta pemain dan pegawai skuad The Titans itu bersumpah al-Quran berhubung kebenaran insiden kekecohan dalam terowong menuju ke bilik persalinan pemain sebaik tamat aksi separuh masa pertama kempen Piala FA antara pasukan itu dengan Johor Darul Takzim (JDT) di stadium itu minggu lalu.

Upacara bersumpah itu didahului penolong jurulatih Azlan Johar dan diikuti pemain tengah Khairan Izuan Razali.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri Rozi Mamat dan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) Datuk Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid.

Bagaimanapun, kelibat pemain pertahanan T-Team, Irfan Abd Ghani yang merupakan bekas pemain JDT yang sebelum ini mengadakan sidang akhbar "mengejut" dengan mendakwa tidak berlaku sebarang insiden dalam terowong tidak kelihatan sepanjang majlis perjumpaan itu.

Ahmad dalam ucapannya berkata majlis mengangkat sumpah itu bagi membuktikan kebenaran insiden tersebut dan meminta para pemain dan pegawai yang menyaksikan kejadian tempoh hari itu supaya tidak berbohong.

Ketika ditemui selepas majlis itu, Menteri Besar mencabar Irfan tampil mengangkat sumpah di hadapannya sekiranya dia di pihak yang benar.

"Saya sanggup bagi tiket kapal terbang ke sini kepada dia untuk tampil bersumpah. Jangan lakukan pembohongan kepada rakyat Terengganu. Angkat sumpah ini bukan permainan semata-mata. Kita mahu buktikan kebenaran kerana ia melibatkan maruah diri, harga diri dan pasukan," katanya.

Ahmad nyata berbangga dengan kedua-dua individu itu yang tampil bersumpah kerana menurutnya ini jelas membuktikan mereka jujur.

Irfan sebelum ini mengeluarkan kenyataan di Johor tanpa pengetahuan majikannya, mendakwa tidak berlaku sebarang insiden dalam terowong ketika menuju ke bilik persalinan dan ini bercanggah dengan pendirian pasukan T-Team yang menyifatkan perkara sebaliknya terjadi. Perbuatannya itu melanggar terma dan syarat yang tertera dalam kontrak pasukan.

Beliau sudah menghilangkan diri dengan mengemas barangan dari rumah sewanya di Gong Badak, sepertimana yang diberitahu oleh Khairan Izuan yang juga rakan serumahnya dan tidak melaporkan diri bersama pasukan sehingga ke hari ini sejak memohon cuti selama dua hari daripada jurulatih Mohd Azraai Khor Abdullah pada 3 Februari. - BERNAMA

ULASAN GB

Sepatutnya Al-Quran itu menjadi panduan kehidupan manusia dengan mengikuti ajaran-ajaran dan mematuhi hukum-hakam yang terkandung di dalamnya, bukan sekadar digunakan sebagai alat untuk bersumpah.

Di dalam Islam jika terdapat keperluan untuk bersumpah, Rasulullah s.a.w. telah mengajar kita:

مَنْ كَانَ حَالِفًا فَلْيَحْلِفْ بِاللَّهِ أَوْ لِيَصْمُتْ.
Sesiapa yang ingin bersumpah, maka bersumpahlah atas nama Allah atau (jika tidak) maka diamlah.


Tidak ada disebutkan perlu seseorang itu mengangkat atau melafazkan sumpah di depan Al-Quran.

12 comments:

View Comments/Post a Comment

Hikayat perut buncit - Blog <b>Makanan di Johor</b> - Blogger

Posted: 30 Jan 2014 07:43 PM PST

Malam ni JDT lawan Pahang tapi tak best la blog pasal bola

Sikit-sikit nak gaduh, sikit-sikit nak provoke...

So mari kita cerita pasal makanan...

Sebab semua orang suka makanan!

Dan kalau cakap pasal makanan tak buat orang nak gaduh :)

Sebagai seorang anak jati johor, saya nak kongsikan makanan-makanan tradisional orang Johor yang sangat sedap belaka! Pastikan anda tidak lapar sebelum scroll ke bawah :)

Laksa Johor

Biasanya mee yang digunakan ialah spaghetti,

Class gitu orang johor ni,

Kemudian kuahnya pula biasanya menggunakan ikan kembung atau ikan tenggiri

Dan tak lengkap laksa Johor tanpa ulam-ulamannya

Kalau di rumah LA, ada limau kasturi yang dibelah dua, taugeh, 

bawang, timun, jeruk lobak, daun kesum dan daun bawang.

Dan akhir sekali, letakkan sambal belacan untuk lebih sedap dan nikmat

Mee Bandung 

Biasanya orang tak panggil Mee Bandung Johor, tapi Mee Bandung Muar

Dan sejujurnya dan merasa mee bandung di Terengganu, Selangor dan tempat lain

Mee Bandung Muar tiada tandingannya !

Mee Bandung Muar ni kalau nak sedap maka perlulah lengkap ramuannya

Tak boleh ada shortcut2 bahan macam sesetengah kedai buat

Jadi, tak peliklah kenapa Mee Bandung Muar harganya agak mahal sedikit

Mestilah cukup binatang2 dalam kuahnya seperti udang, sotong dan ayam

Mestilah ada telur, telur goreng atau telur rebus bergantung pada selera masing2

Mestilah cukup pedasnya :)

Soto

Soto ada dua jenis iaitu soto nasi dan soto bihun

Kalau LA lebih prefer soto bihun

LA suka sangat kalau soto yang lengkap dengan hirisan ayamnya,

sambal kicap yang pedas, kacang tanah, daun bawang dan paling penting bergedil

Nasi Ambang 

Subhanallah, kecur tengok gambar ni

Ni memang favourite LA daripada kecik sampai sekarang

Kalau offer memang tak dapat nak menolak lah senang kata

Tapi sesetengah orang tak minat sebab agak complicated menunya

Hidangan nasi ambang yang lengkap lebih kurang macam gambar di atas

Nasi + Ayam masak merah/ kicap pedas + mee kasar + ikan masin + serunding + sambal jawa + sayur + keropok goreng

Kalau datang Johor, silalah cuba nasi ambang yea?

Gerenti puas hati :)

Telur Pindang

LA teringat saat-saat baru memulakan pengajian di Terengganu

Datang kempunan nak makan telur pindang

Tanyalah dekat kawan-kawan mana nak dapat

Semuanya tak faham apa itu 'telur pindang'

Rupa-rupanya di selatan sahaja yang ada Telur Pindang

Kalau anda ke kenduri perkahwinan di negeri Johor

Biasanya mereka akan memberi Telur Pindang

Mengikut resipi tradisional Johor, Telur akan direbus bersama Garam, Kicap, Jintan Putih, Jintan Manis, Ketumbar,dan berbagai jenis bahan lain. Bahan tersebut adalah Kulit Bawang Merah, Kulit Bawang Putih, Serai, Daun dan isi Lengkuas, Daun Senduduk, Daun Jambu Batu dan sebagainya.

Rasanya sangat sedap :)

Ada juga perkhidmatan pos untuk mereka yang nak telur pindang

Kacang Pool

LA pun tak pasti kenapa namanya kacang pool

Mungkin sebab kuahnya dalam mangkuk tu nampak macam kolam

Haha tak pastilah pulak,

Kalau family LA kami selalu perkena kacang pool di medan selera sebelah Bomba Larkin

Try la, makanan yang simple tetapi sangat sedap :)

Mee Rebus Johor

Urmmm...sedap jugak ni

Selalunya kalau LA Mee Rebus ni makan sarapan

Sedap, yelah, takkan lah nak nasi lemak dan roti canai setiap pagi

Mee Rebus Johor ni kuahnya pekat

Dihidang bersama telur rebus, daun bawang, bawang goreng, tauhu dan lada hijau

Kadang-kadang kalau sedap lagi ada seafood dalam mee rebus

Antara yang popular di Johor Bahru adalah Mee Rebus Tulang Az dan Mee Rebus Haji Wahid

Memang terkenal sangat :) silalah cuba bila datang Johor

Botok-botok

Haaa...kalau yang ni orang luar nampak confirm pelik

Yelah, nampak comot dan serabai je kalau dihidang

Tapi rasanya...ummphhh sedap lagi menyelerakan

Kalau hari-hari biasa susah nak nampak botok-botok ni

Selalunya semasa bulan Ramadhan yang banyak dijual di bazaar

Botok-botok ni sebenarnya hidangan ikan dan ulam-ulaman yang dibalut dalam daun pisang

Daun yang biasa digunakan ialah seperti pucuk ubi, pucuk betik, pucuk mengkudu, 

daun kesum, daun cekur dan daun kunyit.

Sajian ini dianggap berkhasiat kerana tinggi kandungan serat dan kerana ia dikukus

Lontong 

Kalau di Johor terdapat dua jenis lontong

Lontong kuah dan Lontong kering

Kalau LA lebih prefer lontong kering 

Tapi kebanyakannya lebih sukakan lontong kuah

Lauknya sama cuma bezanya kuah lodeh itu sahaja 

Tapi variasi lauk untuk lontong kering ni lebih banyak

Boleh letak rendang, sambal jawa, sambal kentang dan bergedil

Biasanya dimakan untuk sarapan...nyum nyum

Briyani Gam Johor

Briyani Gam Johor memang terkenal dalam Malaysia

Senang kata briyani yang paling wanted lah

Harganya agak mahal sedikit kerana bahan-bahannya yang banyak

Apa bezanya briyani biasa dengan briyani gam ni?

First, pembuatannya cerewet, wajib beras basmati yang panjang-panjang tu kalau nak panggil briyani johor

Dan briyani gam ni, ayam atau daging itu dimasak bersama nasi

Kalau di Malaysia yang paling famous adalah di Batu Pahat iaitu Briyani Mohd Shah

LA pernah pergi masa lunch, semua dah habis... gilalah. 

Asam Pedas Johor

Asam Pedas Muar adalah antara yang terkenal di Malaysia selain asam pedas Melaka

Dan saya percaya di negeri-negeri lain pun ada asam pedas tersendiri

Tetapi setiap versi asam pedas negeri ni berbeza

Keistimewaan asam pedas Johor berbanding asam pedas lain adalah kepekatannya

Asam pedas di Johor di pekatnya lain macamMemang pekat dan secukup rasa... 

Kalau di Johor Bahru antara yang sedap adalah Asam pedas Anisofea di Mount Austin dan Asam Pedas Tasik Johor Bahru

Kemudian, asam pedas Melaka ada Lada hitam, asam pedas Johor tak ada

Selalunya untuk penambah rasa dan bau, diletakkan daun kesum, daun limau purut atau bunga kantan

Dan untuk sayur-sayuran, tomato, bendi atau terung

Otak-Otak

Haaaa ni lagi satu makanan anak Johor sejati

Makanan yang simple dan dihidangkan di serata Johor

Otak-otak... dan yang paling terkenal ialah otak-otak Kempas

Otak-otak ni isi ikan yang berempah

Tempat lain pun ada juga kalau tak silap

Cuma kalau di Johor ni pedas rasanya :)

Dan berbeza dengan negeri lain

Otak-otak boleh dijumpai hampir di semua kedai makan malam di sini

Air Kathira

Air Kathira/Katira memang popular sangat di Johor

Kalau di Johor yang sangat famous adalah Air Kathira Abu Bakar

Air Kathira ni ada 'isi-isi'nya seperti biji selasih, katira, kembang semangkuk dan sebagainya.

Mengikut kata-kata orang Johor Lama, air Katira yang asli mempunyai sekurang-kurangnya 7 ramuan

Itu sahaja buat masa ini, ada masa update lagi :)

Category:

About GalleryBloggerTemplates.com:
GalleryBloggerTemplates.com is Free Blogger Templates Gallery. We provide Blogger templates for free. You can find about tutorials, blogger hacks, SEO optimization, tips and tricks here!

0 comments