Sotong Putih RM2.50 Sekilogram - MyNewsHub.My - Sertai ... - Makanan pelik di Johor
Sotong Putih RM2.50 Sekilogram - MyNewsHub.My - Sertai <b>...</b> - Makanan pelik di Johor |
Sotong Putih RM2.50 Sekilogram - MyNewsHub.My - Sertai <b>...</b> Posted: 14 Feb 2014 01:56 AM PST KUALA LUMPUR – Pasar Awam di Telupid, Sabah, mungkin menjadi tumpuan penggemar makanan laut di kawasan itu apabila pasar basah tersebut menawarkan harga serendah RM2.50 bagi sekilogram sotong putih bersaiz sederhana, hari ini. Menurut portal www.1pengguna.com yang menyenaraikan harga pelbagai jenis barangan mengikut premis dan negeri, makanan laut jenis itu juga dijual pada harga RM4 di pasar basah Sibuga Batu 8, Sandakan. Turut mengambil langkah sama menawarkan harga murah untuk setiap kilogram sotong putih ialah pasar basah Padang Tembak, Pulau Pinang (RM7), pasar basah SMC, Sibu dan Pasar Sungai Rajang, Sarikei di Sarawak (RM8) dan RM9 sekilogram di Padang Rengas, Perak (RM9). Bagaimanapun, harga sotong itu berbeza di beberapa pasar basah di negeri-negeri lain seperti Kedah (RM10-RM18 sekilogram), Kelantan (RM13-RM20), Selangor (RM15-RM28 dan Kuala Lumpur (RM15-RM24). Bagi udang kertas (putih) bersaiz sederhana pula, dua pasar basah di Sarawak iaitu pasar tamu Muhibbah di Miri dan pasar Sungai Rajang di Sarikei menawarkan harga serendah RM7 sekilogram, selain pasar besar Gunung Rapat, Ipoh, Perak yang menjual pada harga RM8 sekilogram. Di ibu kota, pasar basah rata-ratanya menjual udang berkenaan pada harga antara RM10 hingga RM30 sekilogram. Portal kendalian Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) itu turut menyenaraikan harga bagi ikan bawal hitam bersaiz sederhana yang dijual antara RM11.99 dan RM26 sekilogram di beberapa pasar raya dan pasar basah di Selangor, manakala di Kuala Lumpur ia dijual pada harga RM11.99 sehingga RM26 sekilogram. Berbeza pula di Pahang, ikan jenis itu dijual sekilogram pada harga antara RM5.99 hingga RM30, manakala beberapa pasar raya dan pasar basah di Perak menjual antara RM9.88 dan RM30. Bagi sayur-sayuran pula, harga sekilogram kacang panjang dijual pada harga antara RM2 hingga RM12.20 sekilogram di Sarawak, Sabah (RM2.90-RM6.60), Johor (RM2.99-RM8.99), Selangor (RM2.99-RM14.90) dan Kuala Lumpur (RM2.99-RM14.90 sekilogram). Seikat Bayam Hijau (250g) pula dijual serendah RM0.29 sehingga RM2 di Selangor, Kuala Lumpur (RM0.32-RM2), Pahang (RM0.35-RM1), dan Johor (RM0.35-RM2). Portal www.1pengguna.com membimbing pengguna bagi mendapatkan barangan pada harga kompetitif dalam menghadapi masalah kenaikan kos sara hidup. – BERNAMA Sotong Putih RM2.50 Sekilogramhttp://mynewshub.my/2014/02/14/sotong-putih-rm2-50-sekilogram/http://mynewshub.my/wp-content/uploads/Sotong-Putih-RM2.50-Sekilogram.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/Sotong-Putih-RM2.50-Sekilogram-150x150.jpg14 February 2014 TerkiniSotongKUALA LUMPUR - Pasar Awam di Telupid, Sabah, mungkin menjadi tumpuan penggemar makanan laut di kawasan itu apabila pasar basah tersebut menawarkan harga serendah RM2.50 bagi sekilogram sotong putih bersaiz sederhana, hari ini. Menurut portal www.1pengguna.com yang menyenaraikan harga pelbagai jenis barangan mengikut premis dan negeri, makanan laut jenis itu... KUALA LUMPUR - Pasar Awam di Telupid, Sabah, mungkin menjadi tumpuan penggemar makanan laut di kawasan itu apabila pasar basah tersebut menawarkan harga serendah RM2.50 bagi sekilogram sotong putih bersaiz sederhana, hari ini. Menurut portal www.1pengguna.com yang menyenaraikan harga pelbagai jenis barangan mengikut premis dan negeri, makanan laut jenis itu juga dijual pada harga RM4 di pasar basah Sibuga Batu 8, Sandakan. Turut mengambil langkah sama menawarkan harga murah untuk setiap kilogram sotong putih ialah pasar basah Padang Tembak, Pulau Pinang (RM7), pasar basah SMC, Sibu dan Pasar Sungai Rajang, Sarikei di Sarawak (RM8) dan RM9 sekilogram di Padang Rengas, Perak (RM9). Bagaimanapun, harga sotong itu berbeza di beberapa pasar basah di negeri-negeri lain seperti Kedah (RM10-RM18 sekilogram), Kelantan (RM13-RM20), Selangor (RM15-RM28 dan Kuala Lumpur (RM15-RM24). Bagi udang kertas (putih) bersaiz sederhana pula, dua pasar basah di Sarawak iaitu pasar tamu Muhibbah di Miri dan pasar Sungai Rajang di Sarikei menawarkan harga serendah RM7 sekilogram, selain pasar besar Gunung Rapat, Ipoh, Perak yang menjual pada harga RM8 sekilogram. Di ibu kota, pasar basah rata-ratanya menjual udang berkenaan pada harga antara RM10 hingga RM30 sekilogram. Portal kendalian Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) itu turut menyenaraikan harga bagi ikan bawal hitam bersaiz sederhana yang dijual antara RM11.99 dan RM26 sekilogram di beberapa pasar raya dan pasar basah di Selangor, manakala di Kuala Lumpur ia dijual pada harga RM11.99 sehingga RM26 sekilogram. Berbeza pula di Pahang, ikan jenis itu dijual sekilogram pada harga antara RM5.99 hingga RM30, manakala beberapa pasar raya dan pasar basah di Perak menjual antara RM9.88 dan RM30. Bagi sayur-sayuran pula, harga sekilogram kacang panjang dijual pada harga antara RM2 hingga RM12.20 sekilogram di Sarawak, Sabah (RM2.90-RM6.60), Johor (RM2.99-RM8.99), Selangor (RM2.99-RM14.90) dan Kuala Lumpur (RM2.99-RM14.90 sekilogram). Seikat Bayam Hijau (250g) pula dijual serendah RM0.29 sehingga RM2 di Selangor, Kuala Lumpur (RM0.32-RM2), Pahang (RM0.35-RM1), dan Johor (RM0.35-RM2). Portal www.1pengguna.com membimbing pengguna bagi mendapatkan barangan pada harga kompetitif dalam menghadapi masalah kenaikan kos sara hidup. - BERNAMA MyNewsHubhttps://plus.google.com/108738154760102812514MyNewsHub stokmynewshub@gmail.comAdministratorMyNewsHubIklan Teks: PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri | ||
Hangit Blog: Pemain bola mati kena tetak Posted: 16 Feb 2014 06:56 AM PST
Dalam kejadian kira-kira jam 9.15 pagi itu, T Eswaran, 27, menaiki Proton Waja bersama tiga rakannya dan berhenti berhampiran lampu isyarat di depan bank berkenaan untuk ke mesin pengeluaran wang automatik (ATM). Bagaimanapun, selepas keluar dari ATM dan sebaik sahaja mangsa hendak memasuki kereta di bahagian penumpang depan, dia dihampiri tiga lelaki bertopeng membawa parang yang terus menyerangnya. Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, mangsa yang juga seorang pemandu lori berasal dari Menglembu cedera serius di kepala dan tangan. Katanya, mangsa disahkan meninggal dunia di Wad Kecemasan Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB). Menurutnya, berdasarkan maklumat awal, suspek melarikan diri dengan menaiki kereta Perodua Myvi berwarna perak. "Polis masih mengesan kereta suspek yang didaftarkan di negeri Johor," katanya. Chang Keong berkata, tiga rakan mangsa yang berada di tempat kejadian tersebut telah diminta memberi keterangan untuk membantu siasatan lanjut dan bagi mengenal pasti motif kejadian. Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh dan orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menyalurkan maklumat dengan menghubungi balai polis berhampiran.//(sinarharian) |
You are subscribed to email updates from Makanan pelik di Johor - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Category: Makanan di Johor
0 comments