SYIDASHINIDINESH - Blog Makanan di Johor - Blogger - Makanan di Johor
SYIDASHINIDINESH - Blog <b>Makanan di Johor</b> - Blogger - Makanan di Johor |
- SYIDASHINIDINESH - Blog <b>Makanan di Johor</b> - Blogger
- Percutian : Apa Yang Menarik Di Johor Bharu - Blog <b>Makanan di Johor</b>
- Hikayat perut buncit - Blog <b>Makanan di Johor</b> - Blogger
- Program Taman Kekal Pengelu... - Blog <b> - Blog <b>Makanan di Johor</b>
- mimie & farid: <b>Makanan Johor</b>: Kacang Pool!
- Majlis Persandingan <b>Di Johor</b> Dan Melaka Berbeza Hanif Bin Idrus
SYIDASHINIDINESH - Blog <b>Makanan di Johor</b> - Blogger Posted: 29 Jan 2014 08:20 PM PST Selamat Sejahtera buat sesiapa saja yang membaca blog ni... hari ni dengan bebesar hati saya nak cerita sikit pasal makanan... Siapa tak suka pasal makanan, semua orang suka , ada yang suka makanan ala-ala arab, kampung, korea dll... Sebagai orang Johor, jom saya perkenalkan beberapa jenis makanan tradisional Johor... Selalunya , kalau sebut Johor mestinye orang ingat Laksa Johor yg memang sinonim dengan orang Johor...kan... Yang membezakan laksa Johor dengan laksa-laksa lain ialah laksa nya la.... Kebanyakan laksa menggunakan mee laksa tapi kalau laksa Johor kita gunakan spaghetti.. unik kan...bukan setakat itu je....untuk menghasilkan kuah laksa yang enak... ikan kembung, kurau serta udang basah digunakan...Selain itu, santan serta rempah kari juga digunakan untuk mencantikkan lgi kuah laksa tu... Kalau nak makan laksa tak lengkap kalau tak ada ulam-ulam macam taugeh, timun,jeruk LONTONG KERING Kalau di Johor terdapat dua jenis lontong iaitu lontong kering dan lontong kuah.... Apa bezanya????? tak adalah beza sangat cuma lontong kering ni tak ada kuah pastu nasi impit yang di makan dengan lauk seperti rendang ayam / daging, serunding , sambal jawa ,sayur goreng, dan sambal udang.. tapi sekarang susah nak jumpa lontong kering sebab nak buat lauknya je dah ambil masa yang lama.. dah macam nak masak untuk lauk Hari Raya pula... LONTONG KUAH Lontong kuah pula biasa dijumpai di warung-warung atau kedai makan yang menjual sarapan pagi.. kalau diikutkan tak elok sebenarnya makan lontong ni pagi2 sebab kuahnya yang lemak dan bersantan boleh buat kita mengantuk pagi2 ni.. bestnya makan lontong kuah ni dalam kuahnya ada pelbagai jenis sayur seperti kacang panjang, suhun , lobak merah dan banyak lagi. ...elok untuk orang yang suka makan sayur. mesti cuba ni tau....;) MEE BANDUNG Mee bandung atau lebih terkenal dengan panggilan mee bandung Muar.... kebanyakan kedai mee bandung terdapat di Muar tau.. nak tahu kenapa di namakan mee bandung sebab campuran atau gabungan pelbagai jenis bahan seperti kuah daging, telur, udang , ayam dan sebagainya,... bagi pengemar makanan pedas eloklah cuba mee bandung sebab kuahnya sangat pedas...Al-maklum la orang Johor pun suka pedas-pedas juga... terdapat beberapa kedai yang menghidangkan mee bandung yang betul-betul asli seperti kedai makan MEE BANDUNG di Tanjung Agas dan SELERA MUAR betul-betul di tengah2 Bandar Muar.. \\ (^_^) // NASI AMBENG nasi ambeng juga merupakan makanan yang amat sinonim dengan orang Johor... tapi tak pastilah kalau kat bandar masih boleh jumpa nasi ambeng ni...kalau kat kampung nasi ambeng merupakan menu utama untuk majlis seprti kenduri atau tahlil.. nasi ambeng merupakan hidangan untuk makan beramai-ramai...kerana kuantiti nasi dan lauknya yang banyak...kalau makan seorang tak habis jawabnya,... Hidangan nasi ambeng terdiri daripada nasi putih, ayam masak merah / kicap pedas, mee goreng, serunding, sayur goreng, sambal jawa, ikan masin dll. puas hati kalau makan nasi ambeng ni...:) HALWA MASKAT
Halwa maskat merupakan sejenis manisan yang dihidangkan pada hari perayaan...halwa maskat merupakan sejenis kuih atau manisan seperti jeli yang di hasilkan daripada minyak sapi, tepung dan gula... Cara membuatnya juga seperti membuat dodol kerana perlu mengambil masa yang lama untuk menghasilkannya...halwa maskat perlu diperam 3hari 3 malam sebelum di kacau pada api yang perlahan selama 5 jam tanpa henti. Untuk menghasilkan halwa maskat yang bermutu sukatan bahan yang betul sehinggalah proses mengacau adunan secara berterusan amat di titikberatkan.. Sekiranya adunan membuat halwa maskat tak di kacau dengan betul , campuran tersebut mungkin berkerak dan hangit....tak sedap pula jadinya...:( AIR KATIRA Di mana ada makanan di situ ada minuman. ;p Dari tadi kita asyik bercerita makanan Johor saja...ni saya nak kenal kan salah satu minuman yang terkenal di Johor....AIR KATIRA.. Cuba teka macam mana air katira boleh jadi warna hijau??? sebenarnya air katira yang asli adalah berwarna putih...tapi bagi menarik minat orang untuk membeli, minuman ini telah di ubahsuai menjadi warna hijau dengan menggunakan daun pandan yang telah di kisar dan di tapis untuk mendapatkan jus nya. Daun pandan selalunya digunakan dalam masakan kerana daun ini mengeluarkan bau yang harum semasa di masak...tapi di Johor daun pandan di jadikan perisa atau sirap untuk minuman kerana.. Warnanya yang cantik, dapat menarik minat ramai pengunjung luar untuk mencuba... Ramai remaja sekarang yang tak tahu macam mana rupa daun pandan... mari saya tunjukkan contoh daun pandan..:) DAUN PANDAN CONTOH BAHAN_BAHAN AIR KATIRA Gambar kat atas ni adalah antara bahan-bahan untuk menghasilkan air katira selain daun pandan.. Banyak lagi makanan dan minuman Johor seperti otak-otak, mee rebus,arisa, telur pindang, asam pedas daun kesum, pendaram, air beh dan sebagainya.. Arisa, air beh, halwa maskat serta pendaram antara hidangan tradisional Johor yang susah di jumpai sekarang...saya sendiri belum pernah mencubanya..kesian kan.. :p Harap anda berpuas hati dengan maklumat saya yang serba sedikit ni... "Selamat mencuba" & "terima kasih" \\ (^o^)// | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Percutian : Apa Yang Menarik Di Johor Bharu - Blog <b>Makanan di Johor</b> Posted: 28 Jan 2014 09:52 AM PST Cuti semester kali ini tidak saya persiakan dengan membuat kerja yang pelik-pelik. Kali ini saya membuat keputusan untuk pergi makan angin bersama rakan saya di Johor Bharu dan Singapore. Percutian ini saya pergi selama 3 hari 2 malam yang melibatkan 2 tempat utama iaitu Johor Bharu dan Singapore. Saya memulakan perjalanan dari Kuala Lumpur dengan menaiki bas dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS) di bandar Tasik Selatan. Saya telah menempah tiket online dan menaiki bas Mara Liner yang berharga Rm 63 ++ iaitu tiket pergi dan balik dari TBS ke Larkin Central. Ramai yang beratur panjang ketika saya ingin redeem tiket saya. Perjalanan saya yang bermula pada jam 10.30 pagi (26/1/2013) mengambil masa 4 jam 30 minit dengan menaiki bas ke Johor Bharu. Perjalanan yang jauh dan memenatkan tidak mematahkan semangat percutian saya. Mungkin ramai orang tertanya-tanya dan ada juga yang sudah tau apa yang menarik di Johor Bharu ini. Nanti saya akan tunjukkan kepada anda tempat-tempat yang saya pergi. Setibanya saya di Larkin Central, saya sempat meninjau lokasi stesen bas ini dimana terdapat gerai-gerai kecil yang menjual pelbagai jenis barangan seperti pakaian, aksesori dan bermacam lagi. Tidak dilupakan juga terdapat pelbagai makanan yang sedap-sedap disini seperti kuih muih, murtabak dan otak-otak. Setelah tiba disana, saya meneruskan perjalanan bersama rakan saya ke Restoran Keluargaku Sayang. Dengan menaiki kereta rakan saya, kami tiba di sebuah restoran yang terkenal dengan Mi Bandung. Lokasi yang terletak di Tanjung Langsat ini menyediakan pelbagai jenis makanan yang terdiri daripada masakan melayu, makanan laut dan pelbagai lagi. Mi Bandung disini sangat sedap kerana ia terdapat pelbagai rencah dan saya amat menyukai rencah Udang. Kuah yang pekat serta menarik, membuatkan licin habis saya makan. Lokasi restoran yang terletak bersebelahan dengan Selat Tebrau ini memberikan permandangan yang menarik serta angin laut yang menuip membuatkan saya berasa tenang disini. Suasana kampung dan kehidupan nelayan disini membuatkan saya teruja dan gembira kerana dapat berehat setelah penat menaiki bas. Gambar diatas inilah Mi Bandung yang saya maksudkan. Menarik bukan? kemain besar lagi udang yang dijadikan rencah ini. Harga Mi Bandung ini dianggarkan berharga Rm 6. Seterusnya saya singgah ke The Zone iaitu lokasi Bebas cukai yang menjual pelbagai jenis barangan import dengan kadar harga yang murah disebabkan pengelakkan cukai. Lokasi The zone ini terletak beberapa kilometer dari Pintu masuk utama Malaysia-Singapore dan anda pastikan akan nampak signboard the zone disekitar jalan menuju ke Singapore. Disini saya sempat membeli beberapa buah tangan untuk keluarga. Saya membeli coklat dengan kadar harga yang murah dan ternyata ia lebih murah dari Langkawi kerana barangan import akan datang ke Singapore dahulu dan barulah ke Pelabuhan Klang dan Penang. selepas beli coklat dekat The Zone, saya sempat meluangkan masa untuk berada di persisiran Teluk Danga. Dari situ juga saya dapat melihat pintu masuk Malaysia-Singapura iaitu C.I.Q dan Woodlands. Hampir 30 minit di sana, saya meneruskan perjalanan ke Gerai Makanan Kacang Pool Haji. Di gerai ini, saya diperkenalkan oleh rakan saya dengan makanan terkenal disini iaitu Kacang Pool. Saya juga dimaklumkan gerai ini hanya satu-satunya gerai yang menjual Kacang Pool. Ia terletak di bersebelahan Balai Bomba Larkin iaitu terdapat sebuah food court. Begitu ramai orang datang makan disini dan bersyukur kami jumpa kedai ini dan merasa juga saya nak makan. Kacang Pool terdiri daripada roti, telur dan sambal ayam yang dimasak dengan kacang. Harga bagi satu set Kacang Pool ini adalah Rm 4. Gambar diatas inilah sambal yang anda akan cicah dengan roti. minuman yang saya pilih adalah Sirap Bandung Ais yang berharga Rm 2. setelah kenyang makan, tiba masa untuk berjalan lagi, kali ini saya ke Kulai kerana nak window shopping di Johor Premium Outlets (JPO) . Perjalanan yang mengambil masa 30 minit dari JB yang melalui lebuhraya Kulai-desaru ini. JPO merupakan tempat menjual barangan berjenama yang popular dan ia dijual dengan kadar yang murah berbanding di kedai biasa. Ramai pelancong dan rakyat Malaysia datang kesini untuk membeli belah. Ia dibuka dari jam 10 sehingga 10 malam dan lokasi yang agak jauh dari JB ini adalah sesuai pergi di waktu petang. Setelah penat berjalan di bandaraya Johor Bharu selama seharian, tiba masa untuk tidur dan merehatkan diri kerana keesokan paginya saya akan bertolak ke Singapura. Saya telah menempah sebuah bilik single Bed yang berharga Rm 50 semalam. Boleh dikatakan murah juga la berbading dengan hotel-hotel yang lain. Saya bermalam di Okid Hotel , Taman Johor Jaya, JB. Lokasi kira-kira 10 minit daripda pintu masuk singapura ini adalah sesuai untuk saya kerana ia akan menjimatkan masa untuk kesana. Bilik saya ini terdapat Aircond, TV , meja solek dan bilik air. Walaupun kecil tapi puas hati juga kerana semuanya cukup untuk saya. Ditambah pula dengan katil yang besar, ia cukup selesa . Malam – malam tengok cite indonesia dan best juga cerita dia orang ni..apa-ap pun good night la ye..hehe.. * Saya akan sambung perjalanan percutian saya ke Singapura pada post akan datang . | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Hikayat perut buncit - Blog <b>Makanan di Johor</b> - Blogger Posted: 30 Jan 2014 07:43 PM PST Malam ni JDT lawan Pahang tapi tak best la blog pasal bola Sikit-sikit nak gaduh, sikit-sikit nak provoke... So mari kita cerita pasal makanan... Sebab semua orang suka makanan! Dan kalau cakap pasal makanan tak buat orang nak gaduh :) Sebagai seorang anak jati johor, saya nak kongsikan makanan-makanan tradisional orang Johor yang sangat sedap belaka! Pastikan anda tidak lapar sebelum scroll ke bawah :) Laksa Johor Biasanya mee yang digunakan ialah spaghetti, Class gitu orang johor ni, Kemudian kuahnya pula biasanya menggunakan ikan kembung atau ikan tenggiri Dan tak lengkap laksa Johor tanpa ulam-ulamannya Kalau di rumah LA, ada limau kasturi yang dibelah dua, taugeh, bawang, timun, jeruk lobak, daun kesum dan daun bawang. Dan akhir sekali, letakkan sambal belacan untuk lebih sedap dan nikmat Mee Bandung Biasanya orang tak panggil Mee Bandung Johor, tapi Mee Bandung Muar Dan sejujurnya dan merasa mee bandung di Terengganu, Selangor dan tempat lain Mee Bandung Muar tiada tandingannya ! Mee Bandung Muar ni kalau nak sedap maka perlulah lengkap ramuannya Tak boleh ada shortcut2 bahan macam sesetengah kedai buat Jadi, tak peliklah kenapa Mee Bandung Muar harganya agak mahal sedikit Mestilah cukup binatang2 dalam kuahnya seperti udang, sotong dan ayam Mestilah ada telur, telur goreng atau telur rebus bergantung pada selera masing2 Mestilah cukup pedasnya :) Soto Soto ada dua jenis iaitu soto nasi dan soto bihun Kalau LA lebih prefer soto bihun LA suka sangat kalau soto yang lengkap dengan hirisan ayamnya, sambal kicap yang pedas, kacang tanah, daun bawang dan paling penting bergedil Nasi Ambang Subhanallah, kecur tengok gambar ni Ni memang favourite LA daripada kecik sampai sekarang Kalau offer memang tak dapat nak menolak lah senang kata Tapi sesetengah orang tak minat sebab agak complicated menunya Hidangan nasi ambang yang lengkap lebih kurang macam gambar di atas Nasi + Ayam masak merah/ kicap pedas + mee kasar + ikan masin + serunding + sambal jawa + sayur + keropok goreng Kalau datang Johor, silalah cuba nasi ambang yea? Gerenti puas hati :) Telur Pindang LA teringat saat-saat baru memulakan pengajian di Terengganu Datang kempunan nak makan telur pindang Tanyalah dekat kawan-kawan mana nak dapat Semuanya tak faham apa itu 'telur pindang' Rupa-rupanya di selatan sahaja yang ada Telur Pindang Kalau anda ke kenduri perkahwinan di negeri Johor Biasanya mereka akan memberi Telur Pindang Mengikut resipi tradisional Johor, Telur akan direbus bersama Garam, Kicap, Jintan Putih, Jintan Manis, Ketumbar,dan berbagai jenis bahan lain. Bahan tersebut adalah Kulit Bawang Merah, Kulit Bawang Putih, Serai, Daun dan isi Lengkuas, Daun Senduduk, Daun Jambu Batu dan sebagainya. Rasanya sangat sedap :) Ada juga perkhidmatan pos untuk mereka yang nak telur pindang Kacang Pool LA pun tak pasti kenapa namanya kacang pool Mungkin sebab kuahnya dalam mangkuk tu nampak macam kolam Haha tak pastilah pulak, Kalau family LA kami selalu perkena kacang pool di medan selera sebelah Bomba Larkin Try la, makanan yang simple tetapi sangat sedap :) Mee Rebus Johor Urmmm...sedap jugak ni Selalunya kalau LA Mee Rebus ni makan sarapan Sedap, yelah, takkan lah nak nasi lemak dan roti canai setiap pagi Mee Rebus Johor ni kuahnya pekat Dihidang bersama telur rebus, daun bawang, bawang goreng, tauhu dan lada hijau Kadang-kadang kalau sedap lagi ada seafood dalam mee rebus Antara yang popular di Johor Bahru adalah Mee Rebus Tulang Az dan Mee Rebus Haji Wahid Memang terkenal sangat :) silalah cuba bila datang Johor Botok-botok Haaa...kalau yang ni orang luar nampak confirm pelik Yelah, nampak comot dan serabai je kalau dihidang Tapi rasanya...ummphhh sedap lagi menyelerakan Kalau hari-hari biasa susah nak nampak botok-botok ni Selalunya semasa bulan Ramadhan yang banyak dijual di bazaar Botok-botok ni sebenarnya hidangan ikan dan ulam-ulaman yang dibalut dalam daun pisang Daun yang biasa digunakan ialah seperti pucuk ubi, pucuk betik, pucuk mengkudu, daun kesum, daun cekur dan daun kunyit. Sajian ini dianggap berkhasiat kerana tinggi kandungan serat dan kerana ia dikukus Lontong Kalau di Johor terdapat dua jenis lontong Lontong kuah dan Lontong kering Kalau LA lebih prefer lontong kering Tapi kebanyakannya lebih sukakan lontong kuah Lauknya sama cuma bezanya kuah lodeh itu sahaja Tapi variasi lauk untuk lontong kering ni lebih banyak Boleh letak rendang, sambal jawa, sambal kentang dan bergedil Biasanya dimakan untuk sarapan...nyum nyum Briyani Gam Johor Briyani Gam Johor memang terkenal dalam Malaysia Senang kata briyani yang paling wanted lah Harganya agak mahal sedikit kerana bahan-bahannya yang banyak Apa bezanya briyani biasa dengan briyani gam ni? First, pembuatannya cerewet, wajib beras basmati yang panjang-panjang tu kalau nak panggil briyani johor Dan briyani gam ni, ayam atau daging itu dimasak bersama nasi Kalau di Malaysia yang paling famous adalah di Batu Pahat iaitu Briyani Mohd Shah LA pernah pergi masa lunch, semua dah habis... gilalah. Asam Pedas Johor Asam Pedas Muar adalah antara yang terkenal di Malaysia selain asam pedas Melaka Dan saya percaya di negeri-negeri lain pun ada asam pedas tersendiri Tetapi setiap versi asam pedas negeri ni berbeza Keistimewaan asam pedas Johor berbanding asam pedas lain adalah kepekatannya Asam pedas di Johor di pekatnya lain macamMemang pekat dan secukup rasa... Kalau di Johor Bahru antara yang sedap adalah Asam pedas Anisofea di Mount Austin dan Asam Pedas Tasik Johor Bahru Kemudian, asam pedas Melaka ada Lada hitam, asam pedas Johor tak ada Selalunya untuk penambah rasa dan bau, diletakkan daun kesum, daun limau purut atau bunga kantan Dan untuk sayur-sayuran, tomato, bendi atau terung Otak-Otak Haaaa ni lagi satu makanan anak Johor sejati Makanan yang simple dan dihidangkan di serata Johor Otak-otak... dan yang paling terkenal ialah otak-otak Kempas Otak-otak ni isi ikan yang berempah Tempat lain pun ada juga kalau tak silap Cuma kalau di Johor ni pedas rasanya :) Dan berbeza dengan negeri lain Otak-otak boleh dijumpai hampir di semua kedai makan malam di sini Air Kathira Air Kathira/Katira memang popular sangat di Johor Kalau di Johor yang sangat famous adalah Air Kathira Abu Bakar Air Kathira ni ada 'isi-isi'nya seperti biji selasih, katira, kembang semangkuk dan sebagainya. Mengikut kata-kata orang Johor Lama, air Katira yang asli mempunyai sekurang-kurangnya 7 ramuan Itu sahaja buat masa ini, ada masa update lagi :) | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Program Taman Kekal Pengelu... - Blog <b> - Blog <b>Makanan di Johor</b> Posted: 24 Jan 2014 09:25 AM PST | BLOG <b>JOHOR</b>: 01 <b>di</b> parit jawa - Google Blog Search Posted: 17 Jan 2014 03:41 AM PST
| ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
mimie & farid: <b>Makanan Johor</b>: Kacang Pool! Posted: 18 Dec 2013 10:42 PM PST Makanan Johor: Kacang Pool Dicecah Roti bismillah... have you had your shake today? Pernah dengar 'kacang pool' ? Makanan ini begitu terkenal di Johor Bahru. Tapi, selama 4 tahun aku belajar di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, tak pernah pun makan kacang pool ni. Kelakar kan? Bila dah zaman kahwin baru sibuk nak makan itu-ini. Dulu aku ingat kacang pool ini sekadar kacang panggang je. Sebab itu tak rasa nak makan dan cuba pun kacang pool ni. Sekali dah cuba, peh, enak bangat!!! Roti tu setebal 2 inci lebih kurang. Dari atas, gambar ni tak berapa nampak kan kacang pool nya? Bagi yang pernah rasa, pasti tahu kesedapannya. Menjilat jari uols!! hmm.. Disebabkan bila kat KL aku rindu makan kacang pool ni, pernah juga cuba buat sendiri. Rasanya boleh tahan lah, tapi lagi sedap makan sendiri di Kacang Pool Haji ye kawan-kawan! Rasa dulu yang asli, baru cuba makan yang resepi aku nak bagi ni. Boleh cari Kacang Pool Haji ni Larkin dan di Angsana, Johor Bahru. Disebabkan kawan-kawan ada bertanya resepi, jadi, silalah mencuba. Aku pun cuba jaya je resepi ni. Tapi, sedap lagi yang asli kat kedai Kacang Pool Haji tu ye. Jangan marah kalau rasa lain sikit. Aku pun tengah cuba jaya cari resepi yang betul sama rasa macam Kacang Pool Haji. Tapi bila malas, balik je JB. Makan sini. Bahaha. -..-' *dah kerja sendiri, suka hatilah tentukan masa sendiri. Ye tak? dan JELOUS tak? hehe* Bahan-bahan: 1) 1 tin kacang pool. Aku guna yang Kimball. Ini aku jumpa di Econsave. Tos kemudian ramas-ramas jadi halus dan penyek. *penyek tu macam tertekan / remuk / lenyek* 2) 1 tin kecil kacang panggang. 3) 200 gm daging lembu kisar. Nak guna daging kambing pun boleh. 4) 10 biji Bawang merah -dikisar halus- 5) 4 biji Bawang putih -dikisar halus- 6) 1 inci halia -dikisar halus- 7) 1 1/2 sudu besar rempah kari daging. 8) 1 sudu besar serbuk ketumbar 9) 2 cawan air *ini agak-agaklah. Sebab mudah pekat bila sejuk* 10) Garam dan gula secukup rasa 11) Minyak sapi Bahan-bahan hiasan tapi penyedap: 1) Telur mata kerbau 2) Bawang besar -potong dadu- 3) Lada merah -potong dadu- 4) Lada hijau -potong dadu- 5) Limau kasturi dibelah dua Cara-caranya: 1) Campurkan serbuk ketumbar dan rempah kari daging ke dalam bahan-bahan yang dikisar halus (bawang putih, bawang merah dan halia). Masukkan sedikit air. Kacau hingga jadi pes. 2) Panaskan minyak sapi, dan tuang pes tadi sehingga berbau harum. 3) Masukkan daging kisar dan kacau rata sehingga masak dan berubah warna. Masukkan air dan kiub daging jika ada. Dah mendidih, masukkan kacang pool dan kacang panggang. 4) Masak sampai pekat, boleh tambah gula dan garam secukup rasa. 5) Dah siap, hidang dalam mangkuk berserta bahan-bahan sampingan penyedap tadi tu kat atas kacang pool! Sedia dimakan! Sedap dimakan ketika suam / panas. Dah sejuk nanti dia jadi pekat! jadi, Bolehlah tambah air panas *pepandai alter sendiri* kasi elok sedap balik ok! Selamat mencuba! Kacang pool ini sedap dimakan dengan roti tau. Omnomnom!! Lazatnya!!! ok. dah. Pekena teamix Herbalife secawan kasi bakar balik lebih kalori. Ish-ish. | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Majlis Persandingan <b>Di Johor</b> Dan Melaka Berbeza Hanif Bin Idrus Posted: 15 Dec 2013 10:47 PM PST Selamat Pengantin Baru Buat Sepupu Aku yang bersanding semalam. Senyum meriah aku lihat suasana perkahwinan mereka. Sepupu aku ini dari Johor dan dah menduda selama 15 tahun dan kali ini baru terbuka hati nak berkahwin. So semalam aku dan keluarga bergerak ke majlis perkahwinan yang diadakan di Taman Skudai Kanan. Memang jenuh juga ler nak bawa kereta dari Melaka ke Johor..hehehehe. Sampai sahaja ke Tol Skudai kami pun menuju ke sana dan aku ucapkan terima kasih kepada Waze GPS yang menyelamatkan aku dari kesesatan...hehehehehe.Kalau aku tak guna Waze GPS semalam memang konpem aku sesat punya. Tiba ke majlis perkahwinan dalam pukul 11.00am dan aku terkejut tak der orang ramai yang datang. Sepupu aku terangkan majlis perkahwinan di Johor dan Melaka berbeza. Di Melaka pula majlis bermula pukul 11.00 am dan tamat pukul 4.00pm. Tapi Melaka pukul 11.00am, dah ramai orang datang.... Majlis bersanding di Johor bermula pukul 2.30pm - 3.00pm Tapi yang aku respek variasi makanan majlis kerja kahwin Johor mereka macam-macam ada!! Masa aku pergi tu ada 5 kaunter makanan. Ada kambing golek, ayam golek, ada capati, ada satay selain makanan utama iaitu nasi minyak. Di Melaka pula kami masih mengekalkan variasi makanan utama iaitu nasi minyak dan lauk-pauk sahaja. Kalau ada tambahan pun hanya cendul atau kuih-muih...hehehehehe. Selain itu masa aku pergi majlis kahwin kat Johor semalam, macam-macam aktiviti ada. Tarian Zapin dan Arab serta nyanyian pun ada. Memang class...!!! Nasihat saya pada orang Johor, anddaikata kalau anda kahwin dengan awek Melaka. Kami punya majlis bersanding pukul 1.30pm- 2.00pm mesti dah sampai rumah pengantin perempuan. Di Melaka, pukul 4.00pm majlis habis dan pengantin lelaki kena amik tender cuci kawah nasi. Itu wajib...hahahahahahaha. |
You are subscribed to email updates from Makanan di Johor - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Category: Makanan di Johor
0 comments