Blog Makanan di Johor: manjue 88: makanan tradisional orang ... - Makanan di Johor
Blog Makanan di <b>Johor</b>: manjue 88: <b>makanan tradisional</b> orang <b>...</b> - Makanan di Johor |
- Blog Makanan di <b>Johor</b>: manjue 88: <b>makanan tradisional</b> orang <b>...</b>
- Cik Pelangi: KESENIAN DAN KEBUDAYAAN MASYARAKAT <b>...</b>
- SYIDASHINIDINESH : Kenali <b>Makanan Tradisional Johor</b>
- <b>makanan tradisional</b> negeri <b>johor</b> - makanan istimewa negeri-negeri <b>...</b>
Blog Makanan di <b>Johor</b>: manjue 88: <b>makanan tradisional</b> orang <b>...</b> Posted: 27 Feb 2014 07:25 PM PST kali ni saya akan berkongsi tentang mknn tradisional yang terdapat di negeri mak sy, iaitu negeri JOHOR kebanyakan masyarakat di negeri johor berketerunan jawa, bugis, banjar dll
tempe goreng sambal kicap org johor mane yang tak terliur melihat tempe goreng sambal kicap ni.
di kelate dgn nasi kerabu, klu di johor terkenal dgn asam pedas. asam pedas yang di minati adalah asam pedas ikan pari. tapi masyarakat jawe pula suke masak asam pedas ayam.
mee bandung walau pun name nye mee bandung, tapi ianya bukan asal dari bandung indonesia.
soto soto tediri dari nasi impit, kuah sup ayam, daging ayam, bwg goreng, tak di lupai sambal kicap. senang di dapati di mane2 di negeri johor sendiri
nasi ambeng yang ini makanan tradsional org jawa johor. dalam nasi ambeng ade nasi putih, ayam, mee goreng, sambal goreng, serunding kelapa, sayur goreng campur dan juga ikan kering.
|
Cik Pelangi: KESENIAN DAN KEBUDAYAAN MASYARAKAT <b>...</b> Posted: 12 Mar 2014 02:13 AM PDT Kesenian dan kebudayaan Masyarakat Malabari Pengenalan Masyarakat Malabari adalah salah satu daripada etnik yang terdapat di negeri Johor selain daripada masyarakat Jawa, Bugis, Minangkabau dan Banjar. Adat budaya dan kesenian masyarakat Malabari mempunyai keunikannya yang tersendiri yang telah diwarisi sejak turun-temurun lagi. Kaum Malabar telah datang ke negeri Johor atas sebab hubungan perdagangan sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka hinggalah zaman Kepesatan industri getah di Tanah Melayu pada ketika itu. Mereka berasal dari Kerala, India yang berhijrah ke Kepulauan Melayu melalui jalan laut sambil menyebarkan ajaran Islam di sini. Antara penempatan-penempatan awal masyarakat Malabari di Johor adalah seperti di Johor Bahru, Ulu Tiram, Masai dan Renggam. Masyarakat Malabari masih lagi mengamalkan dan mengekalkan adat, budaya dan tradisi warisan mereka meskipun setelah meninggalkan kampung halaman nenek moyang mereka. Masyarakat Malabari masih meneruskan pekerjaan tradisional seperti berniaga, bertani dan juga mengembala kambing, lembu dan kerbau di awal kedatangan mereka ke negeri Johor. Kaum wanita masyarakat ini juga memainkan peranan penting dalam mengekal dan mencorak kebudayaan mereka sebagai pendorong dalam keluarga bagi menempuh segala cabaran dan dugaan sepanjang penghijrahan mereka ke negeri Johor. Bahasa ibunda masyarakat Malabari adalah Bahasa Malayalam dan bahasa ini masih dikekalkan sebagai bahasa pengantar dan komunikasi dalam proses pembelajaran dan kehidupan seharian. Kaum Malabar adalah kaum yang sangat menitikberatkan kebudayaan dan adat resam tradisional mereka sungguhpun berada jauh dari penempatan asal mereka. Masyarakat ini juga dikenali sebagai masyarakat India Muslim di Malaysia. Sosio – Budaya Masyarakat Malabari Projek pendokumentasian dan pemugaran masyarakat Malabari di negeri Johor sedikit sebanyak memberi informasi tentang kesenian dan kebudayaan mereka kepada masyarakat umum. Dengan ini, orang luar dapat mengenali dan memahami adat resam dan pantang larang yang diwarisi daripada nenek moyang mereka. Projek pendokumentasian budaya dan kesenian rakyat Johor telah diusahakan oleh Yayasan Warisan Johor dan kini adalah masa untuk mengenali kesenian dan kebudayaan Masyarakat Malabari dengan lebih mendalam lagi. Pendokumentasian budaya dan kesenian masyarakat ini merangkumi aspek sejarah, adat resam, pantang larang, kepercayaan, makanan, perkahwinan, kesenian tradisi, perubatan tradisional dan pelbagai aspek lain yang melambangkan budaya sesuatu kaum tersebut. Negeri Johor adalah sebuah negeri yang mempunyai taburan penduduk masyarakat Malabari yang tertinggi di Malaysia. Etnik Malabari ini bermukim di sekitar Renggam, Masai, Chaah dan Ulu Tiram. Masyarakat Malabari adalah suatu masyarakat yang mempunyai jati diri yang cukup kuat dan tinggi sifat kesantunannya serta patuh kepada adat resam, pantang larang dan juga berpegang kuat dengan ajaran agama Islam. Kaum Malabari juga sangat mementingkan pelajaran dan pendidikan anak-anak . ini dapat dibuktikan dengan wujudnya Madrasah sebagai tempat menimba ilmu terutamanya ilmu agama. Di negeri Johor sahaja telah terdapat sebanyak 28 buah madrasah yang dibangunkan atas daya usaha mereka sendiri sehingga ramai dikalangan mereka yang berjaya memegang jawatan penting dalam masyarakat sekaligus meningkatkan kredibiliti mereka dalam kehidupan bermasyarakat di sini. Masyarakat Malabari mempunyai adat resam dan pantang larang yang terlalu banyak yang harus mereka patuhi dan ikuti dalam kehidupan seharian. Antaranya, pantang larang ketika bersalin, penjagaan makan minum ketika berpantang selepas bersalin. Kaum wanita juga dilarang membunuh nyamuk ketika mengandung, begitu juga dengan semut dan sebagainya. Antara pantang larang lain yang masih diamalkan oleh masyarakat Malabari dalam kehidupan seharian adalah melarang anak-anak keluar rumah selepas waktu isya'. Apa yang menarik dalam masyarakat Malabari ini adalah anak mudanya yang masih lagi berpegang teguh dengan adat resam nenek moyang mereka dan masih mempraktikkannya lagi dalam kehidupan seharian mereka. Contohnya seperti, jodoh anak-anak ditentukan oleh ibubapa dan keluarga tanpa sebarang bantahan daripada anak-anak itu sendiri dan mereka menurut sahaja kehendak orang tua masing-masing. Elemen kesenian juga merupakan elemen penting dalam mencorak kebudayaan masyarakat Malabari, antara permainan tradisional terkenal mereka ialah kolkali yang mengandungi unsure puji-pujian terhadap para wali dan anbia. Amalan dan Adat Resam Masyarakat Malabari Masyarakat Malabari mempunyai suatu warisan budaya yang unik dan kelainan yang tersendiri yang diwarisi daripada masyarakat terdahulu. Antara beberapa adat dan amalan yang mempunyai keunikan yang berbeza daripada masyarakat Melayu adalah seperti upacara ketika baligh bagi seorang gadis, adat mencuci kaki bagi pengantin lelaki, Kompang/Kolkali dan lain-lain. Namun, mereka juga mengamalkan beberapa amalan yang sama seperti masyarakat Melayu antaranya ialah tradisi berkhatan, bertindik, zikir, merisik, meminang dan majlis nikah cuma mungkin cara pengamalannya sedikit berlainan daripada kaum Melayu. Adat-adat yang masih diamalkan oleh masyarakat Malabari adalah seperti berikut: 1. Berkhatan Adat berkhatan adalah adat yang sinonim dengan mayarakat Islam dan amalan ini dilakukan kepada kanak-kanak perempuan ketika masih kecil lagi. Manakala bagi kanak-kanak lelaki, majlis berkhatan akan diadakan ketika mencapai umur baligh. Orang yang akan melangsungkan upacara khatan dikenali sebagai Tok Mudim, namun dalam masyarakat Malabari, Tok Mudim lebih dikenali sebagai Vassan. Semua peralatan yang digunakan dalam majlis berkhatan akan disediakan oleh Vassan yang dibungkus dalam kain putih. Antara bahan yang diperlukan adalah ubat-ubatan seperti jantung pisang segar bersama tangkai yang digunakan untuk menghentikan pendarahan, pucuk pisang yang direbus dengan daun teh yang digunakan sebagai anti septik/pembalut. Minyak kelapa gorengan bawang merah pula digunakan sebagai ubat sapu setelah balutan daun pisang dibuka. Bahan-bahan lain yang diperlukan ialah batang pisang, pisang muda dan sirap.
Amalan bertindik dilakukan kepada kanak-kanak perempuan sahaja. Adat ini dilakukan oleh Mak Bidan yang lebih dikenali sebagai Vassati. Peralatan dan bahan yang diperlukan ialah duri limau, kunyit basah, hati batang bawang putih dan subang. Manakala minyak bijan pula digunakan sebagai ubat sapu.
Bagi masyarakat Malabari, amalan berzikir telah dilakukan sejak turun-temurun lagi. Amalan ini dijalankan secara mingguan dan hanya golongan lelaki sahaja yang terlibat. Setiap kali mengadakan zikir mingguan ini, mereka akan menjemput tetamu tertentu bagi memeriahkan lagi majlis tersebut. Acara berzikir ini akan diadakan di madrasah yang berdekatan dengan tempat tinggal mereka. Para peserta yang menyertai majlis ini mestilah mengenakan pakaian serba putih iaitu kemeja, vesti, ikat kepala atau baju pagoda berlengan, kain pelikat berkotak yang berwarna lembut (kalli tunni), ikat kepala tuala 'good morning' putih.
Masyarakat Malabari mempunyai adat yang unik bagi meraikan kanak-kanak perempuan yang baru baligh. Kanak-kanak perempuan yang pertama kali datang haid akan didatangi oleh jiran-jiran yang membawa bersama buah tangan seperti telur,susu, kuih muih dan lain-lain. Kanak-kanak ini juga akan diberikan nasihat berkaitan dengan perubahan pada dirinya. Bagi kanak-kanak perempuan yang pertama kali datang haid, mereka akan diberi minum telur mentah bercampur minyak bijan selama 7-15 hari, kerana dipercayai dapat memberikan kekuatan pada pinggang dan tulang belakang. Mereka juga akan diberikan makanan berkhasiat yang biasanya dimasak dengan minyak sapi, herba-herba dan sup ayam atau daging. Kanak-kanak ini akan diasingkan di dalam sebuah bilik, mereka tidak dibenarkan keluar bilik kecuali ke tandas. Mereka juga tidak dibenarkan berbual dengan kaum lelaki termasuk ahli keluarga sendiri sehingga bersih daripada haid. Mereka akan diterangkan dengan adab-adab ketika uzur dan bagaimana hendak menjaga kebersihan diri. Satu upacara meraikan kanak-kanak perempuan tersebut akan diadakan selepas bersih daripada hadas biasanya pada hari ke-10. Hanya ahli keluarga dan jiran-jiran perempuan sahaja yang akan hadir dalam majlis tersebut. Kanak-kanak tersebut akan dilumurkan dengan kunyit yang tumbuk keseluruh tubuhnya manakala kepala pula akan disapu dengan minyak bijan. Saudara perempuan kanak-kanak tersebut iaitu nenek atau ibu saudara akan mengajarkan cara-cara mandi wajib. Sabun yang digunakan ketika mandi ialah bahan tradisional iaitu kacang hijau yang digiling bersama kulit pokok pulai dan beras manakala serbuk 'siakkah' digunakan sebagai syampu. Setelah itu, kanak-kanak tersebut akan di bawa ke sungai untuk dimandikan dengan ditemani oleh sanak saudara dan rakan-rakan. Sungai merupakan simbol kebersihan maka itulah sebabnya kanak-kanak tersebut di bawa ke sungai supaya memahami erti mandi dengan bersih. Kemudian, kanak-kanak tersebut akan dipakaikan dengan pakaian baru dan dipakaikan juga barang kemas untuknya. Wajah kanak-kanak ini akan ditutup sehingga ditunjukkan kepada saudara lelakinya sama ada abang atau adik lelakinya. Kanak-kanak perempuan tersebut akan disuruh melihat pohon kelapa yang sarat berbuah sebagai simbolik kepada kesuburan dan sentiasa berguna seperti pohon kelapa tersebut. Kanak-kanak tersebut kemudiannya dihidangkan dengan kelapa muda yang diracik berserta gula melaka sebagai manisan. Majlis doa selamat pula akan diadakan pada sebelah petang atau malam oleh keluarga kanak-kanak tersebut dan proses mencari jodoh akan dimulakan.
Bagi permainan kompang atau kolkali pula akan dipersembahkan oleh kumpulan kompang yang disertai seramai sepuluh orang peserta dengan seorang penyanyi. Kumpulam kompang ini akan mempersembahkan persembahan Kompang Adrah dan persembahan Kolkali. Antara alatan yang diperlukan ialah pakaian tradisional lengkap, kompang dan kayu kolkali. Adat Perkahwinan Masyarakat Malabari Masyarakat Malabari juga mementingkan adat dan tradisi perkahwinan seperti mana masyarakat Melayu dan lain-lain etnik. Adat dan tradisi yang dijalankan hampir sama dengan orang Melayu kecuali beberapa amalan yang hanya terdapat dalam tradisi masyarakat Malabari iaitu adat menjemput pengantin lelaki, adat mencuci kaki dan majlis menyerahkan anak perempuan atau rombongan menghantar pengantin. Majlis perkahwinan haruslah diadakan dengan penuh adat istiadat bagi melambangkan keluhuran sebuah ikatan pernikahan yang dijalinkan antara dua insan. Jadi segala proses pra-perkahwinan akan dijalankan mengikut turutan sebelum majlis akad dan nikah diadakan. Antara adat yang perlu dituruti ialah:
Merisik adalah adat yang pertama sekali dilakukan oleh pihak lelaki bagi mengetahui status gadis yang ingin dikahwini dan ia adalah satu keperluan sebelum upacara peminangan dijalankan. Tiga orang wakil daripada pihak lelaki akan datang ke rumah keluarga gadis berkenaan bagi tujuan merisik. Adat ini dilakukan secara ringkas dan hanya disediakan jamuan ringan sahaja kepada para tetamu oleh keluarga gadis tersebut. Kunjungan di ada kesinambungannya sekiranya pihak perempuan bersetuju dengan jodoh yang ditetapkan maka rombongan meminang pula akan menyusul selepas itu.
Adat meminang dilakukan setelah pihak perempuan bersetuju dan menerima perjodohan yang telah diadakan ketika merisik. Ibubapa pihak lelaki akan datang ke rumah keluarga perempuan bagi tujuan berkenalan dengan keluarga dan bakal menantu. Jika peminangan ini dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak, maka keluarga perempuan iaitu ibubapa, datuk nenek atau adik-beradiknya akan berkunjung pula ke rumah keluarga lelaki bagi meyampaikan keputusan peminangan. Namun, jika peminangan ini ditolak, keputusan akan disampaikan melalui orang tengah sahaja.
Adat bertunang akan diadakan selepas kedua-dua buah keluarga mencapai persetujuan mengenai perjodohan tersebut. Sebelum upacara pertunangan dijalankan, adik lelaki pihak perempuan akan menjemput pihak lelaki bertandang ke rumah pihak perempuan.
Adat berinai pula akan diadakan bagi pengantin perempuan sebelum majlis perkahwinan dilangsungkan. Si gadis akan dipakaikan inai dijari tangan dan kaki serta ditemani oleh rakan-rakan pada malam sebelum majlis perkahwinan. Majlis ini diadakan di rumah pengantin perempuan dan diserikan lagi dengan acara nyanyian.
Adat ini mempunyai keunikannya yang tersendiri kerana ia hanya dilakukan oleh masyarakat Malabari sahaja. Seperti juga adat bertunang, pengantin lelaki akan dijemput oleh adik lelaki pengantin perempuan untuk datang ke rumah. Upacara mencuci kaki akan dijalankan sebelum pengantin lelaki masuk ke dalam rumah pengantin perempuan. Air yang diisikan ke dalam kendi akan dicurahkan ke kaki pengantin lelaki dan pengantin lelaki akan memasukkan cincin ke dalam kendi sebagai hadiah kepada adik lelaki pengantin perempuan. Cincin itu akan diambil oleh adik lelaki pengantin perempuan dan upacara perkahwinan akan dijalankan selepas itu.
Majlis perkahwinan masyarakat Malabari juga disambut meriah seperti mana masyarakat Melayu. Kaum Malabari akan meraikan pengantin lelaki yang datang ke rumah pengantin perempuan dengan mengadakan adat mencuci kaki terlebih dahulu sebelum dibenarkan masuk ke dalam rumah. Majlis akad nikah kemudian dijalankan mengikut syariat Islam dengan dikendalikan oleh jurunikah. Namun, keunikan pakaian pengantin lelaki ialah pemakaian sapu tangan di kepala. Mas kahwin dan hantaran disediakan seperti biasa iaitu cincin, gelang atau rantai. Pengantin akan diraikan dengan meriah selepas diijabkabulkan.
Amalan ini biasa dilakukan dalam masyarakat Malabari bagi menghantar pengantin perempuan ke rumah pengantin lelaki. Biasanya kakak atau adik perempuan pengantin lelaki bersama makcik dan saudara yang lebih tua akan akan pergi menjemput pengantin perempuan. Si suami akan menyediakan pakaian selengkapnya kepada pengantin perempuan kerana pengantin tidak boleh memakai pakaian yang disediakan oleh ibubapanya. Pengantin perempuan hanya boleh memakai pakaian yang disediakan oleh suaminya sahaja ketika keluar dari rumahnya. Oleh itu si suami mestilah menyediakan pakaian lengkap untuk kegunaan isterinya selama tiga atau tujuh hari. Pengantin perempuan akan diserahkan kepada wakil ibu mertua sama ada amayi (makcik sebelah bapa pengantin lelaki) atau nenek pengantin lelaki oleh ibu atau nenek pengantin perempuan untuk disayangi, dijaga dan diberi tunjuk ajar apa yang kurang. Sanak saudara pengantin perempuan yang menghantar rombongan akan diraikan dengan meriah oleh pihak pengantin lelaki. Mereka akan disambut dengan nyanyian dan akan berbalas nyanyian dengan wakil dari rumah pengantin perempuan. kemudian semua tetamu yang hadir akan dijamu dengan jamuan makan tengahari.
Pengantin perempuan dan suaminya akan dibawa pulang ke rumah keluarga pihak perempuan pada hari ketiga atau ketujuh oleh abang, adik lelaki atau sepupu pengantin. Pasangan ini akan tinggal disana selama beberapa hari bertujuan bertandang ke rumah keluarga pengantin perempuan. Adat ini diamalkan bagi mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara pasangan pengantin dengan ahli keluarga baru. Majlis ini dikenali sebagai "Theatem" dan keluarga pengantin lelaki akan mengirim buah tangan seperti sireh dan kuih muih kepada besannya. Majlis ini akan dimeriahkan lagi oleh ahli keluarga dan saudara-mara pengantin perempuan. Setelah itu pasangan pengantin ini akan pulang semula ke rumah pengantin lelaki. Adat Menyambut Kelahiran Masyarakat Malabari memang terkenal sebagai kaum yang mempunyai pelbagai adat dan budaya yang diwarisi sejak zaman berzaman. Bagi masyarakat Malabari, kelahiran bayi adalah sesuatu yang dinanti-nantikan oleh setiap pasangan yang sudah berkahwin. Oleh itu, mereka akan mengadakan suatu majlis yang dinamakan majlis lengggang perut sebagai satu majlis kesyukuran. Ianya akan diadakan di rumah suami apabila si isteri genab mengandung tujuh bulan. Si isteri mestilah memakai pakaian serba putih dan mengambil peluang ini untuk meminta maaf atas segala kesalahan/kekurangan terhadap suami, mertua dan semua kaum keluarga kerana selepas itu dia akan pulang ke rumah ibubapanya. Majlis ini akan dihadiri oleh keluarga suami, isteri dan jiran tertangga serta keluarga perempuan datang dengan membawa buah tangan berupa sireh pinang dan makanan. Keluarga suami akan membekalkan sedikit wang sebagai keperluan bersalin kelak dan setelah itu pihak lelaki akan membalas juadah yang sama dibawa oleh pihak perempuan. setelah genab sembilan bulan, si suami dan keluarga akan melawat si isteri dengan membawa buah tangan seperti makanan, pakaian bayi serta wang sebanyak dua kali ganda jumlah yang telah diberikan sebelumnya. Selepas kelahiran bayi, iaitu pada hari ke-7 biasanya akan diadakan majlis akikah atau juga dikenali sebagai majlis mencukur kepala bayi yang baru lahir tersebut. Rambut bayi itu akan dicukur dan kepalanya akan disapukan dengan susu ibu serta diberi nama pada hari ke-7 kelahiran. Rambut tersebut ditimbang dan dinilaikan dengan harga emas semasa kemudiannya nilai wang tersebut akan disedekahkan kepada orang miskin. Majlis ini akan dibuat oleh keluarga si suami. Setelah itu akan diadakan pula majlis lepas hari atau juga biasa dipanggil lepas pantang. Biasanya dilakukan pada hari ke-38 bagi bayi lelaki dan hari ke-40 bagi bayi perempuan beserta majlis mendodoi anak. Nyanyian akan diadakan oleh keluarga si suami yang datang ke rumah besan dengan persediaan yang perlu. Ibu dan anak yang habis pantang akan dimandikan dengan air minyak attar. Mereka akan dipakaikan dengan pakaian baru yang disediakan oleh si suami dan kemudiannya akan dihidangkan dengan kelapa bersama gula merah. Masakan Tradisional Masyarakat Malabari Masyarakat Malabari merupakan etnik yang sangat menyanjung budaya dan warisan peninggalan nenek moyang mereka. Oleh yang demikian, pelbagai aspek budaya dan adat resam turun-temurun masih lagi diamalkan sehingga hari ini tidak hanya bagi golongan tua bahkan juga generasi muda. Antara aspek yang melambangkan tradisi dan jati diri masyarakat Malabari ialah warisan masakan tradisional mereka yang masih mengekalkan ciri-ciri keaslian masakan tersebut. Bagi masyarakat Malabari, masakan tradisi merupakan suatu perkara yang harus dititikberatkan dan dipelihara warisannya terutamanya untuk diperturunkan kepada generasi muda supaya ciri-ciri budaya sesuatu kaum itu tidak luput ditelan zaman. Tambahan pula masyarakat ini telah lama bertapak di bumi Malaysia yang mempunyai pelbagai etnik dan kaum yang berpotensi mempengaruhi ciri-ciri budaya etnik lain. Oleh sebab itu, setiap generasi masyarakat Malabari haruslah menguasai resepi masakan tradisi mereka antaranya ialah patri, velcena patri, puttu, kari kacang kuda dan banyak lagi. Kebanyakkan juadah masyarakat Malabari diperbuat daripada tepung beras dan dimasak menggunakan kaedah tradisional iaitu kayu api dijadikan bahan bakar utama bagi tujuan menaikkan lagi keharuman masakan tersebut. Masakan Tradisional Masyarakat Malabari di Renggam, Kluang, Johor.
Masakan ini biasanya dihidangkan kepada tetamu ketika majlis perkahwinan. Juadah ini sangat mudah disediakan iaitu dengan menyediakan segenggam tepung beras, secubit garam dan secawan air. Kesemua bahan tersebut digaul rata, diadun sehingga menjadi doh dan ditebarkan lalu dimasak tanpa minyak. Hidangan ini sangat sesuai disajikan bersama kari daging atau kari ayam.
Bahan-bahan yang diperlukan bagi meyediakan makanan ini ialah bawang merah yang dihiris nipis, halba, kelapa parut, tepung beras, secawan air dan secubit garam. Bahan-bahan tadi kemudiannya digaul dan diuli seterusnya digoreng.
Bagi menyediakan hidangan ini, ramuan-ramuan yang diperlukan ialah seperti tepung beras, kelapa parut, air, gula dan buluh. Bahan-bahan tadi diuli dengan kelapa yang telah dicampur dengan gula. Kemudiannya adunan tersebut dimasukkan ke dalam bekas buluh yang dibalut dengan kain. Buluh ini dimasak diatas air yang mendidih. Hidangan ini sangat enak dihidangkan bersama pisang dan gula.
Bahan-bahan yang diperlukan bagi menyediakan resepi ini ialah kentang, rempah kari, daun kari, halia yang dihiris, bawang, cili kering, halba, kacang tanah, garam dan buah pelaga. Ramuan seperti bawang, halia, daun kari, cili kering, halba dan pelage ditumis bersama. Kemudian dimasukkan rempah kari dan ditambah air, kentang dan akhir sekali dimasukkan kacang tanah ke dalam ramuan tadi lalu dikacau sehingga masak dan dihidangkan.
Bagi menyediakan juadah ini, ramuan yang diperlukan ialah tepung beras, kelapa, garam dan air digaul dan adunan ini diuli hingga sebati. Kemudiannya digoreng. Sajian ini sesuai dihidangkan bersama kari ikan.
Antara bahan-bahan yang diperlukan bagi membuat makanan ini ialah tepung beras, gula merah, air, gula pasir dan jintan. Kesemua bahan-bahan akan diuli bersama.
Penyediaan Puu Vade memerlukan bahan-bahan seperti tepung beras, gula merah, kelapa parut, gula, garam dan daun pisang. Makanan ini mempunyai bahagian kulit luarnya dan ramuan yang diperlukan bagi membuat bahagian ini ialah tepung, air dan garam digaul sehingga rata. Bagi membuat intinya pula, kelapa parut mestilah digaul bersama gula merah sehingga sebati. Kemudian, dengan menggunakan daun pisang, inti dimasukkan ke dalam adunan tepung dan dibungkus seperti lepat.
Untuk menyediakan hidangan ini, kelapa parut, gula pasir, gula merah dan garam akan di masak diatas belanga. Kemudian adunan ini digentel-gentel. Bagi membuat kuahnya pula, memerlukan gula merah, gula pasir, garam, santan dan tepung beras dicampurkan bersama dan digaul sehingga sebati.
Resepi masakan ini memerlukan bahan-bahan seperti kacang tanah, kacanag gajus, jintan, gula Melaka yang ditumbuk dengan menggunakan 'antan' (batu lesung besar) sehingga hancur. Adunan ini kemudiannya dikepal-kepal.
Papadam merupakan resepi yang bukan sahaja terkenal dikalangan masyarakat Malabari malahan juga dikalangan masyarakat Melayu yang meminati makanan ini. Untuk menyediakannya, bahan-bahan yang diperlukan ialah tepung beras, minyak, tepung kacang dal, jintan, air, dua sudu teh soda dan sedikt minyak untuk menggoreng. Kesemua bahan tadi dicampurkan dan diadun sehingga sebati lalu digelek sehingga nipis dan digoreng.
Masyarakat Malabari akan meraikan hari nisfusyaaban dengan menyediakan hidangan istimewa yang dinamakan chakara chora atau nasi manis sebagai satu hidangan wajib bagi setiap rumah. Antara bahan yang diperlukan bagi menyediakan sajian ini ialah beras india, gula melaka, kayu manis, kelapa dan gajus. Kesemua bahan tadi dicampurkan dengan beras dan ditanak diatas api sehingga masak.
Bagi menyediakan juadah berbuka puasa di bulan Ramadhan, hidangan ini merupakan hidangan wajib dalam setiap keluarga masyarakat Malabari. Makanan ini enak dan disajikan bersama lauk kuttan dan toillee kelapa. Ramuan yang perlu disediakan ialah beras india, air secukupnya, serbuk kunyit, bawang besar, halia dan garam. Bahan-bahan seperti bawang, serbuk kunyit dan halia hendaklah digoreng sehingga garing. Kemudiannya ditambah dengan air. Setelah sebati, masukkan garam secukup rasa. Akir sekali beras dimasukkan dan tanak nasi sehingga masak.
Masyarakat Malabari juga menggemari keladi atau juga dikenali sebagai kuttan. Untuk memasak sajian ini memerlukan sayur keladi, garam, kelapa, jintan, bawang putih, bawang merah, kunyit, cili kering dan minyak. Bahan-bahan seperti bawang putih, jintan, bawang merah, kunyit, cili kering ditumis sehingga naik bau. Kemudian santan dicampurkan bersama garam. Akhir sekali masukkan keladi dan masak sehingga keladi empuk.
Bahan-bahan yang diperlukan untuk menyediakan masakan ini ialah ikan bilis, cili kering, bawang kecil, halia dan asam jawa. Kesemua bahan tadi digiling sehingga lumat. Makanan ini dimakan seperti sambal belacan. Penutup Masyarakat Malabari merupakan satu masyarakat yang sangat mementingkan adat dan budaya warisan masyarakat terdahulu. Oleh yang demikian, pelbagai usaha dilakukan oleh masyarakat ini bagi memastikan kelangsungan adat dan tradisi mereka kekal seiring arus permodenan masyarakat setempat. Adat budaya dan tradisi masyarakat Malabari masih lagi diamalkan oleh kaumnya sehingga sekarang sungguhpun mereka telah lama bermastautin di bumi Malaysia ini. Penghijrahan nenek moyang mereka ke daerah Nusantara ini tidak bermakna adat resam dan amalan tradisi mereka juga luput ditelan budaya setempat. Bagi mereka kesenian dan kebudayaan warisan turun-temurun mestilah disanjung dan dikekalkan untuk tatapan generasi akan datang. Bak kata pepatah 'hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri'. Rujukan
|
SYIDASHINIDINESH : Kenali <b>Makanan Tradisional Johor</b> Posted: 22 Dec 2013 08:35 AM PST Selamat Sejahtera buat sesiapa saja yang membaca blog ni... hari ni dengan bebesar hati saya nak cerita sikit pasal makanan... Siapa tak suka pasal makanan, semua orang suka , ada yang suka makanan ala-ala arab, kampung, korea dll... Sebagai orang Johor, jom saya perkenalkan beberapa jenis makanan tradisional Johor... Selalunya , kalau sebut Johor mestinye orang ingat Laksa Johor yg memang sinonim dengan orang Johor...kan... Yang membezakan laksa Johor dengan laksa-laksa lain ialah laksa nya la.... Kebanyakan laksa menggunakan mee laksa tapi kalau laksa Johor kita gunakan spaghetti.. unik kan...bukan setakat itu je....untuk menghasilkan kuah laksa yang enak... ikan kembung, kurau serta udang basah digunakan...Selain itu, santan serta rempah kari juga digunakan untuk mencantikkan lgi kuah laksa tu... Kalau nak makan laksa tak lengkap kalau tak ada ulam-ulam macam taugeh, timun,jeruk LONTONG KERING Kalau di Johor terdapat dua jenis lontong iaitu lontong kering dan lontong kuah.... Apa bezanya????? tak adalah beza sangat cuma lontong kering ni tak ada kuah pastu nasi impit yang di makan dengan lauk seperti rendang ayam / daging, serunding , sambal jawa ,sayur goreng, dan sambal udang.. tapi sekarang susah nak jumpa lontong kering sebab nak buat lauknya je dah ambil masa yang lama.. dah macam nak masak untuk lauk Hari Raya pula... LONTONG KUAH Lontong kuah pula biasa dijumpai di warung-warung atau kedai makan yang menjual sarapan pagi.. kalau diikutkan tak elok sebenarnya makan lontong ni pagi2 sebab kuahnya yang lemak dan bersantan boleh buat kita mengantuk pagi2 ni.. bestnya makan lontong kuah ni dalam kuahnya ada pelbagai jenis sayur seperti kacang panjang, suhun , lobak merah dan banyak lagi. ...elok untuk orang yang suka makan sayur. mesti cuba ni tau....;) MEE BANDUNG Mee bandung atau lebih terkenal dengan panggilan mee bandung Muar.... kebanyakan kedai mee bandung terdapat di Muar tau.. nak tahu kenapa di namakan mee bandung sebab campuran atau gabungan pelbagai jenis bahan seperti kuah daging, telur, udang , ayam dan sebagainya,... bagi pengemar makanan pedas eloklah cuba mee bandung sebab kuahnya sangat pedas...Al-maklum la orang Johor pun suka pedas-pedas juga... terdapat beberapa kedai yang menghidangkan mee bandung yang betul-betul asli seperti kedai makan MEE BANDUNG di Tanjung Agas dan SELERA MUAR betul-betul di tengah2 Bandar Muar.. \\ (^_^) // NASI AMBENG nasi ambeng juga merupakan makanan yang amat sinonim dengan orang Johor... tapi tak pastilah kalau kat bandar masih boleh jumpa nasi ambeng ni...kalau kat kampung nasi ambeng merupakan menu utama untuk majlis seprti kenduri atau tahlil.. nasi ambeng merupakan hidangan untuk makan beramai-ramai...kerana kuantiti nasi dan lauknya yang banyak...kalau makan seorang tak habis jawabnya,... Hidangan nasi ambeng terdiri daripada nasi putih, ayam masak merah / kicap pedas, mee goreng, serunding, sayur goreng, sambal jawa, ikan masin dll. puas hati kalau makan nasi ambeng ni...:) HALWA MASKAT
Halwa maskat merupakan sejenis manisan yang dihidangkan pada hari perayaan...halwa maskat merupakan sejenis kuih atau manisan seperti jeli yang di hasilkan daripada minyak sapi, tepung dan gula... Cara membuatnya juga seperti membuat dodol kerana perlu mengambil masa yang lama untuk menghasilkannya...halwa maskat perlu diperam 3hari 3 malam sebelum di kacau pada api yang perlahan selama 5 jam tanpa henti. Untuk menghasilkan halwa maskat yang bermutu sukatan bahan yang betul sehinggalah proses mengacau adunan secara berterusan amat di titikberatkan.. Sekiranya adunan membuat halwa maskat tak di kacau dengan betul , campuran tersebut mungkin berkerak dan hangit....tak sedap pula jadinya...:( AIR KATIRA Di mana ada makanan di situ ada minuman. ;p Dari tadi kita asyik bercerita makanan Johor saja...ni saya nak kenal kan salah satu minuman yang terkenal di Johor....AIR KATIRA.. Cuba teka macam mana air katira boleh jadi warna hijau??? sebenarnya air katira yang asli adalah berwarna putih...tapi bagi menarik minat orang untuk membeli, minuman ini telah di ubahsuai menjadi warna hijau dengan menggunakan daun pandan yang telah di kisar dan di tapis untuk mendapatkan jus nya. Daun pandan selalunya digunakan dalam masakan kerana daun ini mengeluarkan bau yang harum semasa di masak...tapi di Johor daun pandan di jadikan perisa atau sirap untuk minuman kerana.. Warnanya yang cantik, dapat menarik minat ramai pengunjung luar untuk mencuba... Ramai remaja sekarang yang tak tahu macam mana rupa daun pandan... mari saya tunjukkan contoh daun pandan..:) DAUN PANDAN CONTOH BAHAN_BAHAN AIR KATIRA Gambar kat atas ni adalah antara bahan-bahan untuk menghasilkan air katira selain daun pandan.. Banyak lagi makanan dan minuman Johor seperti otak-otak, mee rebus,arisa, telur pindang, asam pedas daun kesum, pendaram, air beh dan sebagainya.. Arisa, air beh, halwa maskat serta pendaram antara hidangan tradisional Johor yang susah di jumpai sekarang...saya sendiri belum pernah mencubanya..kesian kan.. :p Harap anda berpuas hati dengan maklumat saya yang serba sedikit ni... "Selamat mencuba" & "terima kasih" \\ (^o^)// |
<b>makanan tradisional</b> negeri <b>johor</b> - makanan istimewa negeri-negeri <b>...</b> Posted: 25 Feb 2013 11:55 AM PST Johor merupakan salah satu negeri yang mempunyai budaya yang paling unik, sedangkan budaya Johor telah dipengaruhi oleh budaya tanah Melayu, budaya Jawa dan juga budaya Sumatera. Masakan Melayu bukan saja dimakan oleh masyarakat Melayu, malah bangsa lain juga. Banyak makanan yang boleh dapati di Johor. Antaranya ialah lontong (ketupat yang dipotong 4 segi dicampur dengan sayuran bersama santan), otak-otak (Isi ikan campur dengan santan kelapa dan digaul dengan lada, bawang, halia, udang kering dan bahannya yang dibungkus dengan daun pisang atau kelapa dan dibakar ataupun dikukus) dan sebagainya. Lontong Jawa ni dikatakan berasal dari masyarakat jawa tengah di panggil "Tepo" boleh dikatakan sama macam nasi impit biasa tu cuma Lontong jawa di bungkus dengan daun pisang, bagi membangkitkan rasa dan aroma bau daun yang berlainan dari lontong biasa.. Lontong jawa sedap dimakan dengan Sayur Lodeh ataupun dinamakan sebagai Kuah Masak lodeh. Sekarang lain sikit resepinya…walau bagaimanapun ia menggunakan resepi yang sama cuma tambah sambal kacang sahaja. Kebanyakan masyarakat kini selalu menyatakan makanan lontong ini sesuai dimakan ketika hari raya puasa sahaja. Hakikatnya makanan ini popular sejak turun temurun plus zaman berzaman cuma ia lebih popular dan mendapat sambutan yang hangat dalam kalangan rakyat Malaysia ketika musim perayaan Idil Fitri. Posted by, Izzati Liyana binti Muhamad Isa |
You are subscribed to email updates from makanan tradisional di johor - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Category: Makanan di Johor
0 comments