Nasi Impit Sambal Hitam Makanan - Blog Makanan di Terengganu - Makanan di Johor

Blog Admin | 00:52:00 | 0 comments

Nasi Impit Sambal Hitam <b>Makanan</b> - Blog <b>Makanan di</b> Terengganu - Makanan di Johor


Nasi Impit Sambal Hitam <b>Makanan</b> - Blog <b>Makanan di</b> Terengganu

Posted: 13 Mar 2014 03:47 AM PDT

Malam ni JDT lawan Pahang tapi tak best la blog pasal bola

Sikit-sikit nak gaduh, sikit-sikit nak provoke...

So mari kita cerita pasal makanan...

Sebab semua orang suka makanan!

Dan kalau cakap pasal makanan tak buat orang nak gaduh :)

Sebagai seorang anak jati johor, saya nak kongsikan makanan-makanan tradisional orang Johor yang sangat sedap belaka! Pastikan anda tidak lapar sebelum scroll ke bawah :)

Laksa Johor

Biasanya mee yang digunakan ialah spaghetti,

Class gitu orang johor ni,

Kemudian kuahnya pula biasanya menggunakan ikan kembung atau ikan tenggiri

Dan tak lengkap laksa Johor tanpa ulam-ulamannya

Kalau di rumah LA, ada limau kasturi yang dibelah dua, taugeh, 

bawang, timun, jeruk lobak, daun kesum dan daun bawang.

Dan akhir sekali, letakkan sambal belacan untuk lebih sedap dan nikmat

Mee Bandung 

Biasanya orang tak panggil Mee Bandung Johor, tapi Mee Bandung Muar

Dan sejujurnya dan merasa mee bandung di Terengganu, Selangor dan tempat lain

Mee Bandung Muar tiada tandingannya !

Mee Bandung Muar ni kalau nak sedap maka perlulah lengkap ramuannya

Tak boleh ada shortcut2 bahan macam sesetengah kedai buat

Jadi, tak peliklah kenapa Mee Bandung Muar harganya agak mahal sedikit

Mestilah cukup binatang2 dalam kuahnya seperti udang, sotong dan ayam

Mestilah ada telur, telur goreng atau telur rebus bergantung pada selera masing2

Mestilah cukup pedasnya :)

Soto

Soto ada dua jenis iaitu soto nasi dan soto bihun

Kalau LA lebih prefer soto bihun

LA suka sangat kalau soto yang lengkap dengan hirisan ayamnya,

sambal kicap yang pedas, kacang tanah, daun bawang dan paling penting bergedil

Nasi Ambang 

Subhanallah, kecur tengok gambar ni

Ni memang favourite LA daripada kecik sampai sekarang

Kalau offer memang tak dapat nak menolak lah senang kata

Tapi sesetengah orang tak minat sebab agak complicated menunya

Hidangan nasi ambang yang lengkap lebih kurang macam gambar di atas

Nasi + Ayam masak merah/ kicap pedas + mee kasar + ikan masin + serunding + sambal jawa + sayur + keropok goreng

Kalau datang Johor, silalah cuba nasi ambang yea?

Gerenti puas hati :)

Telur Pindang

LA teringat saat-saat baru memulakan pengajian di Terengganu

Datang kempunan nak makan telur pindang

Tanyalah dekat kawan-kawan mana nak dapat

Semuanya tak faham apa itu 'telur pindang'

Rupa-rupanya di selatan sahaja yang ada Telur Pindang

Kalau anda ke kenduri perkahwinan di negeri Johor

Biasanya mereka akan memberi Telur Pindang

Mengikut resipi tradisional Johor, Telur akan direbus bersama Garam, Kicap, Jintan Putih, Jintan Manis, Ketumbar,dan berbagai jenis bahan lain. Bahan tersebut adalah Kulit Bawang Merah, Kulit Bawang Putih, Serai, Daun dan isi Lengkuas, Daun Senduduk, Daun Jambu Batu dan sebagainya.

Rasanya sangat sedap :)

Ada juga perkhidmatan pos untuk mereka yang nak telur pindang

Kacang Pool

LA pun tak pasti kenapa namanya kacang pool

Mungkin sebab kuahnya dalam mangkuk tu nampak macam kolam

Haha tak pastilah pulak,

Kalau family LA kami selalu perkena kacang pool di medan selera sebelah Bomba Larkin

Try la, makanan yang simple tetapi sangat sedap :)

Mee Rebus Johor

Urmmm...sedap jugak ni

Selalunya kalau LA Mee Rebus ni makan sarapan

Sedap, yelah, takkan lah nak nasi lemak dan roti canai setiap pagi

Mee Rebus Johor ni kuahnya pekat

Dihidang bersama telur rebus, daun bawang, bawang goreng, tauhu dan lada hijau

Kadang-kadang kalau sedap lagi ada seafood dalam mee rebus

Antara yang popular di Johor Bahru adalah Mee Rebus Tulang Az dan Mee Rebus Haji Wahid

Memang terkenal sangat :) silalah cuba bila datang Johor

Botok-botok

Haaa...kalau yang ni orang luar nampak confirm pelik

Yelah, nampak comot dan serabai je kalau dihidang

Tapi rasanya...ummphhh sedap lagi menyelerakan

Kalau hari-hari biasa susah nak nampak botok-botok ni

Selalunya semasa bulan Ramadhan yang banyak dijual di bazaar

Botok-botok ni sebenarnya hidangan ikan dan ulam-ulaman yang dibalut dalam daun pisang

Daun yang biasa digunakan ialah seperti pucuk ubi, pucuk betik, pucuk mengkudu, 

daun kesum, daun cekur dan daun kunyit.

Sajian ini dianggap berkhasiat kerana tinggi kandungan serat dan kerana ia dikukus

Lontong 

Kalau di Johor terdapat dua jenis lontong

Lontong kuah dan Lontong kering

Kalau LA lebih prefer lontong kering 

Tapi kebanyakannya lebih sukakan lontong kuah

Lauknya sama cuma bezanya kuah lodeh itu sahaja 

Tapi variasi lauk untuk lontong kering ni lebih banyak

Boleh letak rendang, sambal jawa, sambal kentang dan bergedil

Biasanya dimakan untuk sarapan...nyum nyum

Briyani Gam Johor

Briyani Gam Johor memang terkenal dalam Malaysia

Senang kata briyani yang paling wanted lah

Harganya agak mahal sedikit kerana bahan-bahannya yang banyak

Apa bezanya briyani biasa dengan briyani gam ni?

First, pembuatannya cerewet, wajib beras basmati yang panjang-panjang tu kalau nak panggil briyani johor

Dan briyani gam ni, ayam atau daging itu dimasak bersama nasi

Kalau di Malaysia yang paling famous adalah di Batu Pahat iaitu Briyani Mohd Shah

LA pernah pergi masa lunch, semua dah habis... gilalah. 

Asam Pedas Johor

Asam Pedas Muar adalah antara yang terkenal di Malaysia selain asam pedas Melaka

Dan saya percaya di negeri-negeri lain pun ada asam pedas tersendiri

Tetapi setiap versi asam pedas negeri ni berbeza

Keistimewaan asam pedas Johor berbanding asam pedas lain adalah kepekatannya

Asam pedas di Johor di pekatnya lain macamMemang pekat dan secukup rasa... 

Kalau di Johor Bahru antara yang sedap adalah Asam pedas Anisofea di Mount Austin dan Asam Pedas Tasik Johor Bahru

Kemudian, asam pedas Melaka ada Lada hitam, asam pedas Johor tak ada

Selalunya untuk penambah rasa dan bau, diletakkan daun kesum, daun limau purut atau bunga kantan

Dan untuk sayur-sayuran, tomato, bendi atau terung

Otak-Otak

Haaaa ni lagi satu makanan anak Johor sejati

Makanan yang simple dan dihidangkan di serata Johor

Otak-otak... dan yang paling terkenal ialah otak-otak Kempas

Otak-otak ni isi ikan yang berempah

Tempat lain pun ada juga kalau tak silap

Cuma kalau di Johor ni pedas rasanya :)

Dan berbeza dengan negeri lain

Otak-otak boleh dijumpai hampir di semua kedai makan malam di sini

Air Kathira

Air Kathira/Katira memang popular sangat di Johor

Kalau di Johor yang sangat famous adalah Air Kathira Abu Bakar

Air Kathira ni ada 'isi-isi'nya seperti biji selasih, katira, kembang semangkuk dan sebagainya.

Mengikut kata-kata orang Johor Lama, air Katira yang asli mempunyai sekurang-kurangnya 7 ramuan

Itu sahaja buat masa ini, ada masa update lagi :)

Aturcara Hari Pertama - Blog <b>Makanan di Johor</b> - Blogger

Posted: 02 Feb 2014 07:17 PM PST

Sabtu, 24.8.2013Ahad, 5.8.2013  |  Isnin, 26.8.2013 Selasa, 27.8.2013

24 Ogos 2013 – Sabtu

MENARA AQABAH, MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG, JOHOR BAHRU (MAJLIS PERASMIAN DAN PELEPASAN KEMBARA MAHKOTA JOHOR 2013)

0645 – 0730 : Pendaftaran peserta Kembara Mahkota Johor 2013

0745 : Keberangkatan tiba DYAM Tunku Mahkota Johor

0800 :
- Keberangkatan tiba DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Dan Yang Dipertuan Bagi Negeri Dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta'zim dan DYMM Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah


- Lagu Bangsa Johor
- Bacaan doa oleh YB SS Dato' Mufti Negeri Johor
- Sembah ucapan oleh YAB Dato' Seri Mohamed Khaled bin Nordin, Menteri Besar Johor
- Titah DYMM Sultan Johor
- Gimik Pelancaran
- Persembahan cenderahati kepada DYMM Sultan Johor oleh Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pasir Gudang
- Persembahan cenderahati oleh DYMM Sultan Johor kepada YAB Menteri Besar Johor dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pasir Gudang
- Majlis santapan
- Bacaan doa pelepasan
- Pelepasan Program Kembara Mahkota Johor 2013 oleh YB Speaker Dewan Negeri Johor

0900 : DYMM Sultan Johor beserta rombongan Kembara Mahkota Johor berangkat ke Kampung Sungai Tempayan Pekan Nenas, Pontian

1000 – 1100 : KAMPUNG SUNGAI TEMPAYAN PEKAN NENAS, PONTIAN

- Keberangkatan tiba DYMM  Sultan Johor  beserta rombongan KMJ
- Bacaan doa keberangkatan oleh Kadi  Daerah Pontian
- Persembahan kebudayaan
* Tarian zapin
* Kompang
- DYAM Tunku Mahkota Johor menyampaikan bantuan MAIJ dan JKM kepada penerima bantuan
- DYMM Sultan Johor dan rombongan KMJ beramah mesra bersama rakyat setempat di Program Raya Sekampung
- DYMM Sultan Johor menyaksikan dan mengacau dodol
- DYMM Sultan Johor turut serta dalam menghasilkan krisek kelapa
- DYMM  Sultan Johor melawat tapak perkhemahan pelajar sekolah daerah Pontian dengan menyaksikan perbarisan dan hasil kerja peserta perkhemahan
- DYMM Sultan Johor beserta rombongan KMJ berangkat ke Dataran Datuk Jaluk, Benut, Pontian

1145 – 1245 : DATARAN DATUK JALOK, BENUT, PONTIAN

- Keberangkatan tiba DYMM  Sultan Johor  beserta rombongan KMJ di Dataran Datuk Jalok, Benut, Pontian
- Majlis penyerahan bantuan kepada warga miskin dan warga kurang upaya
- DYMM Sultan Johor menyaksikan pameran dan demonstrasi membuat burasak dan lain-lain makanan tradisional tempatan
- DYMM Sultan Johor melawat pameran masyarakat  tempatan / produk IKS / demo anyaman
- DYMM Sultan Johor menyaksikan demo permainan tradisional masyarakat Bugis dan Jawa
- DYAM Tunku Mahkota Johor menyampaikan bantuan MAIJ dan sumbangan raya kepada penerima bantuan
- Majlis santapan
- Sembah ucapan oleh Pegawai Daerah Pontian
- Cabutan bertuah untuk 3 kaum disempurnakan oleh DYMM Sultan Johor
- Persembahan cenderahati kepada DYMM Sultan Johor daripada Pegawai Daerah Pontian
- Persembahan cenderahati daripada DYMM Sultan Johor kepada Pegawai Daerah Pontian
- Bacaan doa keberangkatan oleh Kadi daerah Pontian
- DYMM Sultan Johor rombongan KMJ berangkat  ke Desa Sri Banang, Minyak Beku, Batu Pahat

1315 – 1330 : SENGGARANG, BATU PAHAT (REHAT)

* DYMM Sultan Johor beserta rombongan KMJ berhenti seketika untuk majlis ramah mesra bersama-sama masyarakat setempat

1400 – 1500 : DESA SRI BANANG, MINYAK BEKU, BATU PAHAT

- Keberangkatan tiba DYMM Sultan Johor dan rombongan KMJ di Desa Sri Banang, Mukim Minyak Beku, Batu Pahat
- Bacaan doa keberangkatan oleh Kadi daerah Batu Pahat
- DYAM Tunku Mahkota Johor menyampaikan bantuan MAIJ dan JKM kepada penerima bantuan
- DYMM Sultan Johor bercemar duli untuk bersama-sama masyarakat Desa Sri Banang bagi majlis potong jambul
- Majlis santapan
- DYMM Sultan Johor dan rombongan KMJ berangkat ke Sungai Simpang Kiri Pekan Parit Sulong, Batu Pahat

1530 – 1630 : SUNGAI SIMPANG KIRI PEKAN PARIT SULONG, BATU PAHAT

- Keberangkatan tiba DYMM Sultan Johor dan rombongan KMJ di Jambatan Parit Sulong
- DYMM Sultan Johor bercemar duli untuk melihat masakan tradisional (masakan Melayu, Cina, India dan Orang Asli)
- DYMM Sultan Johor bercemar duli untuk menanam pokok
- DYMM Sultan Johor dipersilakan  untuk melihat kawasan sejarah dan replika jambatan Parit Sulong
- DYMM Sultan Johor bercemar duli untuk bersama-sama masyarakat Parit Sulong bagi acara sukan air di Sungai Simpang Kiri Pekan Parit Sulong
- DYAM Tunku Mahkota Johor menyampaikan bantuan MAIJ kepada penerima bantuan
- Majlis santapan
- Sembah ucapan oleh Pegawai Daerah Batu Pahat
- Cabutan bertuah 3 kaum disempurnakan oleh DYMM Sultan Johor
- Persembahan cenderahati kepada DYMM Sultan Johor daripada Pegawai Daerah Batu Pahat
- Persembahan cenderahati oleh DYMM Sultan Johor kepada Pegawai Daerah Batu Pahat
- Bacaan doa keberangkatan oleh Kadi daerah Batu Pahat
- DYMM Sultan Johor beserta rombongan KMJ berangkat ke Panchor, Muar

1710 – 1810 : PANCHOR, MUAR

- Keberangkatan tiba DYMM Sultan Johor beserta rombongan KMJ di Panchor, Muar
- Bacaan doa keberangkatan oleh Kadi daerah Muar
- DYMM Sultan Johor dipersilakan berangkat ke Gerai Wak Juki bagi santapan air cendol dan sup kambing.
- DYMM Sultan Johor menyaksikan pertandingan minum cendol oleh 10 orang peserta pilihan dan majlis penyampaian hadiah
- DYMM Sultan Johor dipersilakan menyaksikan pertandingan mewarna warga emas pelbagai kaum dan seterusnya memilih pemenang/penyampaian hadiah
- DYMM Sultan Johor dipersilakan berangkat bagi menyaksikan dan melepaskan pertandingan menarik bas.
- DYMM Sultan Johor dipersilakan untuk menyaksikan pertandingan minum air botol "LAMNATE" dengan penyertaan pelbagai kaum
- DYMM Sultan Johor dipersilakan berangkat menyaksikan replika udang galah dan menandatangani plaque
- DYMM Sultan Johor dipersilakan berangkat ke jeti bagi acara menarik bubu, menyaksikan rakit berhias dan melepaskan pertandingan perahu
- DYMM Sultan Johor menyaksikan  pertunjukan keselamatan oleh pihak Bomba dan penyelamat
- DYAM Tunku Mahkota Johor menyampaikan bantuan MAIJ dan JKM kepada penerima bantuan
- DYMM Sultan Johor dipersilakan berangkat ke khemah diraja
- Majlis santapan
- Sembah ucapan oleh Pegawai Daerah Muar
- Cabutan bertuah 3 kaum disempurnakan oleh DYMM Sultan Johor
- Persembahan cenderahati kepada DYMM Sultan Johor oleh Pegawai Daerah Muar
- Persembahan cenderahati oleh DYMM Sultan Johor kepada Pegawai Daerah Muar
- DYMM Sultan Johor beserta rombongan KMJ berangkat ke Istana Tanjung

1840 : ISTANA TANJUNG MUAR (BERMALAM)

Sabtu, 24.8.2013 | Ahad, 5.8.2013 | Isnin, 26.8.2013 | Selasa, 27.8.2013

Category:

About GalleryBloggerTemplates.com:
GalleryBloggerTemplates.com is Free Blogger Templates Gallery. We provide Blogger templates for free. You can find about tutorials, blogger hacks, SEO optimization, tips and tricks here!

0 comments