makanan tradisional negeri - Blog Makanan di Johor - Blogger - Makanan di Johor
<b>makanan tradisional</b> negeri - Blog Makanan di <b>Johor</b> - Blogger - Makanan di Johor |
<b>makanan tradisional</b> negeri - Blog Makanan di <b>Johor</b> - Blogger Posted: 04 May 2014 07:13 PM PDT kali ni saya akan berkongsi tentang mknn tradisional yang terdapat di negeri mak sy, iaitu negeri JOHOR kebanyakan masyarakat di negeri johor berketerunan jawa, bugis, banjar dll
tempe goreng sambal kicap org johor mane yang tak terliur melihat tempe goreng sambal kicap ni.
di kelate dgn nasi kerabu, klu di johor terkenal dgn asam pedas. asam pedas yang di minati adalah asam pedas ikan pari. tapi masyarakat jawe pula suke masak asam pedas ayam.
mee bandung walau pun name nye mee bandung, tapi ianya bukan asal dari bandung indonesia.
soto soto tediri dari nasi impit, kuah sup ayam, daging ayam, bwg goreng, tak di lupai sambal kicap. senang di dapati di mane2 di negeri johor sendiri
nasi ambeng yang ini makanan tradsional org jawa johor. dalam nasi ambeng ade nasi putih, ayam, mee goreng, sambal goreng, serunding kelapa, sayur goreng campur dan juga ikan kering.
|
Restoran Savaro | <b>Johor</b> Bahru Food Club Posted: 04 May 2014 07:18 PM PDT Sejak krew dah mula mencari rezeki di sekitar wilayah yang sedang membangun, Nusajaya ni dah pelbagai kedai makan yang krew cuba. Maklum la, dengan waktu kerja yang agak fleksibel, waktu makan tengahari pun panjang sedikit. Dengar kata dari kawan-kawan sepejabat, sebuah restoren halal baru milik anak syarikat FELDA memulakan operasi di Puteri Harbour. Setahu krew, selain dari Lat's Place, restoren makanan segera dan beberapa restoren non halal yang lain, tak ada lagi yang mula beroperasi. Rupa-rupanya restoren ni menggunakan nama inggeris dan warna tema pun tak sama dengan warna korporat FELDA. Restoren Savaro ini terletak di antara Kenny Rogers dan Sushi King Puteri Harbour. Sederet dengan Starbucks. Pintu masuknya agak tidak kelihatan tetapi krew disambut mesra oleh staf. Dalam kepala krew membayangkan restoren ini mesti berkonsepkan ala-ala kampung dan juadah Malaysia tetapi ternyata meleset. Reka hias dalaman restoren sangat kelas. Krew terbayang macam dalam restoren perancis klasik. Dengan hiasan daun anggur plastik dan perabot kayu, takut pula nak order makanan. Takut duit dalam dompet tak cukup. Pelayan datang dengan menu dan krew selak satu persatu menu. Harganya boleh tahan. Kena dengan tempat dengan cantik sebegini. Mereka menyediakan juadah timur dan barat dengan harga dan portion yang berpatutan. Hidangan timur seperti Mee Kari, Soto Nasi, Nasi Ayam Herba, Nasi Kerabu dan kuih tradisional lain. Hidangan barat seperti caesar salad, roasted rosemary chicken sandwish, lamb chop dan mushroom soup. Ada juga beberapa hidangan istimewa restoren (signature dish) seperti Savaro Noodle dan Nasi Goreng Belacan. Kebanyakkan makanan timur dalam julat harga RM8.80 sehingga RM11.90 per serve dan makanan barat dalam julat harga RM10.90 hingga RM32.90. Hidangan buffet juga disediakan pada hari Isnin dan Khamis dengan harga RM15.00 per pax. Harga tidak termasuk 10% service tax. Nama Gerai : Restoran Savaro by Felda |
You are subscribed to email updates from makanan tradisional di johor - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Category: Makanan di Johor
0 comments