Mee Rebus Tulang Di Restoran ZZ Sup Tulang, Johor Bahru - adarain - Makanan di Johor

Blog Admin | 01:04:00 | 0 comments

Mee Rebus Tulang <b>Di</b> Restoran ZZ Sup Tulang, <b>Johor</b> Bahru - adarain - Makanan di Johor


Mee Rebus Tulang <b>Di</b> Restoran ZZ Sup Tulang, <b>Johor</b> Bahru - adarain

Posted: 25 Apr 2014 05:56 AM PDT

Pada beberapa hari yang lepas, saya bersama 2 orang rakan lain cuba mencari tempat makanan bagi mengalas perut. Salah seorang daripada rakan saya mencadangkan agar makan ke Restoran ZZ Sup Tulang.

Menurut rakan saya, tempat tersebut sangat terkenal di Johor Bahru kerana Mee Rebus Tulang dan juga pelbagai makanan yang lain yang turut dicampur dengan tulang.

Kami sampai di Restoran tersebut pada waktu malam lebih kurang pukul 11.00 malam. Suasana Restoran pada ketika itu sepi dan tidak terlalu ramai orang.

Restoran tersebut ada menawarkan tempat makan dengan cara bersila ataupun makan dengan kerusi. Terpulang mengikut keselesaan pengunjung. Kami mengambil keputusan dengan makan bersila.

Jangan terlalu expect yang tinggi dengan kawasan tersebut yang cantik. Tempat tersebut hanyalah biasa-biasa sahaja yang penting selesa untuk di makan.

Seperti yang dicadangkan oleh rakan saya sebelum ini, saya order Mee Rebus Tulang. Tempahan makanan sangat cepat tanpa perlu menunggu lebih lama.

Mee Rebus Tulang Di Restoran ZZ Sup Tulang, Johor Bahru

Mee Rebus Tulang

Itulah dia rupa makanan Mee Rebus Tulang. Lihat sahaja makanan tersebut memang sangat menyelerakan dengan aroma baunya yang menusuk ke hidung.

Dalam Mee tersebut menyediakan 2 tulang sederhana besar. Rasa mee rebus Tulang tersebut memang sangat sedap dengan kuahnya yang pekat dan straw disediakan bagi memudahkan menyedut lubang tulang yang mempunyai sisa daging di dalamnya.

Tempat Restoran ZZ Sup Tulang agak tersorok sedikit tetapi tidak susah untuk mencari restoran tersebut bagi mereka yang tinggal di kawasan bandar Johor Bahru. Tempat tersebut berada di belakang Masjid Abu Bakar dan Maahad Johor.

Alamat : Restoran Sup Tulang ZZ
Lokasi : JKR Daerah, Jalan Petri, Johor Bahru
Tel : 012 7227209 / 013 7492671
Waktu Perniagaan : Di buka setiap hari dari pukul 7.00 am â€" 2.00 am

Tidak dapat ambil gambar banner restoran tersebut kerana keadaan pada waktu itu malam dan tidak nampak kalau di ambil gambar walaupun disertakan dengan flash.

Makanan lain seperti makanan barat dengan chicken shop dan sebagainya turut disediakan. Pelbagai makanan ada disediakan cumanya istimewa pada restoran tersebut adalah makanannya seperti Mee bandung, Mee Rebus dan Sup yang dicampur dengan tulang. Kemudahan lain seperti tandas dan parking kereta juga disediakan.

Untuk review lain berkenaan dengan restoran tersebut boleh layari blog Myselera.com dengan lebih terperinci.

Category:

About GalleryBloggerTemplates.com:
GalleryBloggerTemplates.com is Free Blogger Templates Gallery. We provide Blogger templates for free. You can find about tutorials, blogger hacks, SEO optimization, tips and tricks here!

0 comments