Projek tambak laut mangsakan nelayan pantai Johor - Harakah Daily - Makanan di Johor

Blog Admin | 10:11:00 | 0 comments

Projek tambak laut mangsakan nelayan pantai <b>Johor</b> - Harakah Daily - Makanan di Johor


Projek tambak laut mangsakan nelayan pantai <b>Johor</b> - Harakah Daily

Posted: 06 May 2014 11:04 PM PDT

MAHDZIR IBRAHIM | 07 Mei 2014.

NELAYAN tradisional bermakna nelayan yang menggunakan peralatan tradisional seperti pancing, sangkar atau jaring untuk menangkap ikan dan menggunakan bot kecil berenjin sangkut. Nelayan pantai juga termasuk mereka yang mengutip lokan dan siput dipantai-pantai.

Laporan pendaratan ikan makan pada 2011 menunjukan kuantiti pendaratan ikan laut pantai mencecah 65 peratus berbanding pendaratan ikan laut dalam yang hanya mencatatkan sekitar 17 peratus.

Justeru, perhatian harus juga diberikan kepada nelayan tradisional.

Dari aspek saiz atau keluasan kawasan operasi penangkapan ikan laut pantai ini, ianya sekitar skala lima batu nautika dari pantai. Keluasan secara keseluruhannya pula tidak begitu besar kerana faktor saiz bot dan kapasiti enjin yang kecil.


Projek Penambakan Persisir Pantai

'Pejabat' atau tempat kerja nelayan pantai ini adalah dipersisiran pantai, bermakna segala apa yang berlaku di kawasan persisir pantai, secara langsung akan memberi kesan terhadap mereka dan kerja mereka.

Projek-projek pembangunan atau dengan lebih tepat lagi projek penambakan laut di sekitar persisiran pantai berjarak lima batu nautika ini ditabrak tanpa perancangan yang teliti, maka ia akan menjadi projek pembangunan yang merosakkan.

Projek penambakan yang tidak teliti ini bermaksud projek yang dijalankan, dilakukan tanpa kajian mendalam atau tanpa mempedulikan kesan-kesan sampingannya. Ini juga bermakna, projek yang dijalankan itu adalah salah dari segi moral dan undang-undang.

Maka ini dinamakan sebagai 'projek gila'.  Apabila projek gila ini terus dijalankan, ia akan memberi kesan negatif terhadap ekosistem di sekitar kawasan terbabit.

Kesan kepada ikan dan juga sumber makanannya seperti rumpai laut dan benih atau anak-anak ikan akan semakin berkurangan, kualiti air akan menurun, hutan bakau akan pupus dan pantai akan terhakis bersama dengan karang-karang yang ada dan akhirnya hidupan asal disitu akan pupus dan sebahagiannya lari jauh ke tengah laut.

Bayangkan jika pejabat atau tempat anda cari makan diganggu, dikotori atau dirosakkan. Bagaimana anda dapat menghadapinya? Adakah dapat nelayan pantai ini bertukar menjadi nelayan laut dalam dengan enjin dan bot kecil yang mereka ada?

Dalam tempoh lima hingga sepuluh tahun akan datang, nelayan pantai akan menghadapi kemerosotan hasil dan akhirnya akan kehilangan sumber pendapatan, kesannya juga akan dirasai oleh kita sebagai pengguna.

Projek Pulau Ubah

Salah satu contoh projek gila yang sedang menggila ini berlaku di perairan Tanjung Kupang, Selat Johor.  Lim Kit Siang menamakannya sebagai Pulau Ubah. Ia bersaiz keluasan sekitar dua ribu lima ratus ekar. Jaraknya tidak sampai 10 km dari pantai Singapura. Dari peta, kawasan ini menunjukan ia berada dalam Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI).

Kawasan yang ditambak ini pada asalnya adalah tempat yang bersih, ibarat satu kebun yang subur tanahnya. Dokumen Shoreline Management Plan 2013 mengenal pasti kawasan perairan Tanjung Kupang ini sebagai kawasan yang sangat kaya dengan biodiversiti marin kerana ia mempunyai rumpai laut (seagrass bed) yang mungkin antara yang terbesar di dunia.

Ia juga menjadi habitat kuda laut, juga kawasan tempat ikan dugong bermain, malah IRDA sendiri telah mencadangkan agar kawasan ini dilindungi dan diwartakan sebagai kawasan perlindungan marin (marine protected area).

Tetapi kini kawasan perairan tersebut sedang ditukar (tambak) menjadi tanah daratan tanpa diketahui untuk tujuan apa. Dalam dokumen Comprehensive Development Plan (CDP) yang telah diluluskan IRDA sebagai Masterplan Iskandar Malaysia, 'Pulau Ubah' ini tidak wujud sama sekali dalam perancangan tersebut. Namun, pulau tersebut sedang membesar, ini keajaiban yang pertama.

Persoalannya ialah bagaimana projek ini boleh dijalankan tanpa ada laporan penilaian kesan alam sekitar (EIA) dari Jabatan Alam Sekitar? Apakah agensi kerajaan negeri tidak tahu atau tidak ambil peduli?

Atau, apakah projek ini mendapat perlindungan dari pihak-pihak tertentu? Atau agensi yang bertanggungjawab hanya pejam mata dengan projek gila ini? Jika pejam mata, kuasa siapakah yang mengarahkan mereka untuk pejam mata? Ini keajaiban kedua.

Kesemua persoalan ini berkaitan dengan integriti serta urustadbir kerajaan negeri yang baik (good governance). Keseluruhan projek ini tidak menunjukkan adanya ketelusan dari pihak berkuasa. Pelan tak ada, papan tanda projek tak ada termasuk laporan dari EIA juga tak ada.

Kerajaan negeri Johor perlu diingatkan, 'jangan main-main dengan undang-undang', meminjam kata-kata mendiang Karpal Singh.


'Mengata Dulang Paku Serpih'

Jika kita lihat sejarah isu penambakan laut ini, pastinya kita tidak lupa terhadap kerajaan Singapura suatu ketika dahulu sekitar tahun 2002, apabila mereka melakukan penambakan laut di Pulau Tekong. Masa itu kita turut protes.

Ketika itu kita mempertikai langkah kerajaan Singapura yang akan menjejaskan ekonomi dan ekosistem perairan kita. Liputan akhbar juga sangat meluas, ketika itu seolah-olah kita begitu prihatin terhadap alam sekitar dan kesan-kesannya ke atas ekonomi tempatan.

Tetapi rupa-rupanya bantahan itu hanyalah satu bentuk hipokrasi politik kerajaan BN. Dulu kita yang membantah, tetapi kini  yang mengambil langkah yang sama. Malah media massa kita seakan membungkam projek gila ini.

Jika kita selidik juga dengan lebih mendalam projek penambakan di Pulau Tekong itu, batu dan pasir yang digunakan untuk menambak itu sebahagiannya datang dari Malaysia juga. Hal ini tak pula dilaporkan media arus perdana secara meluas.

Dalam kes Pulau Ubah ini, Singapura tidak pula membantah seperti mana kita dahulu, mengapa agaknya? Adakah kerana  mereka sedar bahawa mungkin bantahan itu akan kembali mencetuskan ketegangan hubungan dua negara?

Atau Singapura sengaja membiarkannya kerana mereka tahu bahawa semua penambakan ini akhirnya akan 'merapatkan' lagi tanah semenanjung dengan pulau Temasik itu untuk faedah strategiknya.


Integriti Pentadbiran dan Hak

Kedua-dua isu nelayan pantai dan soal integriti kerajaan negeri, adalah suatu hal yang amat penting. Ketelusan pentadbiran kerajaan negeri akan menentukan masa depan ekonomi negeri dan sumber bekalan makanan untuk rakyat.

Kita perlu mengekalkan kewujudan nelayan tradisional bukanlah kerana kita mahu mereka terus menjadi nelayan tradisional, tetapi kita mahu ia dikekalkan kerana itu adalah hak mereka.

Maka sebagai kerajaan yang amanah, harus melindungi hak mereka untuk menjadi nelayan. Hak rakyat untuk memastikan bekalan sumber makan laut terjamin dan hak alam ini untuk dilindungi. Dan semua ini adalah hak kita untuk membangun dan maju dengan cara yang betul.

Jangan mengata dulang paku serpih, mengata orang diri sendiri yang lebih.
_______________
Penulis ialah seorang pendukung seni dan kebudayaan yang juga Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pemuda Sosialis DAP (Dapsy) dan Ahli Jawatankuasa DAP Johor.

Restoran Savaro | <b>Johor</b> Bahru Food Club

Posted: 04 May 2014 07:18 PM PDT

Sejak krew dah mula mencari rezeki di sekitar wilayah yang sedang membangun, Nusajaya ni dah pelbagai kedai makan yang krew cuba. Maklum la, dengan waktu kerja yang agak fleksibel, waktu makan tengahari pun panjang sedikit.

Dengar kata dari kawan-kawan sepejabat, sebuah restoren halal baru milik anak syarikat FELDA memulakan operasi di Puteri Harbour. Setahu krew, selain dari Lat's Place, restoren makanan segera dan beberapa restoren non halal yang lain, tak ada lagi yang mula beroperasi. Rupa-rupanya restoren ni menggunakan nama inggeris dan warna tema pun tak sama dengan warna korporat FELDA.

Restoren Savaro ini terletak di antara Kenny Rogers dan Sushi King Puteri Harbour. Sederet dengan Starbucks. Pintu masuknya agak tidak kelihatan tetapi krew disambut mesra oleh staf. Dalam kepala krew membayangkan restoren ini mesti berkonsepkan ala-ala kampung dan juadah Malaysia tetapi ternyata meleset. Reka hias dalaman restoren sangat kelas. Krew terbayang macam dalam restoren perancis klasik. Dengan hiasan daun anggur plastik dan perabot kayu, takut pula nak order makanan. Takut duit dalam dompet tak cukup.

Pelayan datang dengan menu dan krew selak satu persatu menu. Harganya boleh tahan. Kena dengan tempat dengan cantik sebegini. Mereka menyediakan juadah timur dan barat dengan harga dan portion yang berpatutan. Hidangan timur seperti Mee Kari, Soto Nasi, Nasi Ayam Herba, Nasi Kerabu dan kuih tradisional lain. Hidangan barat seperti caesar salad, roasted rosemary chicken sandwish, lamb chop dan mushroom soup. Ada juga beberapa hidangan istimewa restoren (signature dish) seperti Savaro Noodle dan Nasi Goreng Belacan.

Kebanyakkan makanan timur dalam julat harga RM8.80 sehingga RM11.90 per serve dan makanan barat dalam julat harga RM10.90 hingga RM32.90. Hidangan buffet juga disediakan pada hari Isnin dan Khamis dengan harga RM15.00 per pax. Harga tidak termasuk 10% service tax.

Nama Gerai : Restoran Savaro by Felda
Lokasi : Lot 5D, Ground Floor, Little Red Cube, Puteri Harbour, Johor Bahru (Google Map)
Wajib Order : Masakan tradisional
Waktu Perniagaan : 10:00 AM – 11:00 PM (Isnin – Ahad)
Food Rating : 4/5
Service Rating : 4/5

Mee kari yang dihidangkan bersama chicken cutlet dan sambal tumis - RM 9.80

Mee kari yang dihidangkan bersama chicken cutlet dan sambal tumis – RM9.80

Asam Laksa - RM 7.90

Asam Laksa – RM 7.90

Mee goreng

Mee goreng

Caesar Salad (Plus grill chicken - Optional)

Caesar Salad (Plus grill chicken – Optional)

Roasted Rosemary Chicken Sandwish

Roasted Rosemary Chicken Sandwish

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Makanan di <b>Johor</b>: folio <b>makanan tradisional</b> di malaysia <b>...</b>

Posted: 25 Apr 2014 07:26 PM PDT

Sempena Tahun Melawat Malaysia 2014,Saya sebagai rakyat Johor Darul Takzim mengalu-alukan kedatangan anda ke negeri kami.. Johor bukan sahaja terkenal dengan kedudukan negeri yang berada di selatan,Tapi kami juga ada makanan special yang anda semua harus cuba apabila bertandang ke Johor Darul Takzim.. Jom kita baca manalah tahu saudara-mara anda ada yang nak datang ke Johor Darul Takzim.


Ambeng Ambang Nasi Ambeng

  •          Nasi  Ambeng

Ambeng merupakan makanan tradisional penduduk tempatan di Johor dan ianya popular dikalangan masyarakat Jawa yang tinggal di  pantai Barat Semenanjung Malaysia.Nasi Ambeng juga berasal daripada Pulau Jawa yang terletak di Indonesia dan hari ini terbukti sebahagian daripada penduduk Pulau Jawa masih menikmati hidangan Nasi Ambeng ini.


Selalunya Nasi Ambeng dihidangkan dalam majlis-majlis tertentu seperti kenduri arwah dan majlis kesyukuran samaada pada waktu malam atau tengahari. Masyarakat Jawa mempercayai dengan amalan ini ianya akan membawa kerukunan dan kebahagiaan dalam institusi kekeluargaan..

Hidangan Nasi Ambeng biasanya dihidangkan untuk 4 orang dan isinya adalah Nasi Putih,Tempe goreng, Kerisik,Rempeyek,Serunding kelapa, mee goreng atau mee hoon goreng dan lain-lain. Nasi Ambeng dihidangkan dalam dulang atau talam yang dilapik dengan daun pisang.. Resepi akan diupdate dan kalau nak tengok resepi pergi label yang bertulis resepi..

Makanan tradisional masyarakat Bugis

Burasak merupakan makan tradisional orang Bugis..Ianya di kenali dengan juga sebagai buras.. Buras tak silap bermaksud beras.Makanan ini biasanya dihidangkan pada hari perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha.Proses pembuatan burasak nie memakan masa yang agak lama.Burasak dihasilkan dengan menggunakan beras dan santan dan ianya ada variasi beras pulut.Sedap dimakan dengan serunding kelapa dengan rending daging .Memang dap.. lah

    

 Dipercayai orang Bugis berada di berada ditanah Melayu sekitar tahun 1511 hingga zaman pemerintahan Sultan Ibrahim pada tahun 1778-1926. Mengikut susur galur kesultanan Johor,Sultan Ibrahim merupakan keturunan Bugis. If I wrong please forgive me.Ini pengetahuan yang saya tahu lah.

Tapi kalau nak merasai kehebatan hidangan Burasak nie lubuknya dekat Pontian..  Rasanya hingga  menjilat jari..Harga memang berpatutan.

Kalau dah rasa mesti nak lagi.. Apa kate jom pergi ke Johor

Saute Sate daging Sate ayam sate Johor

Sate yang semua ketahui adalah berasal daripada Tanah Jawa  Indonesia.Ia juga salah satu makanan nasional di Indonesia.Sate juga popular di Asia Tenggara seperti Malaysia,Singapura,Filipina dan Thailand.Sate juga popular di Negara Belanda.Sate juga tersenarai sebagai 50 makanan paling sedap di dunia.

Sate diperbuat daripada daging,ayam,kambing dan versi terbaru ialah daging rusa yang dipotong kecil-kecil dan  ditusuk dengan buluh dan dibakar dengan arang kayu..

Sate dimakan dengan kuah kacang,hirisan timun,hirisan bawang merah,dan nasi himpit..Sate senang didapati dimana-mana sahaja di negeri Johor.Kalau dah rasa mesti nak lagi..

Nasi Beriyani Gam

Kalau berkunjung ke Batu Pahat Johor anda semua mesti mencuba hidangan Nasi Beriyani Gam.Nasi Beriyani Gam juga dikenali sebagai Nasi Beriyani Dam atau Dum.Nasi Beriyani dimasak dengan ketulan daging yang diperap semalaman bersama beras.Apabila Nasi ini siap nasi ini akan berbau rempah,dan rasa lemak manis yang dihasilkan oleh daging tersebut.Sejarah kemasukan resepi ini melalui Kesultanan Melayu Johor-Linggi,rakyat Johor memperharui resepi ini ke selera Melayu dan terjadilah Nasi Beriyani Gam ini.

Dipercayai Beriyani berasal daripada zaman Maharaja Mungal Muslim. Ia amat popular dinegara Asia Tenggara,Lucknow,Kolkata,Hyderabad,Kashmir ,Karachi,Dhaka,dan Delhi.Nama Beriyani berasal daripada perkataan beryan yang bermaksud goreng dan panggang..

Tempat Mee Bandung yang asli adalah berasal daripada Muar.Tempat Mi Bandung Muar tu menggunakan resepi turun- temurun yang asli..

Mee Bandung Mie celor Muar Bandar Penggaram

Perkataan Bandung bermaksud berganda,berkembar ataupun berpasangan yang bercampuran  dengan yang lain.Nama Bandung tidak ada kena mengena dengan Bandung Indonesia sebabnya dua-dua tak sama.

Mee Bandung dimasak bergandingan dengan mi dan telur,dengan campuran cili dan bawang tumis,rempah ratus,belacan dan udang kering.Sesudah itu,ianya ditambah dengan udang,hirisan daging atau sayuran.

tiffinbiru.blogspot.com mie rebus mee rebus

Mi rebus atau mee rebus adalah sebuah hidangan yang amat terkenal di Johor.Ianya juga popular di Singapura dan Indonesia.Pada zaman dahulu,penjaja hidangan mi rebus ini bergerak menggunakan kandar yang dilengkapi dengan dapur,periuk,air masak dan bahan ramuan lain untuk memasak hidangan ini.

Hidangan ini menggunakan mi telur kuning yang digunakan dalam mi Hokkien sebagai hidangan utamanya yang ditambah dengan kuah yang agak manis-manis pedas. Kuah mi rebus ini diperbuat daripada keledek,serbuk kari,air,kacang soya masin,udang kering dan kacang tanah yang dihiasi dengan telur  rebus,limau kasturi atau limau nipis,daun bawang,daun sup,cili hijau,tauhu goreng,bawang goreng dan taugeh.

Ada sesetengah tempat panggil mee ini adalah mi Jawa atau Bakmi Jawa.Hidangan ini mempunyai persamaan dengan hidangan Mie Celor yang terkenal di Palembang Indonesia.

Laksa Penang Laksa Johor Laksam

Laksa Johor merupakan hidangan yang kuahnya menggunakan santan untuk kuahnya.Dipercayai laksa dibawa oleh orang China ke Tanah Melayu (Peranakan). Perkataan laksa berasal daripada perkataan 'laksha' iaitu dalam Bahasa Sanskrit yang bermaksud banyak dan merujuk kepada banyaknya bahan yang digunakan dalam hidangan ini.

Soto ayam Soto Malaysia Makanan Ratu Soto Singapura

Soto merupakan sejenis hidangan yang berasaskan sup ayam yang dihidangkan bersama nasi himpit.Tetapi,nak tahu tak asal usul soto nie.Jom kita bace..

soto tangkar Betawi dari Jakarta merupakan sup soto bertulang yang asalnya dari zaman penjajah. Polisi Belanda seperti cultuurstelsel (sejenis cukai yang tinggi) menyebabkan kemiskinan, sehinggakan tulang kering terpaksa direbus kembali dalam soto.

Di Indonesia, soto juga dikenali sebagai sauto, nyoto, tauto (tauto Pekalongan), coto atau cotto dari Makassar atau Mangkasara, dan juga sroto di Sukaraja dan Banyumas, Jawa.

Tetapi apa asal-usulnya nama soto?

Ada yang mengatakan soto dahulunya makanan raja-raja. Dengan mengkaji nama 'sroto', kita mungkin dapat mengetahui sejarah nama soto.

Kata orang tua-tua, pada masa dahulu terdapat seorang raja yang adil. Pada suatu hari, baginda jatuh sakit sehinggakan susah untuk baginda makan. Baginda inginkan sesuatu yang bersup dan senang dikunyah tetapi baginda tidak menyukai bubur. Akhirnya sup ayam dimasak dan nasi ditambah. Tetapi butiran nasi jelas terlalu sukar untuk disuap kepada raja yang sangat lemah itu. Oleh itu baginda meminta ketupat yang dipotong ditambah kepada sup tersebut. Kiub-kiub ketupat itu menyerap sup yang panas, dan makanan inilah senang disuap kepada raja. Supnya pula ditambah rempah supaya raja dapat menikmati sup tersebut, kerana orang sakit memang kurang berselera.

Oleh itu, hidangan makanan yang baru ini dilahirkan, yang disuap kepada ratu (nama pangkat yang diberi kepada raja-raja di Indonesia dahulukala) sehingga baginda sembuh. Raja itu sangat menyukai hidangan tersebut, oleh itu ia mula dihidangkan dengan lebih kerap sehinggakan ia menjadi popular dengan rakyat jelata juga.

Suap ratu jika diulang dengan cepat menjadi 'sroto', sepertimana ia masih dipanggil di Jawa Tengah, tetapi di kawasan lain, nama ini dipendekkan kepada 'soto'.

Di Malaysia dan Singapura, soto selalunya berkuah cerah dan rasa berempah, dengan ketulan nasi himpit. Di Indonesia, setiap kawasan, daerah, mahupun bandar ada versi sotonya tersendiri; di bandaraya besar, boleh dikatakan yang setiap mangkuk soto unik kepada sesebuah jalan, ataupun juga seseorang tukang masak!

Sebagai contoh, ada soto Bandung, soto Banjarmasin, soto Banten, soto kuning Bogor, soto babat Tasikmalaya, soto Kudus, soto Lamongan, soto Madura, soto Medan, soto Padang, soto kikil Surabaya dan sebagainya.

Ayam Pedas daun kesum Johor asam pedas melaka
  • Roti kirai a.k.a Roti Jala 

  • Kuih sirat atau nama lain wajik * my favourite

Wajik

Ini adalah salah satu makanan yang Miss Yana suka.Ia juga adalah satu hidangan yang wajib ada selain burasak tadi pada pagi hari raya.


Arisa makanan golongan elit

Arisa adalah makanan untuk golongan elit Johor dan ianya jarang dijumpai dan di jual di sekitar negeri Johor.Arisa ini tak silap hidangan yang berasaskan daging.


Cucur udang

Ini adalah cucur udang orang biasa panggil dia..Sedap kan?.


Tempat pisang salai original nie kat Parit Raja,Batu Pahat.


Kalau nak jumpa telur pindang nie kat Majlis Perkhawinan je dia ada.. Tapi semenjak dua menjak nie telur pindang seakan-akan lupus.Orang sekarang lebih suka bagi souvenier makanan ringan yang menggemukkan je..

Category:

About GalleryBloggerTemplates.com:
GalleryBloggerTemplates.com is Free Blogger Templates Gallery. We provide Blogger templates for free. You can find about tutorials, blogger hacks, SEO optimization, tips and tricks here!

0 comments