Restoran pelik di Johor Bahru | Kuala Lumpur Post - Blog Makanan ... - Makanan di Johor
Restoran pelik <b>di Johor</b> Bahru | Kuala Lumpur Post - Blog <b>Makanan</b> <b>...</b> - Makanan di Johor |
- Restoran pelik <b>di Johor</b> Bahru | Kuala Lumpur Post - Blog <b>Makanan</b> <b>...</b>
- makanan tradisional negeri - Blog <b>Makanan di Johor</b> - Blogger
- folio makanan tradisional d... - Blog <b>Makanan di Johor</b> - Blogger
- 6c) Makanan tradisional di Kelantan - Blog <b>Makanan di Johor</b>
Restoran pelik <b>di Johor</b> Bahru | Kuala Lumpur Post - Blog <b>Makanan</b> <b>...</b> Posted: 29 Apr 2014 11:38 AM PDT Malam ni JDT lawan Pahang tapi tak best la blog pasal bola Sikit-sikit nak gaduh, sikit-sikit nak provoke... So mari kita cerita pasal makanan... Sebab semua orang suka makanan! Dan kalau cakap pasal makanan tak buat orang nak gaduh :) Sebagai seorang anak jati johor, saya nak kongsikan makanan-makanan tradisional orang Johor yang sangat sedap belaka! Pastikan anda tidak lapar sebelum scroll ke bawah :) Laksa Johor Biasanya mee yang digunakan ialah spaghetti, Class gitu orang johor ni, Kemudian kuahnya pula biasanya menggunakan ikan kembung atau ikan tenggiri Dan tak lengkap laksa Johor tanpa ulam-ulamannya Kalau di rumah LA, ada limau kasturi yang dibelah dua, taugeh, bawang, timun, jeruk lobak, daun kesum dan daun bawang. Dan akhir sekali, letakkan sambal belacan untuk lebih sedap dan nikmat Mee Bandung Biasanya orang tak panggil Mee Bandung Johor, tapi Mee Bandung Muar Dan sejujurnya dan merasa mee bandung di Terengganu, Selangor dan tempat lain Mee Bandung Muar tiada tandingannya ! Mee Bandung Muar ni kalau nak sedap maka perlulah lengkap ramuannya Tak boleh ada shortcut2 bahan macam sesetengah kedai buat Jadi, tak peliklah kenapa Mee Bandung Muar harganya agak mahal sedikit Mestilah cukup binatang2 dalam kuahnya seperti udang, sotong dan ayam Mestilah ada telur, telur goreng atau telur rebus bergantung pada selera masing2 Mestilah cukup pedasnya :) Soto Soto ada dua jenis iaitu soto nasi dan soto bihun Kalau LA lebih prefer soto bihun LA suka sangat kalau soto yang lengkap dengan hirisan ayamnya, sambal kicap yang pedas, kacang tanah, daun bawang dan paling penting bergedil Nasi Ambang Subhanallah, kecur tengok gambar ni Ni memang favourite LA daripada kecik sampai sekarang Kalau offer memang tak dapat nak menolak lah senang kata Tapi sesetengah orang tak minat sebab agak complicated menunya Hidangan nasi ambang yang lengkap lebih kurang macam gambar di atas Nasi + Ayam masak merah/ kicap pedas + mee kasar + ikan masin + serunding + sambal jawa + sayur + keropok goreng Kalau datang Johor, silalah cuba nasi ambang yea? Gerenti puas hati :) Telur Pindang LA teringat saat-saat baru memulakan pengajian di Terengganu Datang kempunan nak makan telur pindang Tanyalah dekat kawan-kawan mana nak dapat Semuanya tak faham apa itu 'telur pindang' Rupa-rupanya di selatan sahaja yang ada Telur Pindang Kalau anda ke kenduri perkahwinan di negeri Johor Biasanya mereka akan memberi Telur Pindang Mengikut resipi tradisional Johor, Telur akan direbus bersama Garam, Kicap, Jintan Putih, Jintan Manis, Ketumbar,dan berbagai jenis bahan lain. Bahan tersebut adalah Kulit Bawang Merah, Kulit Bawang Putih, Serai, Daun dan isi Lengkuas, Daun Senduduk, Daun Jambu Batu dan sebagainya. Rasanya sangat sedap :) Ada juga perkhidmatan pos untuk mereka yang nak telur pindang Kacang Pool LA pun tak pasti kenapa namanya kacang pool Mungkin sebab kuahnya dalam mangkuk tu nampak macam kolam Haha tak pastilah pulak, Kalau family LA kami selalu perkena kacang pool di medan selera sebelah Bomba Larkin Try la, makanan yang simple tetapi sangat sedap :) Mee Rebus Johor Urmmm...sedap jugak ni Selalunya kalau LA Mee Rebus ni makan sarapan Sedap, yelah, takkan lah nak nasi lemak dan roti canai setiap pagi Mee Rebus Johor ni kuahnya pekat Dihidang bersama telur rebus, daun bawang, bawang goreng, tauhu dan lada hijau Kadang-kadang kalau sedap lagi ada seafood dalam mee rebus Antara yang popular di Johor Bahru adalah Mee Rebus Tulang Az dan Mee Rebus Haji Wahid Memang terkenal sangat :) silalah cuba bila datang Johor Botok-botok Haaa...kalau yang ni orang luar nampak confirm pelik Yelah, nampak comot dan serabai je kalau dihidang Tapi rasanya...ummphhh sedap lagi menyelerakan Kalau hari-hari biasa susah nak nampak botok-botok ni Selalunya semasa bulan Ramadhan yang banyak dijual di bazaar Botok-botok ni sebenarnya hidangan ikan dan ulam-ulaman yang dibalut dalam daun pisang Daun yang biasa digunakan ialah seperti pucuk ubi, pucuk betik, pucuk mengkudu, daun kesum, daun cekur dan daun kunyit. Sajian ini dianggap berkhasiat kerana tinggi kandungan serat dan kerana ia dikukus Lontong Kalau di Johor terdapat dua jenis lontong Lontong kuah dan Lontong kering Kalau LA lebih prefer lontong kering Tapi kebanyakannya lebih sukakan lontong kuah Lauknya sama cuma bezanya kuah lodeh itu sahaja Tapi variasi lauk untuk lontong kering ni lebih banyak Boleh letak rendang, sambal jawa, sambal kentang dan bergedil Biasanya dimakan untuk sarapan...nyum nyum Briyani Gam Johor Briyani Gam Johor memang terkenal dalam Malaysia Senang kata briyani yang paling wanted lah Harganya agak mahal sedikit kerana bahan-bahannya yang banyak Apa bezanya briyani biasa dengan briyani gam ni? First, pembuatannya cerewet, wajib beras basmati yang panjang-panjang tu kalau nak panggil briyani johor Dan briyani gam ni, ayam atau daging itu dimasak bersama nasi Kalau di Malaysia yang paling famous adalah di Batu Pahat iaitu Briyani Mohd Shah LA pernah pergi masa lunch, semua dah habis... gilalah. Asam Pedas Johor Asam Pedas Muar adalah antara yang terkenal di Malaysia selain asam pedas Melaka Dan saya percaya di negeri-negeri lain pun ada asam pedas tersendiri Tetapi setiap versi asam pedas negeri ni berbeza Keistimewaan asam pedas Johor berbanding asam pedas lain adalah kepekatannya Asam pedas di Johor di pekatnya lain macamMemang pekat dan secukup rasa... Kalau di Johor Bahru antara yang sedap adalah Asam pedas Anisofea di Mount Austin dan Asam Pedas Tasik Johor Bahru Kemudian, asam pedas Melaka ada Lada hitam, asam pedas Johor tak ada Selalunya untuk penambah rasa dan bau, diletakkan daun kesum, daun limau purut atau bunga kantan Dan untuk sayur-sayuran, tomato, bendi atau terung Otak-Otak Haaaa ni lagi satu makanan anak Johor sejati Makanan yang simple dan dihidangkan di serata Johor Otak-otak... dan yang paling terkenal ialah otak-otak Kempas Otak-otak ni isi ikan yang berempah Tempat lain pun ada juga kalau tak silap Cuma kalau di Johor ni pedas rasanya :) Dan berbeza dengan negeri lain Otak-otak boleh dijumpai hampir di semua kedai makan malam di sini Air Kathira Air Kathira/Katira memang popular sangat di Johor Kalau di Johor yang sangat famous adalah Air Kathira Abu Bakar Air Kathira ni ada 'isi-isi'nya seperti biji selasih, katira, kembang semangkuk dan sebagainya. Mengikut kata-kata orang Johor Lama, air Katira yang asli mempunyai sekurang-kurangnya 7 ramuan Itu sahaja buat masa ini, ada masa update lagi :) |
makanan tradisional negeri - Blog <b>Makanan di Johor</b> - Blogger Posted: 04 May 2014 07:13 PM PDT kali ni saya akan berkongsi tentang mknn tradisional yang terdapat di negeri mak sy, iaitu negeri JOHOR kebanyakan masyarakat di negeri johor berketerunan jawa, bugis, banjar dll
tempe goreng sambal kicap org johor mane yang tak terliur melihat tempe goreng sambal kicap ni.
di kelate dgn nasi kerabu, klu di johor terkenal dgn asam pedas. asam pedas yang di minati adalah asam pedas ikan pari. tapi masyarakat jawe pula suke masak asam pedas ayam.
mee bandung walau pun name nye mee bandung, tapi ianya bukan asal dari bandung indonesia.
soto soto tediri dari nasi impit, kuah sup ayam, daging ayam, bwg goreng, tak di lupai sambal kicap. senang di dapati di mane2 di negeri johor sendiri
nasi ambeng yang ini makanan tradsional org jawa johor. dalam nasi ambeng ade nasi putih, ayam, mee goreng, sambal goreng, serunding kelapa, sayur goreng campur dan juga ikan kering.
|
folio makanan tradisional d... - Blog <b>Makanan di Johor</b> - Blogger Posted: 03 May 2014 07:04 PM PDT Sempena Tahun Melawat Malaysia 2014,Saya sebagai rakyat Johor Darul Takzim mengalu-alukan kedatangan anda ke negeri kami.. Johor bukan sahaja terkenal dengan kedudukan negeri yang berada di selatan,Tapi kami juga ada makanan special yang anda semua harus cuba apabila bertandang ke Johor Darul Takzim.. Jom kita baca manalah tahu saudara-mara anda ada yang nak datang ke Johor Darul Takzim.
Ambeng merupakan makanan tradisional penduduk tempatan di Johor dan ianya popular dikalangan masyarakat Jawa yang tinggal di pantai Barat Semenanjung Malaysia.Nasi Ambeng juga berasal daripada Pulau Jawa yang terletak di Indonesia dan hari ini terbukti sebahagian daripada penduduk Pulau Jawa masih menikmati hidangan Nasi Ambeng ini. Selalunya Nasi Ambeng dihidangkan dalam majlis-majlis tertentu seperti kenduri arwah dan majlis kesyukuran samaada pada waktu malam atau tengahari. Masyarakat Jawa mempercayai dengan amalan ini ianya akan membawa kerukunan dan kebahagiaan dalam institusi kekeluargaan.. Hidangan Nasi Ambeng biasanya dihidangkan untuk 4 orang dan isinya adalah Nasi Putih,Tempe goreng, Kerisik,Rempeyek,Serunding kelapa, mee goreng atau mee hoon goreng dan lain-lain. Nasi Ambeng dihidangkan dalam dulang atau talam yang dilapik dengan daun pisang.. Resepi akan diupdate dan kalau nak tengok resepi pergi label yang bertulis resepi.. Burasak merupakan makan tradisional orang Bugis..Ianya di kenali dengan juga sebagai buras.. Buras tak silap bermaksud beras.Makanan ini biasanya dihidangkan pada hari perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha.Proses pembuatan burasak nie memakan masa yang agak lama.Burasak dihasilkan dengan menggunakan beras dan santan dan ianya ada variasi beras pulut.Sedap dimakan dengan serunding kelapa dengan rending daging .Memang dap.. lah
Dipercayai orang Bugis berada di berada ditanah Melayu sekitar tahun 1511 hingga zaman pemerintahan Sultan Ibrahim pada tahun 1778-1926. Mengikut susur galur kesultanan Johor,Sultan Ibrahim merupakan keturunan Bugis. If I wrong please forgive me.Ini pengetahuan yang saya tahu lah. Tapi kalau nak merasai kehebatan hidangan Burasak nie lubuknya dekat Pontian.. Rasanya hingga menjilat jari..Harga memang berpatutan. Kalau dah rasa mesti nak lagi.. Apa kate jom pergi ke Johor Sate yang semua ketahui adalah berasal daripada Tanah Jawa Indonesia.Ia juga salah satu makanan nasional di Indonesia.Sate juga popular di Asia Tenggara seperti Malaysia,Singapura,Filipina dan Thailand.Sate juga popular di Negara Belanda.Sate juga tersenarai sebagai 50 makanan paling sedap di dunia. Sate diperbuat daripada daging,ayam,kambing dan versi terbaru ialah daging rusa yang dipotong kecil-kecil dan ditusuk dengan buluh dan dibakar dengan arang kayu.. Sate dimakan dengan kuah kacang,hirisan timun,hirisan bawang merah,dan nasi himpit..Sate senang didapati dimana-mana sahaja di negeri Johor.Kalau dah rasa mesti nak lagi.. Kalau berkunjung ke Batu Pahat Johor anda semua mesti mencuba hidangan Nasi Beriyani Gam.Nasi Beriyani Gam juga dikenali sebagai Nasi Beriyani Dam atau Dum.Nasi Beriyani dimasak dengan ketulan daging yang diperap semalaman bersama beras.Apabila Nasi ini siap nasi ini akan berbau rempah,dan rasa lemak manis yang dihasilkan oleh daging tersebut.Sejarah kemasukan resepi ini melalui Kesultanan Melayu Johor-Linggi,rakyat Johor memperharui resepi ini ke selera Melayu dan terjadilah Nasi Beriyani Gam ini. Dipercayai Beriyani berasal daripada zaman Maharaja Mungal Muslim. Ia amat popular dinegara Asia Tenggara,Lucknow,Kolkata,Hyderabad,Kashmir ,Karachi,Dhaka,dan Delhi.Nama Beriyani berasal daripada perkataan beryan yang bermaksud goreng dan panggang.. Tempat Mee Bandung yang asli adalah berasal daripada Muar.Tempat Mi Bandung Muar tu menggunakan resepi turun- temurun yang asli.. Perkataan Bandung bermaksud berganda,berkembar ataupun berpasangan yang bercampuran dengan yang lain.Nama Bandung tidak ada kena mengena dengan Bandung Indonesia sebabnya dua-dua tak sama. Mee Bandung dimasak bergandingan dengan mi dan telur,dengan campuran cili dan bawang tumis,rempah ratus,belacan dan udang kering.Sesudah itu,ianya ditambah dengan udang,hirisan daging atau sayuran. Mi rebus atau mee rebus adalah sebuah hidangan yang amat terkenal di Johor.Ianya juga popular di Singapura dan Indonesia.Pada zaman dahulu,penjaja hidangan mi rebus ini bergerak menggunakan kandar yang dilengkapi dengan dapur,periuk,air masak dan bahan ramuan lain untuk memasak hidangan ini. Hidangan ini menggunakan mi telur kuning yang digunakan dalam mi Hokkien sebagai hidangan utamanya yang ditambah dengan kuah yang agak manis-manis pedas. Kuah mi rebus ini diperbuat daripada keledek,serbuk kari,air,kacang soya masin,udang kering dan kacang tanah yang dihiasi dengan telur rebus,limau kasturi atau limau nipis,daun bawang,daun sup,cili hijau,tauhu goreng,bawang goreng dan taugeh. Ada sesetengah tempat panggil mee ini adalah mi Jawa atau Bakmi Jawa.Hidangan ini mempunyai persamaan dengan hidangan Mie Celor yang terkenal di Palembang Indonesia. Laksa Johor merupakan hidangan yang kuahnya menggunakan santan untuk kuahnya.Dipercayai laksa dibawa oleh orang China ke Tanah Melayu (Peranakan). Perkataan laksa berasal daripada perkataan 'laksha' iaitu dalam Bahasa Sanskrit yang bermaksud banyak dan merujuk kepada banyaknya bahan yang digunakan dalam hidangan ini. Soto merupakan sejenis hidangan yang berasaskan sup ayam yang dihidangkan bersama nasi himpit.Tetapi,nak tahu tak asal usul soto nie.Jom kita bace.. soto tangkar Betawi dari Jakarta merupakan sup soto bertulang yang asalnya dari zaman penjajah. Polisi Belanda seperti cultuurstelsel (sejenis cukai yang tinggi) menyebabkan kemiskinan, sehinggakan tulang kering terpaksa direbus kembali dalam soto. Di Indonesia, soto juga dikenali sebagai sauto, nyoto, tauto (tauto Pekalongan), coto atau cotto dari Makassar atau Mangkasara, dan juga sroto di Sukaraja dan Banyumas, Jawa. Tetapi apa asal-usulnya nama soto? Ada yang mengatakan soto dahulunya makanan raja-raja. Dengan mengkaji nama 'sroto', kita mungkin dapat mengetahui sejarah nama soto. Kata orang tua-tua, pada masa dahulu terdapat seorang raja yang adil. Pada suatu hari, baginda jatuh sakit sehinggakan susah untuk baginda makan. Baginda inginkan sesuatu yang bersup dan senang dikunyah tetapi baginda tidak menyukai bubur. Akhirnya sup ayam dimasak dan nasi ditambah. Tetapi butiran nasi jelas terlalu sukar untuk disuap kepada raja yang sangat lemah itu. Oleh itu baginda meminta ketupat yang dipotong ditambah kepada sup tersebut. Kiub-kiub ketupat itu menyerap sup yang panas, dan makanan inilah senang disuap kepada raja. Supnya pula ditambah rempah supaya raja dapat menikmati sup tersebut, kerana orang sakit memang kurang berselera. Oleh itu, hidangan makanan yang baru ini dilahirkan, yang disuap kepada ratu (nama pangkat yang diberi kepada raja-raja di Indonesia dahulukala) sehingga baginda sembuh. Raja itu sangat menyukai hidangan tersebut, oleh itu ia mula dihidangkan dengan lebih kerap sehinggakan ia menjadi popular dengan rakyat jelata juga. Suap ratu jika diulang dengan cepat menjadi 'sroto', sepertimana ia masih dipanggil di Jawa Tengah, tetapi di kawasan lain, nama ini dipendekkan kepada 'soto'. Di Malaysia dan Singapura, soto selalunya berkuah cerah dan rasa berempah, dengan ketulan nasi himpit. Di Indonesia, setiap kawasan, daerah, mahupun bandar ada versi sotonya tersendiri; di bandaraya besar, boleh dikatakan yang setiap mangkuk soto unik kepada sesebuah jalan, ataupun juga seseorang tukang masak! Sebagai contoh, ada soto Bandung, soto Banjarmasin, soto Banten, soto kuning Bogor, soto babat Tasikmalaya, soto Kudus, soto Lamongan, soto Madura, soto Medan, soto Padang, soto kikil Surabaya dan sebagainya.
Ini adalah salah satu makanan yang Miss Yana suka.Ia juga adalah satu hidangan yang wajib ada selain burasak tadi pada pagi hari raya. Arisa adalah makanan untuk golongan elit Johor dan ianya jarang dijumpai dan di jual di sekitar negeri Johor.Arisa ini tak silap hidangan yang berasaskan daging. Ini adalah cucur udang orang biasa panggil dia..Sedap kan?. Tempat pisang salai original nie kat Parit Raja,Batu Pahat. Kalau nak jumpa telur pindang nie kat Majlis Perkhawinan je dia ada.. Tapi semenjak dua menjak nie telur pindang seakan-akan lupus.Orang sekarang lebih suka bagi souvenier makanan ringan yang menggemukkan je.. Rujukan
|
6c) Makanan tradisional di Kelantan - Blog <b>Makanan di Johor</b> Posted: 11 May 2014 12:27 PM PDT Pin.. Pin.. bunyi hon sudah kedengaran, perlahan-lahan aku selak langsir bilik. Dari jendela kaca, kereta Victor tersapa di ruang mata. Tanpa berlengah lagi, aku kembali menancap cermin lalu tudung yang senget ku perkemaskan, dan hujung fabrik kapas itu, ku pin ke kanan bahu. Puas hati dengan penampilan diri, beg tangan ku gapai dan kaki ku hayun keluar dari kamar. Sejurus mendekati muka pintu, sandal ku dapatkan dan daun pintu ku luaskan. "Sya, malam ni aku keluar kejap! Mungkin balik lambat. Apa-apa hal, call je aku okey." Pesan ku pada Syani yang sedang menonton tv. "Okey, Rina! Kau keluar dengan siapa?" Syani di atas sofa bertanya sambil anak mata masih tidak lepas memerhatikan kaca tv. "Dengan kawan aku! Aku pergi dulu tau!" "Iyalah, jaga diri!" sahutnya ringkas. "Okey Syani. Insyallah, bye!" "Bye, Rina!" Lalu daun pintu ku rapatkan semula. Sandal ku sarung dan kaki ku hayun mendekati pintu pagar. Victor sedang bersandar ke keretanya. "Hai Karina," ucapnya menyambut kedatangan aku. "Hai Victor," balas ku sambil memandang penampilannya yang agak formal! "Nak kemana? Ke.. you dari office?" soal ku hairan. "Err. Ha'a I dari office tadi!" gumamnya kedengaran teragak-agak sahaja nadanya. "Eh, masuklah!" Victor kelam kabut menuju ke pintu kereta di sebelah kiri. Dibuka dan dipersilakan aku masuk ke dalamnya. Aku hanya menurut tanpa banyak kata. "Terima kasih bukakan dan tutupkan pintu kereta untuk I." Ucap ku terharu dengan hati yang sudah kembang setaman. Pertama kali dilayani seperti ratu. Along kata, kalau mahu menjadi ratu, biarkan kita dilayani sebagai ratu. Ya, ketika ini aku persis ratu. Ah, seronoknya! "Small matter, Karina." Sahut Victor tenang mengundur kereta. Sesekali dia kerling aku yang hanya mengenakan jeans hitam dan juga jaket denim. "So, kita nak makan di mana?" soal ku sambil memandang ke tengah jalan raya. Tak banyak kereta. "You nak makan apa, dan di mana? I ikut saja," lelaki itu memberi kesempatan untuk aku memilih lokasi makan malam kami. Aku yang tidak cerewet, segera membalas ringkas. "Apa-apa pun boleh, kedai mamak pun okey!" balas ku bersahaja. Namun nada jawapan Victor, kedengaran tidak berapa mempersetujuinya. "Kedai mamak?" Victor menyoal persis dia tidak pernah kenal apa itu kedai mamak. Apa yang peliknya dengan kedai mamak? Kedai yang beroperasi 24 jam itu! "Yes, kedai mamak!" Ulang ku meyakinkan dirinya. "Errr... kita ke tempat lainlah. Boleh kan?" Victor menyoal persetujuan aku. Aku pandang dia, dia pandang aku. "Boleh eh," pintanya dengan riak yang penuh mengharap dan aku akhirnya mengangguk juga. "Bolehlah, I tak kisah." Aju ku mententeramkan dia yang mungkin bosan untuk ke kedai mamak. Kereta terus dipecut membelah lebuhraya menuju ke satu destinasi yang tidak ku ketahui dimana lokasinya. Namun setibanya aku dikawasan meletak kenderaan itu, mata ku terpaku dengan kilauan lampu yang bergemerlapan. Cantik! "You boleh makan masakan cina?" soal Victor sebaik sahaja enjin kereta dimatikan. Aku menoleh ke arahnya, lelaki itu sedang menanggalkan tali pinggang keselamatan sebelum memandang ku sekilas. Dia tersenyum lagi. "I harap, you boleh terima masakan cina." Ajunya tenang. Aku hanya tersenyum lalu melafazkan sesuatu yang Victor harus tahu. "Victor, I boleh makan apa sahaja kecuali makanan pelik-pelik." Balas ku tersenyum nipis. "Baguslah, senanglah I gemukkan you nanti." gumamnya perlahan. "I tak mahu gemuk, nanti susah nak kurus tau." Sengih ku sudah tidak terbendung. "Iya, semua perempuan takut gemuk. I faham," ucap Victor tersenyum hingga menampakkan barisan giginya yang tersusun cantik. "Mestilah, produk menguruskan badan agak mahal tau. Rugi duit!" Ucap ku sambil menolak pintu kereta dari dalam. Victor pula tergesa-gesa keluar, pasti mahu membukakan pintu kereta untuk ku. Ah, tak payahlah! Mengada-ngada pula rasanya! "Baru nak bukakan pintu untuk you." gumam lelaki itu sebaik sahaja aku sudah menutup kembali pintu kereta. "Tak perlulah, Victor. I rasa terlalu gedik bila dilayan macam tu." Terang ku seikhlas hati. "Bukan ke semua perempuan suka dilayan macam tu?" Dahi lelaki itu berkerut lagi. Sah, dia telah dimomokkan cerita fairy tale. "Taklah, siapa cakap?" "Perempuan sukakan lelaki romantis? It is right?" Dia menyoal lagi dan aku menganguk sekali. "Memanglah, tapi romantis itu diharapkan dari pasangannya. Dari orang yang disayangi dan dicintai." Gumam ku menjawab pertanyaan Victor dengan sejelas-jelasnya. "Oh begitu," suara Victor perlahan namun aku lihat dia sembunyi senyum. Tak tahu kenapa dengan reaksi dia tu. "So, jomlah kita masuk." Pelawanya sambil menghulur tangan. Aku mendiamkan diri dan hanya memerhatikan tapak tangan yang halus mulus itu silih berganti dengan wajahnya. Aku harap Victor faham tentang adab-adab pergaulan. Aku tidak boleh bersentuhan dengan lelaki ajnabi. Lelaki yang bukan suami ku dan bukan juga mahramku. "Oppps... so sorry Karina. I terlupa lagi," ucapnya bersungguh-sungguh. Aku lihat dia urut dahinya, seolah-olah merasa cukup bersalah terhadap tindakannya. "It is okay Victor. Small matter," ujar ku mententeramkan dia yang dipagut rasa kesal. "Thanks Karina. Sorry, I betul-betul terlupa." "Takpe, I tak kisah, I faham!" Aku tahu dia tidak sedar akan hal itu. Victor bukan muslim, sudah tentulah dia terbiasa dengan cara yang sebegitu. Cuma aku yang muslim ini, haruslah beringat berjaga-jaga. "Come," serunya dan aku menurut. Kami melangkah masuk ke dalam restoran Cina Muslim. Pertama kali aku ke sini, dan pertama kali jugalah aku merasa masakan cina. "I harap you boleh makan masakan cina." Victor bersuara sebaik sahaja pesanan dibuat. "I cuba, Insyallah boleh. Kawan saya kata, masakan cina agak sedap." Ucap ku membuatkan Victor tersenyum panjang. Aku harus mempelajari budaya dan adat resam Victor andai aku mahu terus bersahabat dengannya. Jika dia boleh menikmati masakan melayu, kenapa tidak aku juga mencuba masakan bangsanya pula. Asalkan halal, itu sudah memadai. Ketika kami berbual, menu yang dipesan tiba. Satu persatu piring dan pinggan disusun di atas meja makan ku. Bulat mataku melihat pelbagai aneka warna. Mengiurkan! "Takut?" soal Victor saat melihat reaksi aku ketika ini. Aku angkat wajah menancap raut wajahnya. Kurang jelas dengan apa yang diperkatakannya seketika tadi. "Jangan risau, tak ada unsur 'haiwan comel' dalam menu ni!" gumamnya menerangkan bahawa tiada anasir-anasir tidak halal di dalam menu yang dipesan. Dengan makna lain, haiwan comel yang dimaksudkan adalah khinzir. Maaf, aku susah untuk menyebut nama haiwan itu, walau hakikat sebenar, ia langsung tidak bersalah dalam isu ini. Apatah lagi, khinzir adalah makhluk Tuhan juga! Dia layak dihormati tapi tetap haram dimakan kecuali ketika dalam keadaan darurat. Dimana, tiada makanan halal yang boleh dimakan lagi. Walaubagaimanapun, kelonggaran itu diberi atas dasar mengalas perut sehingga makanan halal betul-betul ditemui. "Don't worry Karina, semuanya halal!" Victor menyakinkan diriku. Tatkala ini, aku merasa sedikit keliru. Sejujurnya, aku sudah tidak sabar untuk menikmatinya, namun Victor yang melihat reaksi aku berfikir sebaliknya. Pasti dia memikirkan aku takut untuk menjamah! "Eh, I okey. I tak sabar nak makan!" Luah ku memperjelaskan kekeliruan sebentar tadi. "Really?" Dia teruja. "Yes, of course!" "I ingatkan, you takut nak makan! Muka you nampak macam orang takut-takut!" Ada tawa yang mengiringi bicaranya. "Eh, taklah! First time, mestilah I teruja! Bukan takut!" Nafiku ringkas. "Good girl! Okay, let's eat!" "Okey, jom!" "Tapi sebelum makan, biar I perkenalkan you dengan beberapa menu yang I suka. You pun mesti suka." Menu-menu yang dipesan kami perhatikan bersama-sama. "This is Baby Kailan Sos Tiram, Black Paper Ginger, Butter Prawn, and Chicken Lemon. You boleh try, I harap you suka." Ujar Victor lagi. "I tengok pun sudah menyelerakan, kalau rasa mesti tidak mengecewakan. So, jomlah makan! I tak sabar ni, Victor." Aju ku disambut senyuman lelaki itu dah akhirnya kami menjamu selera buat pertama kalinya semenjak kenal sebulan lepas. Sambil menikmati makan malam bersama, Victor tidak jemu-jemu menceritakan sedikit sebanyak susur galur keturunannya. Dari apa yang aku dengar, ibu Victor berasal daripada Filipina. Manakala, bapanya pula orang Malaysia yang berketurunan cina. Namun, dia dibesarkan oleh neneknya setelah kematian kedua ibu bapanya akibat kemalangan jalan raya 15 tahun yang lepas. Daripada apa yang diceritakan juga, Victor tidak memeliki saudara-maranya yang lain. Hanya di Filipina sahaja, keturunan disebelah ibunya yang masih ada. Namun hubungan mereka tidak begitu rapat kerana jarang-jarang bertemu. Kata Victor lagi, dia mewarisi perniagaan yang diusahakan sekarang adalah daripada nenek dan datuknya. Semenjak kecil lagi sudah didedahkan dengan dunia perniagaan dan sering kali juga dibawa menghadiri seminar, mesyuarat dan juga aktiviti luar syarikat. Oleh kerana sering kali terlibat secara tidak langsung, akhirnya minat meniaga itu muncul tanpa sedar. Dan kini, dia sudah bergelar CEO Dimension Holding Berhad. Cukup membanggakan! "Dah banyak cerita tentang I, you pula bagaimana?" Sambil menikmati jus buah, lelaki itu menyoal diri ku pula. "I?" aku unjuk diri sendiri dan Victor membalas dengan anggukan. "I anak bongsu dari dua orang adik beradik. I ada abang, yang tumbuk you hari tu. Ingat lagi tak?" soal ku padanya dan Victor terus sahaja ketawa kecil. Mestilah ingat, tak fasal-fasal ditumbuk along. Tragis sungguh! "Okey teruskan," gumamnya lagi. "I masih ada ayah dan masih ada ibu. Ayah I merupakan askar pencen, dan ibu I pula surirumah sepenuh masa. Mereka tinggal di Ipoh. Sebulan sekali, I akan balik melawat mereka. You nak ikut?" soal ku tiba-tiba. "Ikut you? Ulangnya semula sambil berfikir-fikir. "Yes, balik kampung I!" tawarku lagi. "Boleh juga, tapi you kenalah beritahu pada I awal-awal. Senang nak atur jadual, taklah bertcanggah nanti!" Terangnya lagi. "Okey, Insyallah nanti I aturkan. Oh ya, siang tadi you kata nak beritahu I sesuatu. Tentang apa ya?" Kerana teringatkan bicara Victor siang tadi, aku segera melepaskan pertanyaan kepadanya. "Actually, I cuma mahu.... Bripp.. Bripp... telefon bimbit ku bergetar dan aku segera memberi isyarat untuk menjawab panggilan. "Kejap tau!" gumam ku pdanya dan dia terus sahaja membalas dengan mengerdipkan matanya. "Hello Waalaikumusalam ayah. Rina sihat!" jawab ku pada pertanyaan ayah. Tiba-tiba sahaja ayah telefon aku, bagaikan ada perkara yang mustahak saja. "Balik? Bila?" soal ku bila ayah meminta aku pulang ke kampung. "Hujung minggu ni? Untuk apa yah?" aku masih tidak tahu tujuan apa ayah memanggil aku pulang. Sedangkan, minggu lepas barau sahaja aku pulang melawat mereka. "Ada orang masuk meminang!" Ulangku hampir terjerit. Victor yang masih berada di hadapan mata, ku pandang tanpa berkelip. Tetapi fokus ku masih pada panggilan yang masih berlangsung. "Okey Yah, nanti Rina balik." Aju ku lemah longlai. "Okey.. Okey, walaikumusalam." Sahut ku membalas ucapan salam ayah sebelum talian ditamatkan. Victor ku pandang dan dirinya ku renung dengan riak sedih. "Why? Anything happend?" soalnya serius. "Ayah I kata, ada orang masuk meminang hujung minggu ni. I kena balik," gumam ku tiba-tiba dipagut rasa sebak. Tak tahu kenapa. "Baliklah, mana tahu you pun sukakan lelaki tu?" Itu jawapan Victor yang membuatkan kesedihan ku bertambah-tambah. Bukan nak halang ke apa, dia galakkan lagi adalah! "I belum bersedia, dan kalau boleh I mahu pilih calon suami sendiri." Tukas ku menerangkan duduk perkara sebenar. "Tapi, you kena balik. Kalau you tak setuju, just tolak pinangan dia. Kalau seseorang masuk meminang, tak semestinya you harus terima! Pinangan lelaki tu, bukan pinangan mandatori yang you wajib terima. You boleh tolak, atau kalau you suka you boleh terima." Victor memberi pandangan. Kali ini dia kelihatan bertegas namun masih ada karismanya. Masih budiman pada pandangan mataku. "Betul juga kata you tu, tapi kalau I tak ada boyfriend pasti ayah I paksa terima pilihannya." Aku sudah bimbang mengenangkan masa hadapan sendiri. Hidup di sisi insan yang tak pernah dikenali. "You perlukan bantuan?" Victor menyoal dan aku bungkam seketika. Tidak lama kemudian, idea gila ku muncul dengan tiba-tiba. Aku harus membawa Victor pulang dan meminta agar dirinya berlakon sebagai kekasih aku. "Victor, you boleh tolong I?" soal ku berhati-hati. "Tolong you?" dia ulang semula dan aku mengangguk laju. "Tolong apa?" "Tolong jadi boyfriend I buat sementara waktu." "Jadi boyfriend you? Berapa lama?" "Dua hari sepanjang di rumah parents I nanti." "Quite good! Bila boleh mula?" Laju sahaja Victor bersetuju. "Hujung minggu ni, tapi you kena ikut I balik ke kampung dan identiti you kena tukar. Boleh tak?" aku menyoal kesudiannya lagi. "Boleh, apa-apa pun I sanggup demi you!" Ujar dia sudah ketawa mengusik. "Thanks Victor, susah jumpa lelaki sebaik you. Sudi tolong I dalam apa jua keadaan!" "Okey, apa nama melayu I sepanjang menjadi kekasih you nanti?" Victor sudah berfikir jauh ke hadapan. Aku diam sejenak, memikirkan nama yang baik-baik untuk Victor. "Ha, I dah jumpa!" ujar ku dengan hati gembira. "Hurm?" Victor meminta agar aku meneruskan bicara. "Hanan!" "Maksudnya?" "Kesayangan, kecintaan, rezeki dan berkah!" ucap ku untuk makna disebalik sepatah nama. "Wahh.. not bad! So lepas ni, you panggil I Hanan, ya?" Victor kelihatan teruja. "Kalau boleh, begitulah." Jawab ku bersama senyuman. Senyum kerana segala-galanya ada pada diri Victor. Dia seorang yang penyayang, penuh dengan rasa cinta dan rezeki, cuma hanya memerlukan berkah untuk menyinari hidupnya kelak. Moga suatu hari nanti, terbuka hati itu untuk menerima cahaya Islam pada dirinya. kepada yg mahu dapatkan Plaster Cinta Untuk Bos.. boleh Pm nama , alamat & no telefon kepada alamat email saya. ahn3914@gmail.com pesanan: Assalammualaikum. n salam sejahtera. terima kasih sudi baca Yang Budiman bab 4. Saya langkau dan masukkan bab 3 di blog. Bab 1 & 2, xde ya :) |
You are subscribed to email updates from Makanan di Johor - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Category: Makanan di Johor
0 comments