makanan tradisional negeri johor - Blog Makanan di Johor - Blogger - Makanan di Johor

Blog Admin | 00:15:00 | 0 comments

makanan tradisional negeri johor - Blog <b>Makanan di Johor</b> - Blogger - Makanan di Johor


makanan tradisional negeri johor - Blog <b>Makanan di Johor</b> - Blogger

Posted: 23 May 2014 08:39 PM PDT

kali ni saya akan berkongsi tentang mknn tradisional yang terdapat di negeri mak sy,
iaitu negeri JOHOR

kebanyakan masyarakat di negeri johor berketerunan jawa, bugis, banjar dll
mak saya sendiri berketurunan bugis
dan di bawah nanti sy akan kongsikan mknn yang di minati oleh org johor

tempe goreng sambal kicap

org johor mane yang tak terliur melihat tempe goreng sambal kicap ni.
tak kira jawa, bugis atau banjar, minat sgt mkn tempe, tempe di perbuat dari kacang soya,
sedap di mkn panas pada waktu petang, bak kate org jawe, 'ngeteh'...
hanya di johor sj yg mkn tempe dgn smbl kicap, di selangor, mereka mkn dgn sos.

di kelate dgn nasi kerabu, klu di johor terkenal dgn asam pedas. asam pedas yang di minati adalah asam pedas ikan pari. tapi masyarakat jawe pula suke masak asam pedas ayam.
walaupun name nye asam pedas, ianya taklah sepedas yang di sangkakan.
jika singgah johor, pergi lah ke parit jawa muar, sbb kat sane mereka menawarkan asam peda yang begitu enak!

mee bandung

walau pun name nye mee bandung, tapi ianya bukan asal dari bandung indonesia.
ia terkenal di daerah muar.
 amat rugi dtg ke johor, tidak merasai keenakan mee bandung. sy sendiri klu pulang ke jhr, sy mencari-cari mee bandung ni, hihi

soto

soto tediri dari nasi impit, kuah sup ayam, daging ayam, bwg goreng, tak di lupai sambal kicap. senang di dapati di mane2 di negeri johor sendiri

nasi ambeng


yang ini makanan tradsional org jawa johor. dalam nasi ambeng ade nasi putih, ayam, mee goreng, sambal goreng, serunding kelapa, sayur goreng campur dan juga ikan kering. 


ade banyak lagi mknn tradisional johor, tapi ini adalah antara yang terkenal.

Blog <b>Makanan di Johor</b>: PELIK! Kesan Tapak Kaki Gergasi Ditemui <b>...</b>

Posted: 02 Jun 2014 12:32 PM PDT


JOHOR BAHRU – Sesuatu yang aneh apabila tiga pasang tapak kaki berlumpur, yang pertama kelihatan seperti tapak kaki harimau, kedua kelihatan seperti tapak kaki gajah dan yang ketiga menyerupai tapak kaki manusia tetapi dengan saiz besar ditemui.


Jejak dan kesan tapak kaki yang menjangkau hampir 1km berhampiran hutan simpan Endau Rompin membuatkan pesara Sia Chwee Khim, 64, dan suaminya Lim Teong Kheng, 66, hairan dan sangat teruja.

Mereka percaya kesan tapak kaki yang ketiga mungkin kesan tapak kaki 'Bigfoot' yang selama ini menjadi cerita mitos.

Pasangan itu, bersama dengan anak perempuan mereka Joanna, 30, dan sekumpulan rakan-rakan dari Singapura mengambil keputusan untuk menjejaki trek kesan tapak kaki yang ditemui sepanjang lebih dari 1km pada 10 Mei.

"Ia sangat mengejutkan. Makhluk itu telah berjalan di dalam tanah merah lembap dan kemudian ke jalan tar, meninggalkan jejak yang jelas untuk kita lihat," kata Sia, sambil menambah kumpulan itu telah mengambil gambar banyak dan mengukur tapak kaki yang besar yang mempunyai ukuran kira-kira 48cm panjang dan 11cm lebar.

"Kami cuba untuk meniru langkah dan jangkauannya tetapi kaki kami tidak mampu disesuaikan dengan jarak langkah itu.

"Kami juga menolak kemungkinan kesan itu ditinggalkan oleh gajah kerana ia agak bujur, seperti kaki manusia, dan mempunyai empat jari kaki runcing yang menonjol," katanya.

Kumpulan itu sedang menuju ke Endau Rompin apabila mereka menemui kesan aneh itu.

Sia menjelaskan bahawa apa yang membingungkan kumpulan itu apabila kesan tapak kaki yang dikatakan daripada 'Bigfoot' itu turut disertai kesan tapak kaki gajah dan harimau.

Pengarah Perhilitan Negeri Hasnan Yusop berkata sepasukan pegawai menjalankan pemeriksaan kesan tapak kaki dan membuat kesimpulan bahawa ia mungkin kesan tapak kaki gajah.

"Boleh jadi gajah yang lembab berjalan dengan mengheret kaki meninggalkan kesan dan jangkauan yang panjang," katanya.

Mengenai bekas tapak kaki gajah dan harimau, Hasnan berkata tidak semestinya haiwan itu bergerak bersama-sama tetapi boleh jadi menggunakan laluan yang sama pada masa yang berlainan.

Kali terakhir Bigfoot menjadi tajuk berita ialah pada yang tahun 2005 apabila sekumpulan pekerja mendakwa telah melihat makhluk berbulu yang besar di Kampung Mawai, Kota Tinggi.

Para pekerja cuba untuk mengejar makhluk itu tetapi gagal.

Mereka juga dilaporkan menemui tapak kaki yang besar berukuran antara 40cm dan 50cm di dalam lumpur.

Pengerusi Persatuan Pencinta Alam Sekitar Johor Vincent Chow berkata beliau menerima berita mengenai tapak kaki Bigfoot pada hari yang sama sambil menambah adalah agak mustahil perkara ini adalah gurauan kerana tapak kaki ini mempunyai jarak lebih daripada 1km.

"Boleh jadi ia kaki primat berkaki dua tegak yang belum pernah ditemui sesiapa," kata beliau sambil menambah terdapat banyak penemuan tapak kaki haiwan seperti ini terutama oleh penduduk tempatan, tetapi pihak berkuasa sering tidak mengambilnya sebagai perkara serius. – mStar Online

Category: , ,

About GalleryBloggerTemplates.com:
GalleryBloggerTemplates.com is Free Blogger Templates Gallery. We provide Blogger templates for free. You can find about tutorials, blogger hacks, SEO optimization, tips and tricks here!

0 comments