Bila Orang Jakun Datang Johor | ! 1 Blog 1 Informasi ! - Makanan pelik di Johor

Blog Admin | 02:06:00 | 0 comments



Terjumpa satu artikel di Facebook yang di tulis oleh Fatin Farhanah mengenai satu tweet di Twitter beliau. Ia mengenai status seorang hamba Allah bernama Zaid Mohamad pelik melihat orang Johor makan goreng pisang dengan sambal kicap. Adakah ia benda pelik di Malaysia?



Pada pendapat Bro, ia bukan benda asing dalam Malaysia mengenai makan goreng pisang dengan sambal kicap. Mungkin, hamba Allah itu pertama kali datang ke Johor ataupun ada kawan beliau berasal dari Johor makan dihadapan beliau ketika itu. Makanan di Malaysia memang pelbagai dan bro rasa tiada rasa pelik sekalipun. Ia bergantung cara persembahan makanan mengikut negeri masing-masing.



Contohnya makan Chakoi. Semasa bro tinggal di Johor, kami makan chakoi dengan sos cili tetapi bila tinggal di Selangor, ia dihidangkan dengan sos kaya. Pada mulanya bro memang berasa hairan pada mulanya tetapi lama-kelamaan ia macam perkara biasa sahaja. Setiap negeri pasti lain caranya. Jadi, janganlah jakun sangat makan bab makanan ini. Buat gelak orang sahaja. Bro ada sedikit info mengenai sambal kicap.

Category: ,

About GalleryBloggerTemplates.com:
GalleryBloggerTemplates.com is Free Blogger Templates Gallery. We provide Blogger templates for free. You can find about tutorials, blogger hacks, SEO optimization, tips and tricks here!

0 comments