makanan tradisional negeri johor darul tak'zim - raja dan ratu ... - Makanan di Johor
<b>makanan tradisional</b> negeri <b>johor</b> darul tak'zim - raja dan ratu <b>...</b> - Makanan di Johor |
<b>makanan tradisional</b> negeri <b>johor</b> darul tak'zim - raja dan ratu <b>...</b> Posted: 24 Nov 2014 09:00 PM PST Pernah pergi ke sebuah negeri yang terletak di semenanjung Malaysia? Negeri apakah itu? Negeri Johorlah...hihihi. Seperti negeri-negeri lain yang ada di Malaysia, masing-masing ada adat, makanan tradisional, budaya dan macam-macam lagi termasuk jugak negeri Johor yang kaya dengan pelbagai jenis makanan tradisional yang jarang ada di negeri-negeri yang lain. Sebagai seorang anak jati Johor, emm disini saya ingin berkongsi dengan pembaca tentang pelbagai jenis makanan tradisional negeri tumpahnya darahku ini. Peringatan bagi yang berpuasa ataupun yang dalam keadaan berpantang jangan terliur ya bila baca blog ni. hihii. 1. LAKSA JOHOR Mee yang digunakan biasanya adalah mee spaghetti. Kuahnya diperbuat dari ikan tenggiri ataupun ikan kembung. Laksa Johor ni kaya dengan ulam-ulaman, antaranya ialah, daun kesum, timun, kacang panajang, taugeh, daun bawang, dan jeruk lobak. Belahkan limau kasturi. Akhir sekali, pembuka selera yang patut ada ialah sambal belacan. 2. MEE BANDUNG FUHH.... Nampak mengiurkan bukan... Ha nilah Mee Bandung Muar, Biasanya orang tak panggil mee bandung johor, tapi orang akan panggil Mee Bandung Muar. Mee Bandung Muar ni macam laut, KENAPA? Ha sebab dalam mee bandunng ni ada udang, kerang, sotong. Tak lupa juga daging dan juga telur. Telur boleh dalam keadaan rebus ataupun goreng bergantung kepada selera si pemakan. Tak dilupakan juga adanya tahu, daun bawang dan sedikit cili hidup bagi menaikkan selera. Walaupun harganya agak mahal, tetapi berbaloi kerana banyak isi kandungannya. 3. SOTO Terdapat dua jenis soto di Johor, -soto nasi -soto mee Soto ini lengkap dengan hirisan ayam yang ranggup, ada daun bawang dan daun sup, kacang tanah, Soon digoreng, bawang goreng, kuah sup dan sambal itam yang lazat lagi sedap.Tak lupa bergerdil penambah selera dan pelengkap hidangan. 4. NASI AMBANG Nasi Ambeng ini biasanya dimakan dalam dulang. Dalam satu dulang itu akan ada 4 hidangan. Nasi Ambang ini lauknya ialah serunding kelapa, mee kuning goreng, sambal goreng, ikan kering dan akhir sekali ayam masak kicap. Pada kebiasaannya, dulang tersebut akan dialas dengan daun pisang bagi nampak lebih menarik. 5. TELUR PINDANG Telur pindang adalah telur yang direbus di dalam air herba selama beberapa hari dengan pelbagai jenis rempah dan daun seperti daun pokok manggis, daun senduduk, daun jambu batu, halia, galanga, kulit kayu manis, bunga lawang, kulit bawang dan serai untuk memberikan rasa dan warna yang unik. Masakan tradisional yang terkenal di Negeri Johor ini boleh bertahan sehingga dua minggu atau lebih yang biasanya disediakan ketika majlis-majlis perkahwinan di Negeri Johor. 6. KACANG POOL Kacang Pool boleh dikategorikan sebagai makanan yang agak ringan dan sesuai dimakan pada bila-bila masa. Walaupun begitu, hidangan ini biasanya dimakan pada waktu petang bersama sebiji telur mata lembu dan roti bakar yang dicicah ke dalam kacang pool.
7. MEE REBUS Mee Rebus Johor ni kuahnya pekat Dihidang bersama telur rebus, daun bawang, bawang goreng, tauhu dan lada hijau Kadang-kadang kalau sedap lagi ada seafood dalam mee rebus. 8. BOTOK-BOTOK Botok-botok ni sebenarnya hidangan ikan dan ulam-ulaman yang dibalut dalam daun pisang Daun yang biasa digunakan ialah seperti pucuk ubi, pucuk betik, pucuk mengkudu, daun kesum, daun cekur dan daun kunyit. Sajian ini dianggap berkhasiat kerana tinggi kandungan serat dan kerana ia dikukus. 9. LONTONG Kalau di Johor terdapat dua jenis lontong Lontong kuah dan Lontong kering Tapi kebanyakannya lebih sukakan lontong kuah Lauknya sama cuma bezanya kuah lodeh itu sahaja Tapi variasi lauk untuk lontong kering ni lebih banyak Boleh letak rendang, sambal jawa, sambal kentang dan bergedil Biasanya dimakan untuk sarapan...nyum nyum 10. BRIYANI GAM JOHOR Briyani Gam Johor memang terkenal dalam Malaysia Harganya agak mahal sedikit kerana bahan-bahannya yang banyak Apa bezanya briyani biasa dengan briyani gam ni? Pembuatannya cerewet, wajib beras basmati yang panjang-panjang tu kalau nak panggil briyani johor Dan briyani gam ni, ayam atau daging itu dimasak bersama nasi Kalau di Malaysia yang paling famous adalah di Batu Pahat iaitu Briyani Mohd Shah. Bukan ayam sahaja menjadi pilihan. Malahan daging kambing dan daging lembu juga menjadi rebutan peminat nasi Briyani ini. 11. OTAK-OTAK Haaaa ni lagi satu makanan anak Johor sejati Makanan yang simple dan dihidangkan di serata Johor Otak-otak... dan yang paling terkenal ialah otak-otak Kempas Otak-otak ni isi ikan yang berempah Tempat lain pun ada juga kalau tak silap Cuma kalau di Johor ni PEDAS rasanya Dan berbeza dengan negeri lain Otak-otak boleh dijumpai hampir di semua kedai makan malam di sini. 12. AIR KATIRA Air Kathira/Katira memang popular sangat di Johor Air Kathira ni ada 'isi-isi'nya seperti biji selasih, katira, kembang semangkuk dan sebagainya. Mengikut kata-kata orang Johor Lama, air Katira yang asli mempunyai sekurang-kurangnya 7 ramuan. Pada kebiasaannya air katira ini akan dijual pada bulan puasa sahaja. Alhamdullilah, Nurul rasa setakat ini sahaja yang dapat dikongsi bersama. Kalau diberi masa dan waktu akan ada perkongsian lagi. Harap terhibur. Jemputlah datang ke Johor. |
You are subscribed to email updates from makanan tradisional di johor - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Category:
0 comments