LADS LEGACY: 5 MAKANAN YANG WAJIB DI CUBA DI JOHOR - Makanan di Johor
LADS LEGACY: 5 <b>MAKANAN</b> YANG WAJIB <b>DI</b> CUBA <b>DI JOHOR</b> - Makanan di Johor |
LADS LEGACY: 5 <b>MAKANAN</b> YANG WAJIB <b>DI</b> CUBA <b>DI JOHOR</b> Posted: 18 Nov 2015 11:42 AM PST Kalau datang Johor, pelancong sama ada dalam negara mahupun di luar negara tidak akan melepaskan peluang untuk merasai sendiri keenakan makanan di Johor. Jadi entri kali ini akan membawa anda ke dunia makanan di Johor. 1. LAKSA JOHORLaksa Johor berbeza dengan laksa-laksa di negeri lain kerana menggunakan spagetti dalam laksa. Ia agak berbeza dengan laksa Penang mahupun laksa yang menjadi kebiasaan. 2. KACANG POOL Kacang Pool selalunya dimakan ketika sarapan pagi. ia merupakan hidangan yang popular di Johor kerana ia adalah salah satu makanan yang unik di Johor dan tidak selalu dilihat di negeri-negeri lain. Kacang Pool digemari oleh orang ramai kerana keenakan hidangan itu sendiri dengan kuah kacang yang pekat diletakkan telur separuh masak serta dihiasi dengan sedikit bawang dan cili padi. Ia sesuai di makan dengan roti. 3. CHICKEN CHOP Chicken Chop tidak asing lagi di Malaysia kerana terdapat banyak restoren dan kedai yang menyediakan chicken chop sebagai menu utama. Namun, apa yang menarik di Johor, Chicken Chop yang dijual adalah dengan harga yang berpatutan. Anda boleh datang ke Johor sendiri dan menikmati Chicken Chop dengan harga yang sangat murah iaitu RM5. Bukan sahaja murah, saiz hidangan untuk satu hidangan adalah besar. Ia amat berbaloi jika anda dapat merasai keenakan chicken chop dengan harga yang sangat murah. 4. AYAM PENYET Kalau melawat ke Johor tetapi tidak merasai sendiri hidangan Nasi Ayam Penyet, maka tidak lengkaplah kunjungan anda ke Johor. Anda perlu merasai sendiri keenakan Nasi Ayam Penyet yang dijual di restoren sekitar Johor dengan harga yang berpatutan. Ayam dalam saiz yang besar nasi yang ditanak lembut beserta dicicah bersama sambal belacan mampu membuatkan pengunjung dapat merasai sendiri keenakan hidangan ini. 5. PECEL LELE Pecel Lele juga merupaka suatu hidangan yang terkenal di Johor. Ikan keli dituangkan bersama sambal yang sangat enak mampu menarik pengunjung untuk sekali lagi datang ke Johor menikmati hidangan yang istimewa ini. Sememangnya Johor adalah salah sebuah negeri di Malaysia yang mempunyai pelbagai jenis makanan yang enak yang mampu membuatkan pengunjung untuk mengunjungi Johor Sumber Gambar: Internet |
You are subscribed to email updates from Makanan di Johor - Google Blog Search. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Category:
0 comments