Program Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Johor gagal ... - Makanan di Johor

Blog Admin | 01:26:00 | 0 comments

Program Taman Kekal Pengeluaran <b>Makanan</b> (TKPM) <b>Johor</b> gagal <b>...</b> - Makanan di Johor


Program Taman Kekal Pengeluaran <b>Makanan</b> (TKPM) <b>Johor</b> gagal <b>...</b>

Posted: 14 Oct 2013 12:22 AM PDT

teonieching

KUALA LUMPUR, 14 OKTOBER: Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Teo Nie Ching hari ini menggesa Jabatan Pertanian supaya lebih selektif dalam memilih peserta program Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) untuk memastikan peruntukkan dan kemudahan disediakan dapat digunakan sepenuhnya bagi mencapai objektifnya.

Beliau berkata demikian merujuk kepada Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2012 yang mendapati prestasi program itu di Johor adalah kurang memuaskan berikutan peserta yang dipilih tidak komited dan produktif.

"Saya menggesa Jabatan Pertanian agar lebih selektif dalam memilih peserta TKPM, jika tidak program itu tidak akan mencapai objektif atau sasaran seperti yang diperuntukkan," katanya dalam kenyataan.

Berdasarkan LKAN 2012, enam kelemahan utama telah ditemui dalam program TKPM Johor iaitu merangkumi pendapatan bersih, tanah tanaman melebihi keluasan minimum, 21.6 peratus tanaman tidak diusahakan, melanggar peraturan penggunaan racun makhluk perosak, kelambatan Jabatan Pertanian menyingkirkan peserta yang kurang berminat dan prestasi kutipan kos penyelenggaraan tidak mencapai sasaran.

"Jabatan Pertaniaan Johor menyasarkan pendapatan bersih sekurang-kurang RM3,000 sebulan bagi setiap peserta tetapi setakat 2012 analisi Audit mendapati hanya 34.5 peratus peserta memperoleh purata pendapatan bersih antara RM3,288 hingga RM22.266 sebulan, manakala baki sebanyak 65.5 peratus tidak mencapai pendapatan sasaran kerana hanya memperoleh RM299 hingga RM2,922 sahaja.

"Setiap peserta TKPM juga sepatutnya mengusahakan tanaman sayuran dengan keluasan minimum iaitu 2 hektar dan 5 hektar untuk buah-buahan. Namun didapati terdapat antara mereka yang mendapat tanah melebihi keluasan minimum contohnya TKPM Ulu Tiram berkeluasan 43.7 hektar dengan hanya tiga peserta.

"Ada diantara peserta mendapat tanah kurang dari jumlah minimun seperti 15 peserta di TKPM Lepau, mereka hanya memperoleh keluasan tanah sebesar 15.5 hektar dan tiga lagi peserta di TKPM Fertigasi Pagoh, 1.5 hektar tanah tanaman," katanya.

LKAN 2012 turut menyebut walaupun peruntukan berjumlah RM4.38 juta telah diluluskan Kerajaan dari 2010 hingga 2012 untuk membiayai kemudahan dan infrastruktur asas, terdapat 21.6 peratus lot tanaman tidak diusaha dan disenggara.

Semakan Audit mendapati sebanyak 35 peratus sampel tanaman sayur-sayuran dan buah-buahan telah melanggar peraturan penggunaan racun makhluk perosak berdasarkan ketiadaan peserta yang memperoleh pensijilan Skim Amalan Ladang Baik Malaysia (SALM) kerana gagal mencapai piawaian Jabatan Pertanian.

Jabatan Pertanian juga mengambil masa terlalu lama untuk menyingkirkan peserta yang didapati tidak menunjukkan minat iaitu selama 32 bulan hingga mengakibatkan lot tanaman terbiar selama 4 hingga melebihi 24 bulan.

"Prestasi kutitpan kos penyelenggaraan dan sewa juga rendah iaitu antara 4.3 peratus hingga 37.7 peratus, walhal kos yang ditetapkan adalah RM120 sehektar setahun dan sewa tahunan sebanyak RM500 mulai tahun ketiga.

"Semakan Audit menunjukkan dengan jelas bahawa sejumlah RM40,845 atau 19.6 peratus bayaran kos penyelenggaraan dan sewa tahunan dikutip manakala sebanyak RM167,501 atau 80.4 peratus masih tertunggak hingga kini," ujarnya.

Demikian itu, Nie Ching yang juga Ahli Parlimen DAP Kulai turut mendesak TKPM mengemukakan penjelasan mengapa terdapat peserta yang mendapat tanah tanaman melebihi 14 hektar.

"TKPM harus menjelaskan mengapa ada diantara mereka yang mendapat tanah tanaman yang lebih tetapi pada masa sama ada peserta hanya mendapat 0.5 hektar sahaja.

"Apakah Jabatan Pertanian telah menjalankan program ini dengan adil ataupun hanya segelintir kroni yang memperoleh manfaat? Jurang pendapatan bersih antara peserta TKPM adalah sangat besar, ada yang hanya memperoleh RM229 sehaja sebulan.

"Untuk mereka yang memperoleh pendapatan bersih melebihi RM20,000 sebulan, apakah mereka ini masih berlayak menyertai program TKPM dan terus menikmati sewaan lot tanah dan kos penyelenggaraan yang begitu rendah?," soalnya. -Roketkini.com

ARTIKEL BERKAITAN

Category:

About GalleryBloggerTemplates.com:
GalleryBloggerTemplates.com is Free Blogger Templates Gallery. We provide Blogger templates for free. You can find about tutorials, blogger hacks, SEO optimization, tips and tricks here!

0 comments