SYIDASHINIDINESH - Blog Makanan di Johor - Blogger - Makanan di Johor
SYIDASHINIDINESH - Blog <b>Makanan di Johor</b> - Blogger - Makanan di Johor |
- SYIDASHINIDINESH - Blog <b>Makanan di Johor</b> - Blogger
- BLOG <b>JOHOR</b>: 01 <b>di</b> parit raja - Google Blog Search - Blog <b>Makanan</b> <b>...</b>
- Blog <b>Makanan di Johor</b>: Effort Lab | Apple Store Di Negeri Sembilan <b>...</b>
SYIDASHINIDINESH - Blog <b>Makanan di Johor</b> - Blogger Posted: 15 Jan 2014 09:07 AM PST Selamat Sejahtera buat sesiapa saja yang membaca blog ni... hari ni dengan bebesar hati saya nak cerita sikit pasal makanan... Siapa tak suka pasal makanan, semua orang suka , ada yang suka makanan ala-ala arab, kampung, korea dll... Sebagai orang Johor, jom saya perkenalkan beberapa jenis makanan tradisional Johor... Selalunya , kalau sebut Johor mestinye orang ingat Laksa Johor yg memang sinonim dengan orang Johor...kan... Yang membezakan laksa Johor dengan laksa-laksa lain ialah laksa nya la.... Kebanyakan laksa menggunakan mee laksa tapi kalau laksa Johor kita gunakan spaghetti.. unik kan...bukan setakat itu je....untuk menghasilkan kuah laksa yang enak... ikan kembung, kurau serta udang basah digunakan...Selain itu, santan serta rempah kari juga digunakan untuk mencantikkan lgi kuah laksa tu... Kalau nak makan laksa tak lengkap kalau tak ada ulam-ulam macam taugeh, timun,jeruk LONTONG KERING Kalau di Johor terdapat dua jenis lontong iaitu lontong kering dan lontong kuah.... Apa bezanya????? tak adalah beza sangat cuma lontong kering ni tak ada kuah pastu nasi impit yang di makan dengan lauk seperti rendang ayam / daging, serunding , sambal jawa ,sayur goreng, dan sambal udang.. tapi sekarang susah nak jumpa lontong kering sebab nak buat lauknya je dah ambil masa yang lama.. dah macam nak masak untuk lauk Hari Raya pula... LONTONG KUAH Lontong kuah pula biasa dijumpai di warung-warung atau kedai makan yang menjual sarapan pagi.. kalau diikutkan tak elok sebenarnya makan lontong ni pagi2 sebab kuahnya yang lemak dan bersantan boleh buat kita mengantuk pagi2 ni.. bestnya makan lontong kuah ni dalam kuahnya ada pelbagai jenis sayur seperti kacang panjang, suhun , lobak merah dan banyak lagi. ...elok untuk orang yang suka makan sayur. mesti cuba ni tau....;) MEE BANDUNG Mee bandung atau lebih terkenal dengan panggilan mee bandung Muar.... kebanyakan kedai mee bandung terdapat di Muar tau.. nak tahu kenapa di namakan mee bandung sebab campuran atau gabungan pelbagai jenis bahan seperti kuah daging, telur, udang , ayam dan sebagainya,... bagi pengemar makanan pedas eloklah cuba mee bandung sebab kuahnya sangat pedas...Al-maklum la orang Johor pun suka pedas-pedas juga... terdapat beberapa kedai yang menghidangkan mee bandung yang betul-betul asli seperti kedai makan MEE BANDUNG di Tanjung Agas dan SELERA MUAR betul-betul di tengah2 Bandar Muar.. \\ (^_^) // NASI AMBENG nasi ambeng juga merupakan makanan yang amat sinonim dengan orang Johor... tapi tak pastilah kalau kat bandar masih boleh jumpa nasi ambeng ni...kalau kat kampung nasi ambeng merupakan menu utama untuk majlis seprti kenduri atau tahlil.. nasi ambeng merupakan hidangan untuk makan beramai-ramai...kerana kuantiti nasi dan lauknya yang banyak...kalau makan seorang tak habis jawabnya,... Hidangan nasi ambeng terdiri daripada nasi putih, ayam masak merah / kicap pedas, mee goreng, serunding, sayur goreng, sambal jawa, ikan masin dll. puas hati kalau makan nasi ambeng ni...:) HALWA MASKAT
Halwa maskat merupakan sejenis manisan yang dihidangkan pada hari perayaan...halwa maskat merupakan sejenis kuih atau manisan seperti jeli yang di hasilkan daripada minyak sapi, tepung dan gula... Cara membuatnya juga seperti membuat dodol kerana perlu mengambil masa yang lama untuk menghasilkannya...halwa maskat perlu diperam 3hari 3 malam sebelum di kacau pada api yang perlahan selama 5 jam tanpa henti. Untuk menghasilkan halwa maskat yang bermutu sukatan bahan yang betul sehinggalah proses mengacau adunan secara berterusan amat di titikberatkan.. Sekiranya adunan membuat halwa maskat tak di kacau dengan betul , campuran tersebut mungkin berkerak dan hangit....tak sedap pula jadinya...:( AIR KATIRA Di mana ada makanan di situ ada minuman. ;p Dari tadi kita asyik bercerita makanan Johor saja...ni saya nak kenal kan salah satu minuman yang terkenal di Johor....AIR KATIRA.. Cuba teka macam mana air katira boleh jadi warna hijau??? sebenarnya air katira yang asli adalah berwarna putih...tapi bagi menarik minat orang untuk membeli, minuman ini telah di ubahsuai menjadi warna hijau dengan menggunakan daun pandan yang telah di kisar dan di tapis untuk mendapatkan jus nya. Daun pandan selalunya digunakan dalam masakan kerana daun ini mengeluarkan bau yang harum semasa di masak...tapi di Johor daun pandan di jadikan perisa atau sirap untuk minuman kerana.. Warnanya yang cantik, dapat menarik minat ramai pengunjung luar untuk mencuba... Ramai remaja sekarang yang tak tahu macam mana rupa daun pandan... mari saya tunjukkan contoh daun pandan..:) DAUN PANDAN CONTOH BAHAN_BAHAN AIR KATIRA Gambar kat atas ni adalah antara bahan-bahan untuk menghasilkan air katira selain daun pandan.. Banyak lagi makanan dan minuman Johor seperti otak-otak, mee rebus,arisa, telur pindang, asam pedas daun kesum, pendaram, air beh dan sebagainya.. Arisa, air beh, halwa maskat serta pendaram antara hidangan tradisional Johor yang susah di jumpai sekarang...saya sendiri belum pernah mencubanya..kesian kan.. :p Harap anda berpuas hati dengan maklumat saya yang serba sedikit ni... "Selamat mencuba" & "terima kasih" \\ (^o^)// |
BLOG <b>JOHOR</b>: 01 <b>di</b> parit raja - Google Blog Search - Blog <b>Makanan</b> <b>...</b> Posted: 15 Jan 2014 11:39 AM PST Mulakan entri dengan ucapan syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya, kami selesai menjalani praktikum fasa 2 baru-baru ini. Praktikum 2, satu pengalaman baru yang menarik dan takkan saya lupakan sampai bila-bila. Kawasan Batu Pahat ini sememangnya banyak paritnya. Masih lagi bergelar parit, dari Sekolah Kebangsaan Parit Bilal pada semester lalu, praktikum kali ini kami jalani di Sekolah Kebangsaan Parit Raja (SKPRj), Parit Raja, Batu Pahat, Johor pula. Bercerita tentang pemilihan sekolah kali ini, sememangnya mengajar kami betapa berkesannya istikharah dalam membuat sesuatu keputusan. Semasa kami pilih sekolah ini pada awalnya, jujurnya saya sendiri terasa pelik kenapa sekolah ini tak dipilih oleh rakan-rakan praktikum yang lain sedangkan sekolah-sekolah yang lebih jauh dah terpilih. Saya cuba bertanya dengan orang lain, dan mendapat beberapa feedback yang kurang menggalakkan. Beberapa kali kami berbincang, mencadangkan sekolah-sekolah lain tapi ada saja yang tak kena. Lalu kami buat keputusan untuk melakukan istikharah, minta bantuan Allah untuk tentukan sekolah terbaik bagi kami. Betapa perancangan Allah itu jauh lebih baik daripada perancangan manusia, akhirnya di sinilah kami bertugas selama dua bulan praktikum ini. Sekolah ini terletak kira-kira 16.5 kilometer dari institut kami di Batu Pahat. Perjalanan pergi perlu tambah kira-kira satu kilometer lagi sebab kami perlu buat pusingan U yang agak jauh. Sepanjang perjalanan ke sekolah, kami perlu lalui satu pusingan U, empat persimpangan lampu isyarat dan bertambah menjadi lima selepas cuti Hari Raya Aidilfitri. Jalannya empat lorong (dua lorong setiap hala) macam lebuhraya membolehkan kami memecut sampai 100 kilometer sejam bila terlewat, kecuali di sekitar Sri Gading dan Parit Raja yang agak sibuk pada waktu pagi. Perjalanan mengambil masa antara 15 hingga 25 minit sehala, jadi kami perlu bergerak "awal" dari institut. Baru tahu bagaimana perasaan ayah saya berulang-alik sejauh 13 kilometer dari rumah semasa berkhidmat di Sekolah Kebangsaan Puteri Ledang, Sagil, suatu ketika dahulu. Sekolah Kebangsaan Parit Raja. Sekolah ini dibuka pada tahun 2005 untuk mengurangkan kesesakan di sekolah-sekolah rendah lain yang berhampiran seperti SK Pintas Puding, SK Pintas Raya serta SK Seri Sabak Uni. Buat pertama kalinya saya melangkah kaki ke sekolah ini membuat saya terpegun. Besar sungguh sekolahnya. Rekabentuk sekolah ini ialah jenis rekabentuk sekolah baru, di mana terdapat satu dataran luas di tengah-tengah dan dikelilingi oleh blok-blok bangunan sekolah disusun berbentuk segi empat. Tengok gambar lah kalau nak senang faham. Kali pertama kami tiba di sini, macam rusa masuk kampung kami dibuatnya. Jengah dua tiga kali baru jumpa pejabatnya. Apatah lagi nak cari kelas-kelas dan bilik-bilik lain. Sampaikan kawan saya berkata, "boleh sesat macam ni". Haha. Sekolah ini agak besar. Jumlah muridnya 749 orang kalau tak silap (kali terakhir saya tengok di pejabat). Terdapat 3 kelas bagi setiap darjah iaitu kelas Intan, Zamrud dan Delima mengikut susunan, kecuali darjah 6 yang ada 4 kelas. Setiap kelas ada lebih kurang 25 - 35 orang murid, atau mungkin lebih. Waktu persekolahan di sekolah ini bermula pada jam 7.15 pagi dan tamat pada jam 1.15 petang kecuali Jumaat sehingga jam 12.05 tengah hari. Waktu rehatnya adalah pada jam 10.15 sehingga jam 10.45 pagi, hari Jumaat sehingga jam 10.35 pagi. Kemudahan di sekolah ini agak lengkap. Ada bengkel Kemahiran Hidup, Makmal Sains, bilik J-Qaf, dan lain-lain. Stor sukan juga ada banyak peralatan yang diperlukan untuk proses pengajaran dan pembelajaran termasuklah alat permainan dalaman (indoor) seperti catur, dam, karom, congkak dan sebagainya. Pergerakan di sekitar sekolah ini agak mudah kerana semua bloknya bersambung pada setiap tingkat. Jadi tak perlulah kita turun blok dan naik semula jika nak ke tingkat lain di blok bersebelahan. Memang memudahkan pergerakan guru dan murid. Sepertimana sekolah praktikum saya sebelum ni, sekolah kali ini juga ada dua bilik guru, digelar bilik guru atas dan bawah. Bilik guru atas baru dibuka dalam 2-3 tahun kerana bilangan guru-guru yang semakin ramai. Kami ditempatkan di bilik guru atas sebab ada banyak meja yang kosong di situ. Secara rasminya, kami menjalani praktikum kedua ini bermula 15 Julai sehingga 20 September. Di sini, saya masih lagi bersama sahabat dari SK Parit Bilal dahulu iaitu Hazirah dan Nadiah, selain rakan sebilik saya Irwan. Cuma kami berempat di sini. Tapi bilangan sedikit tak bermaksud tak seronok. Praktikum ini tetap menggembirakan macam dahulu. Praktikum kali ini menyaksikan pelajar opsyen saya akan mengajar subjek Kemahiran Hidup dan Pendidikan Jasmani. Untuk Kemahiran Hidup, saya telah mengambil alih dua kelas tahun lima iaitu 5 Delima dan 5 Intan selain satu kelas tahun empat iaitu 4 Intan. Selain itu, saya juga mengajarkan Pendidikan Jasmani untuk kelas 5 Delima ini serta Pendidikan Kesihatan untuk tahun 3 Intan. Cikgu pembimbing kami untuk Kemahiran Hidup ialah cikgu Salimah manakala cikgu Hadi sebagai cikgu pembimbing Pendidikan Jasmani. Mereka memang baik hati dan selalu cuba membantu memudahkan urusan saya. Menjalani praktikum semasa menjalani ibadah puasa Ramadhan sememangnya mencabar. Alhamdulillah juga seperti dinyatakan tadi, blok-blok di sekolah ni bersambung-sambung, boleh kami jimatkan tenaga untuk ke kelas-kelas walaupun blok berlainan. Tapi susah juga nak handle murid-murid untuk jalani aktiviti PJ masa bulan puasa ni. Sepanjang berpraktikum di sini, banyak pengalaman yang kami dapat. Banyak peristiwa penting yang kami lalui bersama cikgu-cikgu di sini, terutamanya selepas cuti raya. Antaranya Majlis Khatam Al-Quran pada minggu terakhir sebelum cuti Hari Raya, Majlis Sambutan Hari Raya, Sambutan Bulan Kemerdekaan dan lain-lain. Yang menariknya, setiap orang daripada kami berempat ini merasa jadi pengacara majlis sepanjang dua bulan praktikum ni. Cikgu-cikgu di sini baik-baik belaka. Setiap kali jumpa mesti senyum, bertegur sapa. Rasa macam dah lama kenal walaupun kami di sini cuma dua bulan. Biasa lah, adat bertandang, kitalah yang kena ramah. Jangan tunggu tuan rumah yang tegur kita dulu. Kalau amalkan, insyaAllah, sekolah mana pun yang kita pergi pasti tak ada masalah. Terharu bila cikgu pembimbing kami, cikgu Salimah belikan banyak coklat dari Langkawi. Terima kasih cikgu. Terima kasih jugak cikgu Munawar sebab belikan coklat dan minyak gamat dari Langkawi jugak. :) Bermula selepas cuti raya, bilik guru hampir setiap hari tak pernah tak ada makanan. Cikgu-cikgu di sini memang rajin bawa bekal ke sekolah untuk dikongsi dengan rakan-rakan guru yang lain. Hampir setiap hari kami masuk ke bilik guru pasti ada makanan atas meja di sudut bilik guru. Siapa-siapa yang datang boleh terus je makan. Kalau yang rajin sikit biasanya mereka akan bancuhkan air untuk minum ramai-ramai. Murid-murid di sini agak berbeza dengan murid di sekolah sebelum ini. Mungkin faktor cara hidup dan latar belakang keluarga masing-masing yang mempengaruhi. Cuma satu yang saya perasan, kanak-kanak zaman sekarang dah tak banyak kenangan manis seperti zaman kami kecil-kecil dulu. Suatu ketika semasa pertandingan mewarna kad ucapan Hari Raya, saya lipatkan bekas kertas (yang lipat kapal layar tu) supaya mereka boleh asah pensil dalam bekas tu. Lalu berkerumun murid-murid berkumpul dengan penuh teruja. Tapi bila bercakap tentang youtube, tentang game facebook, semua laju (bab yang ni saya kalah. haha). Saya tanya juga biasanya petang buat apa. Dah tak ramai murid yang ibu bapa mereka benarkan keluar rumah, mungkin atas faktor keselamatan. Akhirnya terperap mereka di rumah dengan gadjet yang bertimbun-timbun. Bab gadjet ni saya tahu mereka lebih advance, sehinggakan seorang murid tahun 3 terpandang handset saya lalu berkata,: "cikgu, saya pun ada handset tau..".. "cikgu tau handset awak lagi canggih".. "aah cikgu.. handset kita boleh buat macam-macam bla bla bla..".. huh! Minggu terakhir di sini agak tertekan. Dengan dua kali observe, ditambah dengan 'serangan' unit praktikum, kelam kabut dibuatnya. Cukup untuk membuat tekanan darah naik sampai perlu dipantau oleh doktor pulak. Jujurnya saya rasa lebih gembira di sekolah. Boleh dikatakan setiap hari di sini tak pernah sunyi, ada sahaja benda yang nak dibualkan dengan guru-guru. Setiap hari bersembang, bergurau, ketawa ramai-ramai, terasa macam kami dah kenal sejak sekian lama. Tak terasa langsung jarak perbezaan antara kami dengan guru-guru tetap walaupun kami cuma pelajar praktikum di situ. Ini juga merupakan kali terakhir buat saya dan rakan-rakan pelatih ni berpraktikum bersama sebelum kami membawa haluan masing-masing untuk praktikum terakhir pada semester hadapan. Banyak kenangan bersama mereka. Sama-sama bila gembira, sama-sama saat kelam kabut, sentiasa beri semangat waktu pensyarah datang memantau. Hazirah yang banyak beri nasihat, Nadiah yang selalu beri pinjam laptop untuk PNP saya, Irwan yang selalu kongsi idea dan peralatan untuk mengajar Kemahiran Hidup. Terima kasih semua. Di kesempatan ini ingin rasanya memohon maaf atas sebarang kesalahan, keterlanjuran dan kesilapan diri ini. Satu hari nanti pasti saya akan rindu semua ini. Terima kasih semua. SK Parit Raja dalam kenangan. ***************************************** |
Blog <b>Makanan di Johor</b>: Effort Lab | Apple Store Di Negeri Sembilan <b>...</b> Posted: 16 Jan 2014 11:47 AM PST SWM Environment Sdn. Bhd. menggunakan jentera berteknologi terkini, beach comber dan beach buggy, bagi memastikan kawasan pantai di Port Dickson sentiasa dalam keadaan bersih dan selamat untuk para pengunjung. SAMPAH-SARAP yang telah dikutip dibuang ke dalam sebuah lori terbuka untuk proses pelupusan. BERBEZA dengan kunjungan ke Pantai Saujana, Port Dickson, Negeri Sembilan beberapa bulan sebelum ini, seorang suri rumah, Sarina Salleh dari Cheras, Kuala Lumpur mengakui terkejut melihat sekitar kawasan peranginan tersebut yang lebih bersih dan menarik berbanding dahulu. Kedatangannya ke pantai tersebut baru-baru ini bersama ahli keluarganya adalah untuk menikmati pemandangan pantai, di samping beriadah untuk menenangkan fikiran daripada kesibukan kehidupan kota. "Saya akan datang ke sini sekurang-kurangnya sebulan sekali. Saya sukakan Pantai Saujana kerana pantainya yang bersih, pasir yang memutih dan berasa selesa setiap kali membawa anak-anak untuk bermandi-manda dan barbeku. "Anak-anak saya juga gemar ke sini kerana air laut yang bersih dan persekitaran yang sentiasa dijaga rapi," katanya ketika ditemui Kosmo! di Pantai Saujana baru-baru ini. Sementara itu, seorang peniaga yang menjual pakaian dan peralatan pantai, Ahata Hamzah, 48, berkata, terdapat banyak perbezaan pada persekitaran pantai berkenaan sejak berniaga di situ tujuh tahun lalu. "Ini jelas dilihat daripada aspek kebersihan. Sepanjang saya di sini, ada kalanya kedengaran keluhan pengunjung terhadap tahap kebersihan pantai ini. "Mereka berasa tidak selesa mandi di laut kerana kerap terjumpa sampah-sarap seperti botol-botol plastik dan bekas polistirena di persisiran pantai," imbau beliau. Kini, tambahnya, saya dapat menarik nafas lega kerana masalah ini telah dibendung secara berperingkat-peringkat mulai tahun lalu setelah mendapat kerjasama daripada semua pihak berkaitan. "Keadaan yang lebih baik ini juga memberi kesan yang memberangsangkan kepada perniagaan saya," kata Ahata. Pantai Saujana yang terletak di Batu Empat, Jalan Port Dickson merupakan sebuah pantai sepanjang 1.4 kilometer (km) yang bermula dari pusat peranginan popular, Avillion Beach Resort sehingga Pantai Cahaya Negeri. Tumpuan pengunjung Terkenal dengan persekitaran yang tenteram, pantai yang terbentang luas ini menjadi tumpuan pengunjung, khususnya pada hujung minggu dan cuti umum bagi melakukan aktiviti-aktiviti riadah seperti berkelah, sukan air dan bermain layang-layang. Penyediaan kemudahan yang lengkap seperti tempat letak kereta, laluan pejalan kaki berturap, deretan gerai makanan dan kraftangan serta tandas awam yang bersih juga merupakan daya tarikan pengunjung ke pantai berkenaan. Menyedari keperluan dan komitmen untuk sentiasa menambah baik mutu perkhidmatan, syarikat konsesi SWM Environment Sdn. Bhd. (SWM) telah memperkenalkan jentera berteknologi moden, beach comber dan beach buggy, bagi memastikan kawasan pantai di Port Dickson berada dalam keadaan bersih. Perasmian penggunaan jentera itu telah disempurnakan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Hasan di sebuah hotel terkemuka Port Dickson pada November lalu. Jimat masa Menurut Pengurus Besar Kumpulan SWM, Adnan Ibrahim, pengenalan jentera itu menjadikan Negeri Sembilan sebagai negeri pertama yang memperkenalkan perkhidmatan pembersihan pantai berteknologi di Malaysia. JENTERA beach comber berupaya membersihkan permukaan pasir pantai sehingga kedalaman 15 sentimeter. "Secara kebetulan pengenalannya seiring dengan Tahun Melawat Malaysia 2014, menambahkan lagi kepentingan penggunaan jentera ini dalam menyediakan satu destinasi percutian yang menarik bagi pengunjung di dalam dan luar negara. "Jentera ini mampu mempercepatkan proses pembersihan pantai dan menjadikan kawasan lebih bersih berbanding penggunaan tenaga kerja manusia sebelum ini," katanya ketika ditemui di Kuala Lumpur baru-baru ini. Mampu membersihkan 2..8 hektar kawasan pantai, Adnan menambah, buat peringkat awal proses pembersihan hanya melibatkan tiga buah pantai iaitu Pantai Saujana, Pantai Bagan Pinang yang sejauh 1.5km dan Pantai Batu (1km) yang berada di bawah perkhidmatan syarikat konsesi berkenaan. "Beach comber ini dikendalikan seorang pemandu. Ia dapat membersihkan kawasan pantai sehingga kedalaman 15 sentimeter dari permukaan pasir pantai untuk mengorek sampah dan hanyutan dari laut seperti plastik, kaca pecah, puntung rokok, tin minuman, ranting kayu, rumpai laut, daun kering dan batu-batu kecil. "Setelah pasir pantai digemburkan bagi mengeluarkan sampah, mesin ini akan meratakan semula permukaan bagi keselesaan pengunjung," jelasnya. Bagi kawasan kecil dan sempit pula, beach buggy akan digunakan untuk membersihkan kawasan tersebut. Sekali imbas, jentera ini kelihatan sama seperti kenderaan pelbagai permukaan (ATV), namun ia berupaya untuk membersihkan seluruh kawasan pantai dalam masa satu hingga ke dua jam. Menjelaskan proses-proses pembersihan terlibat menggunakan jentera berkenaan, Adnan berkata, pencakar sampah atau moldboard digunakan untuk memastikan kawasan tersebut dibersihkan dengan sempurna. "Pencakar sampah yang terdiri daripada besi keluli tahan karat yang runcing diganti pada tali penghadang penyangkut jentera untuk mencakar sampah daripada permukaan pasir. "Sampah yang telah dikutip akan memantul ke bahagian pemesong pencakar sampah yang terletak di bahagian belakang jentera dan disalurkan ke dalam corong longgokan sampah. Sampah berkenaan kemudian akan dibuang ke dalam sebuah lori untuk dibawa ke tapak pelupusan sampah di Bukit Palong, Lukut, Port Dickson," jelasnya. Adnan berkata, jumlah sampah yang dikutip semasa proses pembersihan adalah kira-kira satu tan sehari. Sehingga kini, SWM telah memiliki sebanyak enam unit jentera beach comber yang berharga RM380,000 seunit manakala terdapat 10 unit beach buggy yang melibatkan kos RM27,000 seunit. Jadual pembersihan Adnan berkata, kerja-kerja pembersihan pantai dilakukan seawal tujuh pagi yang biasanya memakan masa satu hingga ke dua jam untuk memastikan kawasan pantai benar-benar bersih dan selamat untuk orang ramai. "Hari Isnin hingga Khamis adalah hari yang ditetapkan untuk menjalankan proses pembersihan pantai. Ia tidak dilakukan pada hari Jumaat hingga Ahad kerana mengganggu aktiviti riadah pengunjung, selain menjaga keselamatan orang awam," ujarnya lagi. SWM yang dahulunya dikenali sebagai Southern Waste Management Sdn. Bhd. telah ditubuhkan pada tahun 1995. Ia berperanan mengendalikan kerja-kerja pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam di zon selatan Semenanjung Malaysia iaitu Johor, Melaka dan Negeri Sembilan sejak 1996 secara interim. Syarikat ini kemudiannya dilantik sebagai syarikat konsesi selepas Akta 2007 (Akta 672), Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam dikuatkuasa bermula 1 September 2011 oleh Kerajaan Persekutuan. |
You are subscribed to email updates from Makanan di Johor - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Category: Makanan di Johor
0 comments