Johor peruntuk 5,000 hektar tanah sebagai kawasan pengeluaran ... - Makanan di Johor

Blog Admin | 00:57:00 | 0 comments

<b>Johor</b> peruntuk 5,000 hektar tanah sebagai kawasan pengeluaran <b>...</b> - Makanan di Johor


<b>Johor</b> peruntuk 5,000 hektar tanah sebagai kawasan pengeluaran <b>...</b>

Posted: 03 Sep 2014 09:37 PM PDT

JOHOR BAHRU: Johor komited mahu kekal sebagai pengeluar utama makanan negara dengan mensasarkan untuk menjadikan 5000 hektar tanah di negeri ini sebagai kawasan pengeluaran makanan menjelang 2018.

Menteri Besar, Dato' Mohamed Khaled Nordin, berkata, pendekatan itu adalah sebahagian daripada usaha Kerajaan Negeri dalam mentransformasikan sektor pertanian Johor.

Katanya, kawasan itu bukan sahaja akan dirancang untuk tujuan pertanian, tetapi juga industri perusahaan kecil dan sederhana berasaskan sektor itu.

"Sektor pertanian pada hari ini bukan sahaja tertumpu kepada aktiviti penanaman atau ternakan. Malah sektor ini turut merangkumi industri perusahaan kecil dan sederhana berasaskan pertanian.

"Atas kesedaran ini, Kerajaan Negeri telah mengambil inisiatif bagi memajukan kawasan seluas 5000 hektar sebagai kawasan industri kecil dan sederhana bagi meningkatkan pengeluaran makanan yang telah diproses menjelang 2018," katanya.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Pertubuhan Peladang Negeri di Hotel Berjaya Waterfront di sini semalam.

Katanya lagi, Kerajaan Negeri juga berhasrat untuk menjadikan Segamat sebagai kawasan perindustrian pertanian.

"Kita lihat ia sebuah daerah yang berpotensi untuk diberikan tumpuan kepada usaha  membangunkan industri yang berasaskan pertanian," katanya.

Beliau berkata, pelan pembangunan projek berkenaan dijangka akan siap awal tahun depan

"Kita telah meminta JCorp, Biotec Corp dan Johor Biotech untuk bangunkan pelan perancangan dan pelan tindakan bagaimana kita hendak menjayakan Segamat sebagai kawasan industri yang berasaskan pertanian," katanya.

Mohamed Khaled berkata, sebagai inisiatif kearah merancakkan pembangunan sektor pertanian dan perladangan, Kerajaan Negeri sudah mengambil kira keperluan sektor itu dalam Bajet 2014.

"Pada 2013, Kerajaan Negeri memperuntukkan sebanyak RM42.41 juta bagi melaksankan semua program pembangunan pertanian di johor.

"Insyaallah untuk tahun hadapan, kita akan tambah lagi peruntukkan untuk sektor pertanian," katanya.

Hadir sama pada majlis itu ialah, Speaker Dewan Negeri , Tan Sri Mohamad Aziz, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, Ismail Mohamed, Pengerusi Ahli Jemaah Pertubuhan Peladang Negeri Johor, Dato Seri Saipolbahri Shuib dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Ismail Karim.

Category:

About GalleryBloggerTemplates.com:
GalleryBloggerTemplates.com is Free Blogger Templates Gallery. We provide Blogger templates for free. You can find about tutorials, blogger hacks, SEO optimization, tips and tricks here!

0 comments