Papaglamz.com: 5 Perkara Menarik Tentang Negeri Johor - Makanan di Johor

Blog Admin | 01:46:00 | 0 comments

Papaglamz.com: 5 Perkara Menarik Tentang Negeri <b>Johor</b> - Makanan di Johor


Papaglamz.com: 5 Perkara Menarik Tentang Negeri <b>Johor</b>

Posted: 09 Sep 2015 03:39 AM PDT

Papaglamz.com: 5 Perkara Menarik Tentang Negeri Johor5 Perkara Menarik Tentang Negeri Johor ~ Papaglamz.comPersonal Blog, Papaglamz.com, Parenting, Lifestyle, Health, Business, Blog SEO, Food, Tips, Life style, Suami isteri, Rumah tangga

Kitar semula sisa <b>makanan</b> untuk selesai masalah sampah <b>di Johor</b> <b>...</b>

Posted: 25 Aug 2014 02:02 AM PDT

25 Ogos 2014

10544766_724466447607097_8356042651075955471_o

SENAI, 25 OGOS: Pemegang konsesi swasta pengurusan sampah dan kerajaan negeri seharusnya memikirkan kaedah pengurusan sisa makanan isi rumah untuk menyelesaikan masalah pengurusan sampah di negeri Johor.

Ahli Dewan Undangan Negeri Senai Wong Shu Qi berkata, pemegang konsesi, iaitu Southern Waste Management (SWM) dilihat lebih berminat mengutip sisa dan membuangnya di tapak pelupusan kerana lebih banyak bahan buangan, lebih besar pemegang konsesi mendapat keuntungan.

Justeru itu, menurut Shu Qi, masalah utama kutipan sisa pepejal dan pengurusan tapak pelupusan sampah di negeri ini masih gagal diselesaikan sehingga kini.

"SWM ialah pemegang konsesi swasta yang mengenakan caj keatas PPSPPA (Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam) mengikut jumlah berat sampah.

"Mereka hendaklah mendedahkan cara mereka menguruskan sisa makanan. Jika sisa makanan masih dibuang ke dalam bahan buangan, maka tak bermakna jika SWM meminta orang ramai mengasingkan sisa makanan dari buangan lain.

"Apa yang seharusnya dilakukan kerajaan ialah memastikan pemegang konsesi mengurangkan sisa," kata Shu Qi dalam satu kenyataan.

SWM dalam kenyataannya memaklumkan, bermula 1 September depan penduduk di negeri ini diminta mengasingkan sisa makanan dan sampah yang boleh dikitar semula.

Ini kerana SWM melancarkan sistem kutipan sampah '2+1′, iaitu jadual kutipan bagi sisa makanan dua kali seminggu, manakala bagi kutipan sampah pukal dan sampah dikitar semula akan dilakukan seminggu sekali.

Terdahulu, isu sampah dan pengurusan sisa pepejal di negeri ini menjadi hangat apabila kerajaan Johor merancang membina loji pelupusan sampah di Kg Mohd Noor, Parit Sulong, Batu Pahat.

Projek yang diluluskan kerajaan negeri pada Disember 2012 itu akan mengakibatkan lebih 30,000 penduduk terkesan dengan pencemaran apabila 600 tan sampah setiap hari akan dilupuskan di kawasan berhampiran penempatan mereka.

Bantahan turut dilakukan penduduk termasuk penyerahan memorandum kepada Ahli Parlimen Seri Gading ketika itu Datuk Seri Mohamad Aziz dan kerajaan negeri di bawah pentadbiran Menteri Besar, Tan Seri Abdul Ghani Othman.

Dalam pada itu kata Shu Qi, kempen pengasingan '2+1′ sisa buangan yang akan dilaksanakan di beberapa kawasan majlis perbandaran di negeri ini masih belum diketahui oleh orang ramai.

Katanya, tanpa penjelasan khusus mengenai kaedah pengasingan '2+1′, kempen kitar semula sisa makanan yang dilancarkan SWM menjadi sia-sia dan gagal mencapai hasil yang disasarkan.

"Adalah lebih baik jika SWM mengumumkan kadar pencapaian kitar semula setiap bulan untuk merangsang lebih banyak aktiviti kitar semula dan penglibatan orang ramai. – Roketkini.com

ARTIKEL BERKAITAN

Category:

About GalleryBloggerTemplates.com:
GalleryBloggerTemplates.com is Free Blogger Templates Gallery. We provide Blogger templates for free. You can find about tutorials, blogger hacks, SEO optimization, tips and tricks here!

0 comments