Burasak Antara 10 Makanan Tradisi Johor Wajib Anda Cuba - Makanan di Johor

Blog Admin | 00:05:00 | 0 comments

Burasak Antara 10 <b>Makanan</b> Tradisi <b>Johor</b> Wajib Anda Cuba - Makanan di Johor


Burasak Antara 10 <b>Makanan</b> Tradisi <b>Johor</b> Wajib Anda Cuba

Posted: 02 Oct 2015 01:47 AM PDT

burasak antara 10 makanan tradisi johor wajib anda cuba

Masakan dan hidangan di Johor kebanyakkannya dipengaruhi dari Arab dan kepulauan-kepulauan Melayu. Terdapat sesetengah makanan ini, yang ramuannya begitu unik dan begitu sukar di dapati di negeri-negeri lain di Malaysia.

Hanya di keraian-keraian tertentu sahaja makanan yang unik dini biasanya boleh didapati dan adakalanya anak Johor sendiri tidak mengenalinya.

Antara hidangan dan makanan yang menjadi lambang negeri Johor adalah seperti:

1. Laksa Johor

Laksa Johor amat unik kerana menggunakan spaghetti sebagai bahan laksanya dan di makan bersama kuah yang penuh dengan rempah ratus.

Lazimnya kuah laksa Johor agak pekat, ia berasaskan isi ikan yang di masak bersama rempah ratus terpilih. Menggunakan santan pekat yang bermutu, kerisik kelapa dan juga ramuan-ramuan dan herba terpilih.

Resepi asal laksa Johor menggunakan ikan parang. Ikan yang cukup mahal harganya ini di pilih kerana di katakan mempunyai isi yang halus dan cukup enak sekali, ia juga bagi menjaga kualiti keenakan kuah laksa Johor.

Selain ia di hidangkan bersama Spaghetti, ia juga turut di sertakan bersama, sambal belacan, ulam-ulaman seperti daun kesum, daun selasih, bunga kantan, kacang panjang, taugeh, timun yang di hiris halus, bawang mentah dan lobak asin.

2. Mi bandung

Mee bandung pada asal usulnya hanya sejenis hidangan gandingan antara mi dan telur selain ramuan lain seperti campuran cili, bawang tumisan serta udang kering.

Tetapi telah ditambah baik dengan campuran bahan-bahan lain seperti udang segar, hirisan ayam mahupun hirisan daging agar rasanya lebih enak di makan. Ada juga memakannya bersama-sama dengan cili jeruk agar rasanya lebih masam dan pedas sedikit.

Hiasan sampingan seperti daun sup dan bawang goreng ditabur halus dipermukaan mi bandung, menaikkan lagi selera si pemakan.

Mi Bandung Muar antara hidangan yang paling dikenali di serata Malaysia dan telah manjadi ikon buat Bandar Diraja Johor.

3. Mi rebus

Mee rebus Hj Wahid memang cukup popular di bandar Johor Bahru. Kalau nak merasa anda boleh singah di medan selera Plaza Angsana. Ia juga mempunyai cawangan disatu lagi kedainya yang diuruskan oleh anaknya, terletak di Taman Rinting berdekatan Mydin.

Uniknya mi rebus ini kerana kepekatan kuahnya itu sendiri,keenakan mi rebus ini juga terletak pada tepung goreng yang ditabur di atas hidangan. Ia jugadigandingkan dengan kerangupan bawang goreng, cili hidup, telur rebus serta tauhu goreng. Tak cukup sepinggan dibuatnya kalau anda sudah mencubanya buat kali pertama.

4. Arisa

Masakan ini juga dikenali sebagai masakan Arab Peranakan dan sangat popular di Johor. Namun tak semua orang di Johor yang mengenali jenis masakan ini dan hanya popular di Johor Bahru. Ianya biasa dihidangkan ketika majlis-majlis rasmi bagi golongan elit. Arisa dimasak dengan menggunakan daging kambing, lembu dan ayam yang dicampur dengan oats.

5. Sate

Makanan kegemaran yang buakan lagi menjadi kegemaran warga Johor malah Malaysia. Daging lembu atau ayam berempah (kini dengan pelbagai jenis daging seperti rusa dan kambing) yang di bakar ini, boleh diperolehi di dalam mana-mana sahaja sekitar Johor. Uniknya sate Johor ini, sebelum ia dibakar dengan mengunakan arang, ia akan diperam semalaman agar rempah sate itu sebati dengan isi sate itu.

6. Telur pindang

Amat popular di majlis-majlis perkahwinan. Telur pindang ini adalah telur ayam yang di rebus selama beberapa jam bersama-sama rempah dan daun-daun. Antara daun-daun yang digunakan ialah daun jambu batu, daun pokok senduduk, daun serai, daun lengkuas, daun pandan serta daun salam. Telur ini juga akan direbus sekali bersama ketumbar, jintan manis dan jintan putih selama 3 hari. Hasilnya telur itu lebih enak dan tahan lama.

7. Roti Kirai/Roti Jala

Nama ini bersesuaian dengan rupanya yang seakan jala. Ianya di buat daripada adunan tepung dengan menggukan bekas acuan yang berlubang dan di masak di kuali leper. Kari ataupun serawa (santan yang di masak bersama gula merah/melaka dan daun pandan) menjadi sos yang dimakan bersama.

8. Burasak

Sejenis makanan orang-orang bugis. Beras yang di bungkus dengan menggunakan daun pusang muda dan di masak besama santan. Boleh di dapati pada hari perayaan samada hari raya puasa atau hari raya korban.

9. Nasi Ambeng

Ambeng merupakan makanan tradisional penduduk tempatan di Johor dan ianya popular dikalangan masyarakat Jawa yang tinggal di pantai Barat Semenanjung Malaysia.

Nasi Ambeng juga berasal daripada Pulau Jawa yang terletak di Indonesia dan hari ini terbukti sebahagian daripada penduduk Pulau Jawa masih menikmati hidangan Nasi Ambeng ini.

10. Nasi Briyani Gam

Kalau berkunjung ke Batu Pahat Johor anda semua mesti mencuba hidangan Nasi Beriyani Gam.Nasi Beriyani Gam juga dikenali sebagai Nasi Beriyani Dam atau Dum.

Nasi Beriyani dimasak dengan ketulan daging yang diperap semalaman bersama beras.Apabila Nasi ini siap nasi ini akan berbau rempah,dan rasa lemak manis yang dihasilkan oleh daging tersebut.

Sejarah kemasukan resepi ini melalui Kesultanan Melayu Johor-Linggi,rakyat Johor memperharui resepi ini ke selera Melayu dan terjadilah Nasi Beriyani Gam ini.

Disusun Semula Oleh Mohd Ishahrulddin Tahir

Artikel Ini Disiarkan Pada Jumaat, 2 Oktober 2015

Sumber: Murai

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

Buffet Ramadan 2015 <b>di Johor</b>... kalini <b>makanan</b> western pula

Posted: 12 Jul 2015 11:40 PM PDT

Cerita sabtu lepas..

24 Ramadan..

Bertempat di Yus Bianco..

Makanan semua ala western dan grilled.

Penuh dengan Mayonis dan Cheese..;-)

Alhamdulillah..

Selesai jua iftar bersama kanak-kanak ribena yang nak ambil SPM tahun ni.

Tahun depan belum tentu lagi dapat iftar sama-sama lagi kan.

Ya lah masing2 dah sambung belajar.

Makanan kat sini kebanyakannya pasta, ayam dan ala2 western.

Nasi hanya ada Nasi Ayam sahaja.

Sekali sekala tukar selera makan Western pun best juga..

Kanak2 ribena ni memang suka..

Ayyunie ambil hotdog cucuk je banyak tu..

Aleesya pula mula2 ambil lagi dah berkenan kat mushroom soup dan grilled chicken.

Tepat jam 7 malam, masing2 dah boleh ambil makanan bawah khemah.

Tapi Ya Ampun..

Ramai betul orangnya..

Tempatnya agak sempit..

So berhimpit2 lah sikit..

Selain makan bawah khemah, boleh juga makan santai2 bawah pokok kelapa tu..

Kalini 2 orang cikgu yang mengajar kelas SPM turut serta..

Kanak-kanak ribena pada hari tersebut..

Sebelum makan baca doa berbuka dulu..

Ada makanan yang tak dapat diambil..

So kena tunggu refill lah dulu..

Sambil2 tu boleh lah makan apa yang ada depan meja dulu..

Bersungguh2 masing2 makan..

Master planner untuk projek Iftar kalini adalah kanak2 ribena tepi saya tu...Namanya Rose..

Kambing panggang dan ayam panggang ni pun ramai peminatnya..

Harga Buffet Dewasa RM28.00

Kanak-kanak RM15.00

Beli 10 percuma 1 dewasa.

Haruslah sesi bergambar dulu kan sebelum sambung ngeteh di tempat lain..

Yang kami perempuan2 ni pergi shopping pula..

Oh ya..kat sini surau dekat medan Mara tu juga.

Tapi kebetulan masa hari kami pergi tu surau black-out pula..

So yang lelaki solat di Masjid Pulai Perdana dulu, kemudian sambung datang makan semula..

Kami yang perempuan solat di surau Medan SOBB dekat tu je..

Kalau nak lagi selesa boleh ke Surau Petronas sebelah tu je.

Cikgu doakan All the best untuk SPM akan datang ya kanak2 semua.

Sebelum tu ingat trial SPM bulan 8 ni weii... So berpada2 lah raya pada tahun ini..

:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

foto mewah dapur istana sultan <b>di johor</b> dengan <b>makanan</b> special <b>...</b>

Posted: 09 Oct 2015 06:21 AM PDT

baking.jpg



Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Johor, gemar memasak, terutamanya untuk ahli keluarganya dan para tetamu.

Selain memasak, Tuanku juga suka mencipta resepi baru.

Kenapa??..tak percaya?….


Jom saksikan betapa tekunnya baginda dalam membaking….hurrrmmm…ingin nak rasa..

pasti sedap kan?

ss.jpg

su.jpg

sul.jpg

sultan.jpg

SUMBER

Artikel menarik:

GEMPAK @ GILERRR !!! PELAWAK LANGGAN PELACUR DI NEGARA SEBERANG KINI CETUS KONTROVERSI …. siapa dia ???

WOOOH !!! PEMAINAN LELAKI DIKENALI PATUNG SEKS JADI AMAT HANGATTTT DI KALANGAN ORANG CHINA ( 1 GAMBAR + 1 VIDEO )

GEMPAKKK !!! GADIS MABUK BERGADUH DENGAN BADAN BOGEL DI PETALING JAYA DAN VIDEO SEBAR HANGAT DI INTERNET ( 2 GAMBAR + 1 VIDEO )

Sumber: bayumeletop

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

Tempat Makan <b>Di Johor</b> Bahru:Restoran BFC Mamak, Skudai <b>...</b>

Posted: 13 Oct 2015 06:03 AM PDT

Tempat Makan Di Johor Bahru  ni iaitu Restoran BFC  adalah merupakan restoran Mamak yang terletak 100m dari Good Hope Hotel, Skudai.

Tempat makan mamak ni agak menonjol ini memang agak cerah dan terang benderang pada waktu malam dihiasai dengan warna temanya iaitu kuning terang.

image

Foto atas: Meja makan yang berwarna kuning dan nota nota menu makanan  yang berlatarbelakangkan warna kuning.

Boleh dikatakan servis di sini agak cepat dan biasanya pelanggan takkan tunggu lama untuk memikmati makanan yang dipesan.

Tempat Makan Di Johor Bahru03

Satu lagi Plus Point ialah walaupun dilabel sebagai mamak, tempat makan ini juga menghidangkan Masakan Menu Thai dan Tomyam yang dimasak oleh tukang masak Melayu khas untuk memasak masakan Thai sahaja

Tempat makan ni tak susah untuk dicari bagi mereka yang nak cari makanan Thai dan Tomyam

Tempat makan di Johor Bahru atau lebih tepat lagi di Skudai ni hanya terletak 300m sahaja dari Jalan Skudai atau Lebuhraya Skudai, iaitu berhampiran dengan persimpangan bertingkat Taman Tun Aminah (TUTA).

So, bagi korang yang bukan "die hard fans" makanan mamak, datanglah ke sini untuk makan makanan Thai dan Tomyam.

Sekian , adios amigosss…Ahakkks :)

Category:

About GalleryBloggerTemplates.com:
GalleryBloggerTemplates.com is Free Blogger Templates Gallery. We provide Blogger templates for free. You can find about tutorials, blogger hacks, SEO optimization, tips and tricks here!

0 comments