Burasak Antara 10 Makanan Tradisi Johor Wajib Anda Cuba - Makanan di Johor
Burasak Antara 10 <b>Makanan Tradisi Johor</b> Wajib Anda Cuba - Makanan di Johor |
Burasak Antara 10 <b>Makanan Tradisi Johor</b> Wajib Anda Cuba Posted: 02 Oct 2015 01:47 AM PDT Masakan dan hidangan di Johor kebanyakkannya dipengaruhi dari Arab dan kepulauan-kepulauan Melayu. Terdapat sesetengah makanan ini, yang ramuannya begitu unik dan begitu sukar di dapati di negeri-negeri lain di Malaysia. Hanya di keraian-keraian tertentu sahaja makanan yang unik dini biasanya boleh didapati dan adakalanya anak Johor sendiri tidak mengenalinya. Antara hidangan dan makanan yang menjadi lambang negeri Johor adalah seperti: 1. Laksa Johor Laksa Johor amat unik kerana menggunakan spaghetti sebagai bahan laksanya dan di makan bersama kuah yang penuh dengan rempah ratus. Lazimnya kuah laksa Johor agak pekat, ia berasaskan isi ikan yang di masak bersama rempah ratus terpilih. Menggunakan santan pekat yang bermutu, kerisik kelapa dan juga ramuan-ramuan dan herba terpilih. Resepi asal laksa Johor menggunakan ikan parang. Ikan yang cukup mahal harganya ini di pilih kerana di katakan mempunyai isi yang halus dan cukup enak sekali, ia juga bagi menjaga kualiti keenakan kuah laksa Johor. Selain ia di hidangkan bersama Spaghetti, ia juga turut di sertakan bersama, sambal belacan, ulam-ulaman seperti daun kesum, daun selasih, bunga kantan, kacang panjang, taugeh, timun yang di hiris halus, bawang mentah dan lobak asin. 2. Mi bandung Mee bandung pada asal usulnya hanya sejenis hidangan gandingan antara mi dan telur selain ramuan lain seperti campuran cili, bawang tumisan serta udang kering. Tetapi telah ditambah baik dengan campuran bahan-bahan lain seperti udang segar, hirisan ayam mahupun hirisan daging agar rasanya lebih enak di makan. Ada juga memakannya bersama-sama dengan cili jeruk agar rasanya lebih masam dan pedas sedikit. Hiasan sampingan seperti daun sup dan bawang goreng ditabur halus dipermukaan mi bandung, menaikkan lagi selera si pemakan. Mi Bandung Muar antara hidangan yang paling dikenali di serata Malaysia dan telah manjadi ikon buat Bandar Diraja Johor. 3. Mi rebus Mee rebus Hj Wahid memang cukup popular di bandar Johor Bahru. Kalau nak merasa anda boleh singah di medan selera Plaza Angsana. Ia juga mempunyai cawangan disatu lagi kedainya yang diuruskan oleh anaknya, terletak di Taman Rinting berdekatan Mydin. Uniknya mi rebus ini kerana kepekatan kuahnya itu sendiri,keenakan mi rebus ini juga terletak pada tepung goreng yang ditabur di atas hidangan. Ia jugadigandingkan dengan kerangupan bawang goreng, cili hidup, telur rebus serta tauhu goreng. Tak cukup sepinggan dibuatnya kalau anda sudah mencubanya buat kali pertama. 4. Arisa Masakan ini juga dikenali sebagai masakan Arab Peranakan dan sangat popular di Johor. Namun tak semua orang di Johor yang mengenali jenis masakan ini dan hanya popular di Johor Bahru. Ianya biasa dihidangkan ketika majlis-majlis rasmi bagi golongan elit. Arisa dimasak dengan menggunakan daging kambing, lembu dan ayam yang dicampur dengan oats. 5. Sate Makanan kegemaran yang buakan lagi menjadi kegemaran warga Johor malah Malaysia. Daging lembu atau ayam berempah (kini dengan pelbagai jenis daging seperti rusa dan kambing) yang di bakar ini, boleh diperolehi di dalam mana-mana sahaja sekitar Johor. Uniknya sate Johor ini, sebelum ia dibakar dengan mengunakan arang, ia akan diperam semalaman agar rempah sate itu sebati dengan isi sate itu. 6. Telur pindang Amat popular di majlis-majlis perkahwinan. Telur pindang ini adalah telur ayam yang di rebus selama beberapa jam bersama-sama rempah dan daun-daun. Antara daun-daun yang digunakan ialah daun jambu batu, daun pokok senduduk, daun serai, daun lengkuas, daun pandan serta daun salam. Telur ini juga akan direbus sekali bersama ketumbar, jintan manis dan jintan putih selama 3 hari. Hasilnya telur itu lebih enak dan tahan lama. 7. Roti Kirai/Roti Jala Nama ini bersesuaian dengan rupanya yang seakan jala. Ianya di buat daripada adunan tepung dengan menggukan bekas acuan yang berlubang dan di masak di kuali leper. Kari ataupun serawa (santan yang di masak bersama gula merah/melaka dan daun pandan) menjadi sos yang dimakan bersama. 8. Burasak Sejenis makanan orang-orang bugis. Beras yang di bungkus dengan menggunakan daun pusang muda dan di masak besama santan. Boleh di dapati pada hari perayaan samada hari raya puasa atau hari raya korban. 9. Nasi Ambeng Ambeng merupakan makanan tradisional penduduk tempatan di Johor dan ianya popular dikalangan masyarakat Jawa yang tinggal di pantai Barat Semenanjung Malaysia. Nasi Ambeng juga berasal daripada Pulau Jawa yang terletak di Indonesia dan hari ini terbukti sebahagian daripada penduduk Pulau Jawa masih menikmati hidangan Nasi Ambeng ini. 10. Nasi Briyani Gam Kalau berkunjung ke Batu Pahat Johor anda semua mesti mencuba hidangan Nasi Beriyani Gam.Nasi Beriyani Gam juga dikenali sebagai Nasi Beriyani Dam atau Dum. Nasi Beriyani dimasak dengan ketulan daging yang diperap semalaman bersama beras.Apabila Nasi ini siap nasi ini akan berbau rempah,dan rasa lemak manis yang dihasilkan oleh daging tersebut. Sejarah kemasukan resepi ini melalui Kesultanan Melayu Johor-Linggi,rakyat Johor memperharui resepi ini ke selera Melayu dan terjadilah Nasi Beriyani Gam ini. Disusun Semula Oleh Mohd Ishahrulddin Tahir Artikel Ini Disiarkan Pada Jumaat, 2 Oktober 2015 Sumber: Murai –> Klik jika rasa post ini patut dibuang Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih |
BETUL KE INI <b>MAKANAN TRADISI</b> ORANG <b>JOHOR</b>?... Posted: 28 Nov 2013 04:00 AM PST Salam semua....hmmm pening juga kepala, bila ada yang tanya "che mat betul ke ini makanan orang Johor?"...kadang2 kan che mat nak jawab pun sampai tatau, senang cakap macam ni lah. Makana tradisi Johor (tak kesah korang orang negeri mana sekali pun)..ialah makanan yang biasa kita lihat mak atau mak tok kita masak, buat, dan hidangkan. Bila ke majlis2 kenduri kendara pulak kita akan dapat lihat kepelbagaian menu2 asli orang Johor, seperti nasi beriani gam, ayam masak merah, daging beriani, telur pindang dan manisan2 seperti halwa maskat, kuih kacau, harissa dan sebagainya. Walaupun ada pengaruh dari pendatang2 seperti orang Arab dalam masakan Johor, tapi ia telah sebati dan menjadi hidangan sejak berkurun2 lamanya. Makanan tradisi juga berkait rapat dengan sejarah dalam sesebuah negeri. Paling senang Laksa Johor, style memasaknya agak rumit, dan kuah mesti sedikit pekat kerana ia akan dimakan bersama spaghetti, ada kat negeri lain makan laksa ber 'mi' kan spaghetti?..takde kan?..Jadi ia membentuk satu makanan beridentitikan Johor....dan dari segi sejarah pulak yang che mat tau, kerana Sultan Johor ketika itu beristerikan wanita Inggeris, maka diolah laksa Johor, mi nya spaghetti dan dimakan menggunakan tangan.. Tidak menjadi masalah sebenarnya, jika anda faham dan sudi ambil tau serba sedikit pasal makanan tradisi negeri Johor dan negeri anda sendiri.. Baru2 ni diblog ini, ada satu entri dimana Tunku Puan Pahang mengisytiharkan sambal hitam dengan nama Sambal Pahang....kenapa ia diberi nama sambal Pahang?..Sebab keunikkannya sambal itu sendiri yang tiada di negeri2 lain. Sebenarnya bila ada blog2 masakan dari pelbagai lapisan generasi dan berasal dari pelbagai negeri, ia satu kelebihan yang cukup bernilai. Mana taknya, banyak yang tak tau jadi tau, yang kurang pasti jadi lebih jelas.. Walaupun ada yang rasa ini isu lapuk, isu terpinggir, tapi tidak pada che mat...makanan tradisi ialah warisan bangsa kita... |
You are subscribed to email updates from makanan tradisional di johor - Google Blog Search. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Category:
0 comments