TroubleMaker's Online Diary: Makanan Tradisional Orang Johor.. - Makanan di Johor

Blog Admin | 11:35:00 | 0 comments

TroubleMaker&#39;s Online Diary: <b>Makanan Tradisional</b> Orang <b>Johor</b>.. - Makanan di Johor


TroubleMaker&#39;s Online Diary: <b>Makanan Tradisional</b> Orang <b>Johor</b>..

Posted: 26 Nov 2015 06:19 PM PST

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum dan selamat kepagian gaisss..

Beberapa hari ini, sis jarang update post kat blog nii. Maklumlah sis nii bukan 24/7 dok ngadap lappy nii. Sebelum nii kan sis ade ngepost tempat menarik di Johor kan? Sekarang nak dok cerita pasal makanan tradisional orang Johor.

 Lepas dah penat melancong sana sini, mesti kita laparkan? Tak best berjalan tapi perut kosong.  Meh sis perkenalkan dekat korang semua, makanan yang selalu orang Johor dok ngidam. Jomm kita check it out...

Negeri Johor terkenal dengan negeri yang mempunyai banyak tempat menarik dan juga makanan-makanan yang sedap. Jom kita kenali beberapa jenis makanan tradisional Johor yang mesti cuba kalau ke sini. 

Sesetengah makanan mungkin biasa kita makan di mana-mana negeri lain dan ada juga yang agak pelik dan menarik untuk dicuba di Johor.

Laksa Johor

Johor tidak ketinggalan untuk mempunyai resepi

laksanya yang tersendiri. Sekali pandang laksa Johor, ianya seperti dengan kebanyakan laksa di negeri lain namun ada kelainannya yang membuatkannya laksa Johor lain daripada yang lain.

Tidak seperti laksa lain, mee yang digunakan kebiasaannya bukan dari bahan mee laksa yang diperbuat daripada tepung beras, tetapi mee yang digunakan ialah yang jenis spaghetti.

Tentang kuahnya, ianya lebih pekat daripada biasa menggunakan isi ikan tenggiri, ikan parang atau kembung dan dimasak pula dengan santan yang pekat bersama kerisik kelapa. 

Dan sudah tentulah, hidangan laksa Johor juga akan dihidangkan bersama ulam-ulaman dan juga sambal belacan untuk menambahkan lagi 'kick'. Kalau tak pedas, bukan orang Johor namanya.

Mee Bandung Johor

Menu makanan yang sangat terkenal di Johor terutamanya di Muar. Kalau ke Johor memang tak sah orang cadangkan kita untuk cuba Mee Bandung 'Muo'.

Betapa popularnya mee bandung Muar ini sehinggakan kini kita boleh melihat sendiri pelbagai paste Mee Bandung Muar yang dijual di pasaran bagi memudahkan orang untuk mencuba resepi masakan orang Johor yang sedap ini. 

Rasa mee bandung Johor memang sangat kaya dengan intipati bahan-bahan seafoodyang membangkitkan lagi rasanya. Lain daripada mee bandung biasa, kalau anda rasa betul-betul, rasa dan aroma udang di dalam kuahnya sangat kuat. Dan kuahnya sudah tentu sangat pekat dan likat.

Mee Rebus

Satu lagi hidangan santai yang semestinya dicuba kalau bercuti ke Johor. Sekali tengok mee rebus ini tidak ubah seperti mee bandung terutamanya pada warna kuahnya.

Namun, kalau anda perhatikan dua kali dari dekat, memang ada kelainannya dan rasa sudah tentulah berbeza. Tidak seperti kebanyakan mee rebus atau mee sup di negeri lain contohnya Kedah, mee rebus Johor ini dihidangkan dengan kuah yang bukan bersup.

Kuahnya likat dan pekat ditambah pula dengan telur rebus, tauhu dan limau kasturi serta taburan tepung goreng berperisa udang pasti tidak cukup kalau dimakan ketika sedang kebulur. 

Lontong

Salah satu masakan di Johor yang dipengaruhi dengan resepi masakan Indonesia dan Jawa. Lontong sememangnya menu makanan wajib terutamanya ketika rumah terbuka di hari raya puasa. Pengaruh lontong ini bukan sahaja di Johor,  malah turut menjadi menu kegemaran di negeri-negeri lain. 

Lontong di Johor ada beberapa jenis iaitu yang berkuah ataupun yang kering. Kebiasaannya orang ramai lebih menyukai lontong yang berkuah kuning dan memang sedap kalau ditambah dengan lauk sampingan seperti rendang daging ataupun sambal nasi lemak. Baru ada power, terangkat kening..

Telur Pindang

Telur rebus yang direbus dengan campuran herba yang menjadikan telur itu menjadi hitam. 

Ketika direbus, bau aroma herbanya memang kuat menusuk hidung dan telur pindang ini menjadi salah satu makanan wajib terutamanya ketika ada majlis-majlis seperti majlis perkahwinan di Johor. 

Bukan setakat orang Johor sahaja yang sukakan telur pindang, orang Cina juga gemar telur pindang kerana ianya berkhasiat tinggi dan bagus untuk kesihatan hasil campuran herba-herbanya. 

Roti Jala

Rasanya semua orang kenal dengan roti jala kerana boleh dikatakan majoriti negeri di Malaysia terkenal makanan ini.

Di Johor pula ianya juga dikenali dengan nama roti kirai. Roti jala dihidangkan dengan kuah kari dan memang sangat menarik untuk dimakan sebagai makanan santai di petang hari. 

Kalau di pantai timur, roti jala kebiasaannya dimakan bersama sos yang rasanya sangat manis dan berlemak. Cara penyediaan roti jalanya tiada beza dengan tempat lain cuma cara penyediaan kuah kari dan lauk sampingannya.

Sebenarnya ada banyak lagi makanan yang ingin dikongsikan. Tapi masa amat mencemburui sis. Nak mandi dulu. Hahahahaha. Semoga perkongsian makanan orang Johor ini membuatkan anda terasa lapar dan teruja untuk mencubanya apabila berada di Johor kelak. Mesti cuba tau. Jumpa satgi. Wasalam..



   

Category:

About GalleryBloggerTemplates.com:
GalleryBloggerTemplates.com is Free Blogger Templates Gallery. We provide Blogger templates for free. You can find about tutorials, blogger hacks, SEO optimization, tips and tricks here!

0 comments